webnovel

PENGORBANAN

Nama saya Aiman. Saya mempunyai seorang sahabat baik yang bernama Afif .Kami berdua

telah mengenali antara satu sama lain sejak kami masih bersekolah rendah. kami berdua

sering berkongsi masalah dan pendapat antara satu sama lain. kami juga saling membantu

dan menjaga antara satu sama lain.kami ibarat seperti bagai isi dengan kuku kerana

walaupun kami sentiasa berselisih pendapat atau perbalahan antara satu sama lain kami

tetap meminta maaf kerana ingin menjaga hubungan persahabatan yang telah kami bina

tidak musnah begitu sahaja.

Afif merupakan seorang dari kalangan keluarga yang ternama kerana ayah beliau

merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya . Walaupun beliau lahir dalam kalangan

keluarga yang ternama beliau mempunyai sifat seperti pemurah,baik hati dan tolong-

menolong orang di sekelilingnya yang berada di dalam kesusahan. Beliau sering

mengutamakan orang di sekelilingnya berbanding dirinya sendiri.

Kami berdua bersekolah menengah di sekolah yang sama iaitu di Sekolah Menengah

Kebangsaan Sri Gading. Kami bekenalan dengan sekumpulan perempuan yang disukai oleh

ramai orang. Aiman dan adham telah jatuh cinta terhadap seorang perempuan yang sama

iaitu Alyssa.

Pada suatu hari, ketika Alyssa sedang berbual bersama Aiman ,Afif menuju ke arah mereka

dgn membawa sejambak bunga untuk diberikan kepada Alyssa.Afif tidak mengetahui

bahawa Aiman mempunyai perasaan yang sama terhadap Alyssa. Aiman yang melihat

kejadian itu berasa cemburu dan tidak puas hati melihat kelakuan Afif.

Keesokkan harinya, Aiman mula menjauhkan diri daripada Afif. Afif mula berasa hairan

terhadap perubahan yang berlaku keatas diri Aiman yang mula menjauhkan diri darinya.

Afif cuba menanyakan kepada Aiman tentang perubahan sikapnya yang cuba menjauhkan

diri setiap kali dia cuba untuk mendekati dirinya.Namun begitu Aiman tidak menjawab

sebarang pertanyaan yang diajukan oleh Afif dan berlalu pergi begitu sahaja.Afif tetap

mengejar Aiman yang berlalu pergi begitu sahaja kerana ingin mendapatkan jawapan dari

segala soalannya. Afif menahan Aiman dan menanyakan soalan yang sama"Kenapa kamu cuba menjauhkan diri dari saya setiap kali kita bertemu"Ujar Afif kepada

Aiman

"Aku berasa cemburu dan berasa tidak senang terhadap perlakuan engkau terhadap Alyssa

yang cuba merampas Alyssa daripada aku padahal engkau mengetahui bahawa aku telah

jatuh hati terhadap Alyssa"ujar Aiman kepada Afif.

Afif cuba untuk menjelaskan perkara yang sebenar bahawa dia tidak mengetahui langsung

bahawa Aiman mempunyai perasaan yang sama terhadap Alyssa. Jika dia mengetahui

bahawa Aiman turut mempunyai perasaan yang sama terhadap Alyssa maka beliau pasti

akan merelakan Alyssa untuk bersama dengan Aiman dan berhenti mengejar Alyssa demi

sahabatnya.Namun Aiman tidak ingin mendengar penjelasannya terlebih dahulu dan berlalu

pergi begitu sahaja.

Semakin hari hubungan mereka semakin menjauh dan Afif berasa kecewa kerana hubungan

mereka bedua menjadi semakin jauh kerana seorang perempuan.

Pada suatu malam, ketika Aiman pergi berjalan-jalan bersama kawan –kawannya yang lain

lalu dia ditimpa satu kemalangan jalan raya yang mengakibatkan dirinya mengalami

kecederaan yang teruk dan terus dikerjakan ke hospital yang berdekatan.Doktor

mengesahkan Aiman mengalami kerosakan buah pinggang dan perlu melakukan

pembedahan pemindahan buah pinggang secepatnya.Ahli keluarganya yang tiba di hospital

menangis teresak-esak mendengar kejadian yang menimpa anaknya dan berdoa supaya

dapat mencari penderma buah pinggang secepatnya bagi menyelamatkan nyawa anaknya.

Afif yang mengetahui kejadian yang menimpa terhadap Aiman berasa sedih kerana Aiman

merupakan sahabatnya sejak dari mereka bersekolah rendah.Afif yang mendapat tahu

bahawa Aiman perlu melakukan pemindahan buah pinggang secepatnya tanpa teragak-agak

Afif bersetuju untuk mendermakan buah pinggangnya kepada Aiman walaupun dia tahu

risikonya amat besar yang perlu ditanggungnya ketika melakukan pembedahan tersebut.

Ketika melakukan pembedahan pemindahan buah pinggang tersebut Afif telah terkorban

tetapi Aiman berjaya diselamatkan.Ahli keluarga Aiman berasa bersyukur kerana anaknya

selamat mereka bersa terharu terhadap pengorbanan Afif terhadap anak mereka.

Ketika Aiman sedar dari pembedahannya ahli keluarganya menceritakan tentang kejadian

yang berlaku terhadap dirinya dan pengorbanan Afif terhadap dirinya. Aiman mendengar cerita tersebut berasa terharu dan sedih kerana mengingatkan pengorbanan

sahabatnya dan perlakuan kasar dirinya terhadap Afif selama ini kerana menggap Afif ingin

merampas Alyssa dari dirinya.Aiman berasa menyesal kerana perlakuan dirinya terhadap

Aiman.

Aiman menganggap Afif sebagai seorang sahabat terbaik yang pernah dimilikinya dan tidak

ada yang boleh menggantikan diri Afif di dalam ingatannya sebagai seorang sahabat.