1 Chapter 1

Tangan yang mencengkam stereng kereta tidak tenang. Sekejap diramas, sekejap di gerakkan kanan dan kiri ke Bawah tidak menentu. Hatinya Adira berdebar. Dia memandang ke kiri. Jade yang sedang terlena di babyseat sebelahnya kelihatan sedang berkerut-kerut menahan sakit. Pipi mulus milik anaknya kemerahan. Sesaat selepas itu matanya turun ke hidung mancung milik Jade. Anggota kecil itu jelas kemerahan berbanding anggota lain. Adira alihkan tangannya dari stereng untuk menguak rambut yang menutupi dahi basah itu dengan lembut. Mata Jade tetap terpejam. Langsung tidak menyedari akan perbuatannya itu.

Sedetik kemudian, Adira pandang semula ke jalan raya. Walaupun dia sedang kegusaran bagai mahu luruh jantung di buatnya. Sedaya upaya dia kawal dirinya untuk tenang sewaktu memandu.

"Hisy!Kenapa la lama sangat traffic light ni?"sungut Adira sebelum kerling ke jam dashboardnya. Hampir 20 minit dia masih di jalan sejak keluar dari rumah tadi. Tidak sampai juga dia di hospital kalau begini la gayanya!Ikutkan hati mahu saja dilanggar semua orang di jalan raya ini!

"Mommy?"tiba-tiba suara kecil kedengaran di sebelah.

Kepala Adira dengan pantas berpaling ke sisi. "Yes baby?"sambutnya dengan senyuman di bibir, tetapi hatinya gundah gulana.

"Mana kita nak pergi?"anak berusia 6 tahun itu di tenung Adira buat seketika.

"Hospital..."

Riak wajah Jade serta merta berubah selepas dengar perkataan itu. "Hos-hospital?" gagapnya dengan muka cemas.

Adira yang sedia faham betapa tidak sukanya Jade dengan hospital menjadi semakin resah. Sebab dia tahu apa yang bakal menimpa dirinya sebentar lagi! "Yes..honey...kita kena pergi ke hospital.."

"No!Jade tak nak!Kita balik!Kita balik!!!!!" Jade mula meronta di babyseat, kakinya menendang-nendang kerusi dan dashboard di depannya. "Jade tak nak pergi jumpa doctor!!!!!Nak balik!Nak balikkkk!!!Mommy!!!"

Penuh suara Jade dalam kereta itu. Sampaikan suara pembaca berita di radio turut tenggelam dengan suaranya itu.

"Sayang..please...kamu sakit. Kita kena pergi jumpa doctor juga."pujuk Adira sambil cuba memegang kaki Jade supaya berhenti meronta. Nanti makin sakit pulak anaknya ini. "Lepas jumpa doktor nanti, Jade baiklah...Barulah boleh pergi sekolah macam biasa..."pujuknya dengan suara paling lembut.

Dengan mengejut, Jade berhenti dari tantrum dan pandang ke Adira dengan air mata membasahi pipi serta kelopak matanya. "Betul ke mommy?"lemah benar suara itu.

Adira hanya mampu tersenyum. Dia pantas menyeka air mata dari pipi Jade. Dia tahu kesakitan yang dialami anaknya ini. Malah kalau boleh dia sanggup menggantikan tempat untuk Jade. Tapi dia hanya mampu melihat tanpa merasa. Selebihnya berdoa agar keadaan Jade kembali pulih seperti biasa.

Pintu bilik yang tertera nama 'Dr. Greyson' diketuk perlahan. Seiring dengan ketukan itu, tangannya menggigil. Tubuhnya ikut mengeletar semacam. Seolah-olah dia pula yang sakit. Huh...tenanglah hati!Semua ini hanya demam biasa.

"Masuk"suara dari dalam bilik kedengaran.

Sambil memimpin tangan Jade, Adira melangkah tenang. Serentak itu, penghuni di dalam bilik itu yang hampir serratus peratus putih turut mengangkat kepala memandang ke arahnya. Mata keduanya bertentangan. Wajah yang sama-sama putih bersih itu turut berubah. Pucat tidak berdarah.

Ada getar di hati masing-masing.

Dengan susah payah, Adira menelan air liur gemuruhnya. Dia tidak sangka yang ramai-ramai manusia bernama Greyson di muka bumi ini, doctor depan ini juga empunya nama!Aduhai! Nak patah balik macam pelik pula, dah berhadapan macam ni, makin pelik pun ada!

"Mommy?"

Adira tersentak. Senyuman pahit di lemparkan ke wajah comel Jade. Dalam diam, dia melepaskan nafas panjang. Tenanglah wahai hati!Pintanya berulang-ulang kali.

"Ada apa sayang?"

"Jade penat..."

Greyson yang mendengar rintihan halus itu turut tersedar. Lantas mimik muka yang kesakitan itu ditatap. Rasa simpati tumpah di situ.

"Silakan...silakan duduk."pelawanya ramah. Seketika semua resah yang bertandang dipintas. Sebagai seorang doctor dia harus bersikap professional.

"Terima kasih doctor."perlahan suara Adira mewakili anaknya. Wajah Greyson ditatap sekilas. tenangnya wajah itu mengingatkan dia kepada seseorang. Kenapa la hospital ni jugak lelaki ni berkerja!

Alahai!

avataravatar
Next chapter