webnovel

"Tak boleh." Su Qianci memandang suaminya dan berkata, "Kita dah ada seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan, juga seorang anak angkat. Kenapa kamu nak begitu ramai anak?"

Li Sicheng tersenyum dan mengetuk lembut hidung isterinya. "Saya tak berpeluang jaga mereka ketika mereka masih bayi. Beri saya seorang lagi supaya saya boleh besarkan dia sejak bayi?"

"Perancangan keluarga Encik Li."

"Sekarang dah ada undang-undang baharu, kita boleh miliki anak lagi," kata Li Sicheng lalu mencium bibir isterinya dengan perlahan sebelum berbisik, "Apa pendapat kamu?"

Su Qianci memandang suaminya lalu tersenyum dan berkata, "10 bulan, boleh kamu tahan?"

Wajah Li Sicheng berkerut sebaik mendengarnya. Dia teringat tahun-tahun yang sukar apabila terpaksa menahan keinginannya lalu bertanya, "Apa patut kita buat? Saya tak ada beli kondom."

"Saya juga tak ambil pil perancang, malam semalam…" Bermakna kedua-dua mereka langsung tiada perlindungan semalam.

Li Sicheng tersenyum dan berkata dengan suara yang perlahan dan mengghairahkan, "Kita lihat saja apa akan berlaku. Kalau ada bayi, kita terima saja."

Selepas itu dia terus mencium pipi dan leher isterinya bertalu-talu. Ciumnya jatuh ke bahu dan dada Su Qianci. Malam ini perlakuannya lebih lembut dari malam semalam. Jelas Li Sicheng cuba menahan dirinya.

Perlakuan Li Sicheng membuatkan Su Qianci berasa rileks dari segi mental dan fizikal lalu tidur dengan nyenyak pada malam itu.

Li Sicheng membersihkan diri sebelum mengambil telefon bimbitnya. Di bawah hantaran Weibonya terdapat berpuluh ribu komen. Dia membacanya dan mendapati ramai orang mengucapkan tahniah kepada mereka.

[Saya terpukau dengan persembahan kamu]: Selama empat tahun SuSu mengalami saat-saat yang sukar, syukurlah kamu dah kembali. Saya doakan kamu bahagia [emoji hati]

[Saya bukan mahu tumbuk kamu]: Hantu!! Saya sangka kamu dah mati, kamu tahu?! Semua berita melaporkan kamu dah mati, kamu tahu?! Kenapa kamu tak pulang ke rumah jika masih hidup? Atau kamu hilang ingatan seperti watak dalam drama cinta? Kemalangan kereta? Atau kamu pergi selamatkan dunia seperti Ironman?! Apapun, layan isteri kamu dengan lebih baik. [emoji mencemuh]

[Terlalu kacak 888]: Apa? Majlis perkahwinan? Di mana? Boleh saya pergi? Tolonglah jemput saya. Siapa mahu pergi sila beri tanda suka.

[Mekap Korea tambah WeChat ******]: Slogan kata yang bagus daripada pasangan ini. Mekap Korea Xiaomei juga sentiasa bersama kamu, tekan tanda suka untuk wang percuma, tambah akaun WeChat ******

Terdapat pelbagai jenis komen dari akaun-akaun Weibo yang berlainan. Selepas melihat tiada sesiapa menuduh Su Qianci lagi, Li Sicheng menghembus nafas lega. Dia mengambil telefon Su Qianci dan melihat satu mesej WeChat daripada Lu Yihan: Abaikan komen-komen di Internet. Kita semua tahu apa yang sebenarnya terjadi. Saya doakan kamu bahagia. 

Di bawahnya terdapat satu lagi mesej: Kita akan sentiasa jadi sahabat baik.

Li Sicheng membaca mesej itu lalu tersenyum dingin. Sahabat baik? Lu Yihan fikir dia tidak tahu apa yang dimahukan daripada isterinya? Ia sangat jelas. Dasu masih tidak mahu memanggilnya Papa dan punca terbesarnya ialah disebabkan Lu Yihan. Mata Li Sicheng berubah lalu dia membalas mesej tersebut: Dia terlalu letih dan sudah tidur. Ini Li Sicheng.