webnovel

Rong Anna akan Melahirkan Anaknya di Penjara

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Sebaik sahaja pintu itu dibuka, kelihatan tiga orang lelaki berdiri di luar. Mereka berpakaian biasa, tetapi wajah mereka menjadi serius sebaik melihat Bo Xiao dan Rong Anna.

Wajah Bo Xiao dan Rong Anna terus berubah. Tangan mereka saling berpegangan erat.

Salah seorang daripada lelaki itu mengeluarkan kad polis dan bercakap dengan nada tegang. "Saya Inspektor Zhou Minxia dari pasukan XX Bahagian Jenayah. Kamu ada bukti yang menunjukkan kamu berdua disyaki terlibat dalam kegiatan haram seperti pengedaran dadah. Sila ikut kami ke balai."

Bo Xiao tersenyum lembut dan berkata dengan sopan, "Tuan, saya orang baik, mungkin Tuan silap orang?"

"Bo Xiao dan Rong Anna, memang kamu berdua yang dikehendaki. Jalan!"

Beberapa lagi polis datang dari belakang Inspektor Zhou dan mengepung mereka. Sebahagian polis menggeledah bilik itu. Rong Anna dan Bo Xiao digari dan dibawa turun ke bawah.

Orang ramai berkumpul untuk menyaksikan perkara itu. Sekali pandang mereka terus mengenali dua orang penghuni sementara yang tidak pernah bertegur sapa dengan mereka itu. Rong Anna dan Bo Xiao dibawa ke kereta polis. Mereka ditolak masuk dan duduk bersebelahan. Kemudian mereka terus dibawa ke Balai Polis tanpa dapat mempertahankan diri.

*****

Cheng You kelihatan serba tidak kena sepanjang hari ini. Rong Rui menyedari perkara itu ketika mereka sedang makan malam di rumah. Dia menghulurkan sehiris daging kepada isterinya itu dan bertanya dengan bersahaja, "Fikir tentang saya?"

Cheng You memandangnya dan memanggil, "Rong Rui."

"Ya."

"Kenapa kamu suka saya pada mulanya?"

"Sebab kamu comel." Rong Rui menjawab tanpa berfikir sambil makan dan memerhatikan anak mereka.

"Betul?"

"Ya."

"Bukan kerana ada tujuan lain?" Cheng You memandang suaminya dengan penuh emosi.

Rong Rui berhenti seketika. Dia memandang isterinya dengan pandangan mendalam dan bertanya, "Apa yang Li Sicheng beritahu kamu?"

Cheng You menggeleng kepalanya dengan perasaan tertekan. "Tak, saya dapat tahu sendiri. Kamu dan Rong Anna sepupu, tapi kamu serahkan maklumat tentang dia dan Bo Xiao kepada polis. Kamu beri mereka wang untuk larikan diri, tapi kemudian kamu sendiri yang laporkan lokasi mereka. Kenapa kamu buat begitu? Bukankah dia sepupu kamu?"

"Hm." Rong Rui meletakkan penyepitnya ke bawah dan memandang isterinya lalu berkata, "Rong Anna dan Su Qianci kedua-duanya sepupu saya, tapi Anna dan Bo Xiao telah lakukan kesalahan yang sangat berat, jadi saya beri mereka wang untuk uji mereka. Duit yang saya beri cukup untuk mereka larikan diri. Jika lokasi mereka keluarkan wang dari kad itu ialah di luar negara, saya akan anggap tiada apa yang berlaku. Tapi mereka masih berada di dalam negara. Di sempadan antara China dan Myanmar."

"Jadi, kamu khianati mereka?"

"Mereka atau kamu, saya hanya boleh pilih satu pihak." Rong Rui merenung Cheng You dan berkata, "Bo Xiao sangat jahat dan amat berdendam. Jika dia masih ada di dalam negara, pasti dia mahu lakukan perkara buruk kepada Li Sicheng dan Su Qianci. Mereka orang yang penting untuk kamu, bukan? Jika Bo Xiao dan Rong Anna lari ke luar negara, saya tak akan pernah biarkan mereka kembali, tetapi mereka tidak pergi, jadi jelas mereka ada rancangan lain." Mata Rong Rui kelihatan gelap. "Tak kira apapun niat mereka, mereka telah ditakdirkan untuk tidak dapat menjalankannya. Daripada biarkan mereka terus lakukan kesilapan, lebih baik jika kita biarkan mereka menghabiskan seumur hidup di penjara."

"Kamu tahu Rong Anna mengandung?" Cheng You tidak dapat menahan dirinya daripada bertanya. "Rong Anna akan melahirkan anaknya di penjara. Kenapa pada masa itu…"

"Cheng You, jika tak ada sebab, sesuatu tak akan berlaku. Baik dibalas baik, jahat dibalas jahat. Jika balasan itu masih tidak diterima, ia hanya kerana belum tiba masanya."