webnovel

Kamu Boleh Cari Peluang untuk Bunuh Saya

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Ou Ming mengemaskan makanan dan menolak meja itu ke tepi. Kemudian dia memandang Yu Lili dan berkata, "Saya tidur di sini malam ini untuk halang kamu larikan diri lagi."

"Oh…" Yu Lili berasa ia seperti jenaka. "Kamu ingat kamu siapa? Kenapa kisah jika saya hidup atau mati?"

"Em… saya pernah jadi sugar daddy kamu." Ou Ming menghampirinya dan membuatkan Yu Lili ketakutan lalu berundur. Melihat reaksi itu, Ou Ming tersenyum puas hati. Dia meletakkan sebelah tangan di tepi Yu Lili dan berkata, "Saya tunggu saat kita kembali berlakon jadi sugar daddy dan perempuan simpanan lagi." Dia mengangkat dagu Yu Lili dan berkata, "Pasti seronok seperti sebelum ini, bukan?"

Yu Lili merenung Ou Ming sambil mengetap gigi dan cuba menamparnya. Tetapi belum sempat tangan itu diangkat, ia sudah ditahan oleh Ou Ming.

Ou Ming memandangnya dengan kening terangkat dan tersenyum, "Kamu nak pukul saya?"

"Bukan hanya pukul, tapi saya nak bunuh kamu!"

"Pembunuh akan dihukum, Cik Yu."

"Kamu ingat saya takut?" Yu Lili memandang Ou Ming dengan wajah diangkat dan tiada sebarang ketakutan. "Sekarang saya dalam situasi di mana saya tak sabar untuk mati kerana hidup saya sangat teruk. Jadi berbaloi jika saya bunuh kamu, Encik Ou."

Pandangan mata Ou Ming kelihatan mengetawakannya dengan kejam. "Jadi kamu boleh cuba. Malam ini saya akan tidur di sini, kamu boleh cari peluang untuk bunuh saya." Ketika mengatakannya, Ou Ming perlahan-lahan menanggalkan kot yang dipakainya.

Yu Lili mendengus, kemudian kembali berbaring sambil menyelubungkan selimut ke seluruh tubuhnya dan menutup mata.

Ou Ming duduk di sofa dan membuat kerja menggunakan laptopnya. Selepas menyedari Yu Lili telah tidur nyenyak, dia melihat jam dan mendapati sudah pukul 3 pagi. 

Ou Ming mengambil telefonnya dan menghantar beberapa mesej kepada Li Sicheng melalui WeChat. Selepas itu dia menutup laptopnya dan tidur di atas sofa itu. Malam itu berlalu dengan sunyi.

Jururawat datang pada awal pagi untuk memeriksa keadaan Yu Lili. Ou Ming terjaga apabila mendengar bunyi pintu dibuka. Dia melihat jam dan mendapati sudah pukul tujuh pagi. Pada musim sejuk, subuh tiba agak lewat.

Ou Ming mengambil telefonnya dan melihat beberapa panggilan daripada Li Sicheng yang tidak dijawab. Selepas melihat Yu Lili dan meminta jururawat menjaganya, dia keluar dari bilik wad itu dan menelefon Li Sicheng.

"Bro."

"Ya?" Kedengaran suara Li Sicheng bersama bunyi ketawa beberapa orang kanak-kanak di belakangnya yang membuatkan Ou Ming berasa cemburu. Angin Li Sicheng kedengaran seperti sedang baik. "Ada apa-apa kecemasan?" 

"Ya."

"Okey, tunggu."

Selepas mengatakannya, Li Sicheng terus memutuskan talian.

Jururawat membantu Yu Lili ke bilik air. Selepas memberus gigi dan membasuh muka, Yu Lili keluar untuk mendapat titisan intraverna.

Semangatnya kelihatan lebih baik berbanding dua hari sebelum ini. Hati Ou Ming terasa pedih melihat rambut pendek Yu Lili serta wajah yang kurus dan pucat itu.

Perempuan ini masih degil walaupun dia sudah seperti mayat hidup. Si bodoh mana yang telah merosakkan dia!