webnovel

Chapter 1

Sinar cahaya mentari senja memberikan ketenangan kepada pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta, tambahan lagi dengan keindahan pantai yang mengeluarkan haruman kemesraan bersama simpulan angin sepoi-sepoi bahasa yang menampar lembut pada wajah.

Seorang lelaki berseluar pendek dan berbaju kemeja berbunga matahari sedang melepak di sebuah kerusi di taman sambil menyilang kakinya.

"Aahh!! leganyaa rasa" bunyi rintihan suara kenikmatan yang terhasil daripada seteguk coca-cola.

"Wuhuu!! indahnya permandangan" Jerit Asyraf dalam hati sambil melelehkan air liurnya apabila melihat ramai wanita seksi yang hanya memakai bikini dan mini panty berlibur ditepi pantai.

"Hihihi!!" Asyraf tersengih jahat setelah mendapat idea yang bernas untuk menjamah gadis-gadis seksi di sekitar pantai itu. Lalu tangangnya dimasukkan kedalam kocek seluarnya untuk memegang sesuatu.

"BOOOMMMMM" belum sempat Asyraf mengambil sumpit* yang berada di dalam kocek seluarnya, tiba-tiba seorang gadis menerpa kearahnya dan melanggarnya.

"Prapppp, ughhhhh!!" tanpa sempat mengaktifkan pertahanan, tangan gadis tersebut terlebih dahulu mengcengkam anunya yang sedang tidur. Sambil menahan kesakitan yang teramat sangat. Asyraf cuba mengawal dirinya lalu memandang wajah gadis itu. Tiba-tiba muncul satu perasaan yang aneh dalam dadanya.

"Wahh!! cantiknya dia, rambutnya yang panjang terurai dengan kemas sekali, serta haruman rambutnya sungguh wangi, jenama shampoo apakah yang dia pakai? tidak pernah aku bau shampoo sewangi ini. Wajahnya pula yang cantik, warna kulitnya yang putih kemerahan dan hangat, seperti kuih pau yang baru dikeluarkan dari oven. Bibir dia pula sungguh lembut dan kemerahan-merahan, membuatkan hati aku tidak tentu arah seperti ingin mencium bibirnya yang menawan itu. Matanya yang sedikit sepet itu sungguh indah, irisnya yang bulat berkilau seperti bintang di langit malam. Apabila aku menatapnya merasa seperti aku sedang terbang dilangit yang luas. Aku ingin kenal wanita ini" luah Asyraf didalam hatinya sambil menahan sakit apabila anunya dicengkam dengan kuat.

"AWAK NI SIAPA!!" Jerit Asyraf apabila cengkaman wanita itu semakin kuat. Rasa ingin tercabut dibuatnya. Jerkahan Asyraf itu membuatkan gadis itu tersentak.

"Aa...Aabang, to..to..tolong saya, ada dua lelaki hodoh sedang mengejar saya, mereka hendak menculik saya, saya ta..ta...takut!!" Dalam keadaan ketakutan gadis itu berkata dengan nada yang cemas. Kelihatan wajahnya mula bertukar pucat. Gadis itu memeluk Asyraf sambil menghalakan tangannya kearah lelaki hodoh tersebut. Tanpa melengahkan masa Asyraf mengalih pandangannya ke arah yang ditujukan oleh gadis itu.

"Wahhh!!, betul-betul hodohlahh, setan mana yang mengandungkan makhluk ni" terlolong Asyraf apabila melihat kelibat dua lelaki yang berwajah seperti Nude Giant Titan dalam anime Attack on Titan.

Jelas kelihatan bibik-bibik kemarahan yang terpampang diwajah lelaki berpakaian serba hitam itu menambahkan lagi kehodohan diwajah mereka.

Tiba-tiba...

"Ehhh BABI!! kau cakap apa tadi, aku tak dengar kalau kau berani cuba cakap sekali lagi" pekik seorang dari dua lelaki itu apabila tidak dapat menahan rasa amarahnya selepas diperlekehkan Asyraf. Terus berkerut-kerut wajah lelaki itu sehingga menambahkan lagi perasaan loya apabila seseorang melihat wajahnya itu.

Asyraf tersentak apabila mendengar pekikan kemarahan daripada salah seorang daripada dua lelaki itu. Dia bagaikan tercari-cari pemilik tuan punya suara itu.

"HAHAHAHA!!! Patutlahh suara macam perempuan, budak bawah umur rupanya" gelak Asyraf tak tertahan apabila mengenali tuan punya suara tersebut adalah milik seorang lelaki kerdil yang berwajah tua.

Apabila terdengar ejekan dan gelak tawa Asyraf. Wajah lelaki bermuka tua itu berkerut-kerut menandakan kemarahannya yang tidak tertahan. Penumbuknya mula digenggam kuat. Asyraf kemudiannya direnung tajam.

Melihat rakannya yang ingin menerkam ke arah Asyraf. Zhai Yuan cepat-cepat menahannya.

"Haishh!! Nama aku Zhai Yuan dan ini rakan sekerja aku Rieyu, kami diupah oleh boss Cheng untuk menangkap pelacur ni. Baik kamu jangan masuk campur dalam hal ni kalau tidak nahas kamu kami kerjakan" Jerkah Zhai Yuan apabila tidak dapat lagi menahan marah yang terbuku* di dalam dadanya. Setelah diberi amaran yang ganas. Asyraf tercenggang, dia terus memandang wajah gadis itu. Dia sungguh keliru kenapa jantan hodoh ini mengatakan dia pelacur.

Faham melihat perubahan pada wajah Asyraf, Mioko menundukkan kepalanya kerana perasaan malu sambil matanya berkaca-kaca. Tidak mahu dilihat oleh Asyraf, Mioko cepat-cepat mengelap air matanya menggunakan belakang tangannya sambil tertunduk-tunduk malu. Didalam hatinya dia merasakan ingin membunuh dirinya sekarang juga. Dia merasakan dirinya sangat hina ketika itu.

Sedang Mioko leka mengelap air matanya, badan Mioko ditarik ke arah pangkuan Asyraf. Dengan perasaan yang terkejut kerana diperlakukan sebegitu, Mioko terus memandang wajah Asyraf. Buat seketika hatinya mula berasa berbunga-bunga sebelum tersentak apabila melihat wajah Asyraf yang berubah bengis seperti ingin membaham mangsa.

"Apa yang kau berdua mengarut ni, kau ingat aku percaya yang gadis secomel dan sebaik ini pelacur, kalau dia pelacur sekalipun tetap tidak mengubah pendirian aku bahawa gadis ini perlu dilayan dengan baik dan tidak diperlakukan seperti binatang. Sekiranya dia sekeji itu, aku yakin dia tidak akan lari daripada genggaman korang kan? Jadi aku sudah membuat keputusan yang aku akan sentiasa bersama dia, sebab aku yakin dia melarikan diri daripada setan-setan macam korang ni disebabkan dia ingin berubah dan tidak ingin melakukan kesilapan yang sama. Jadi sekiranya badut-badut macam korang ni berdegil nak tangkap dia jugak, korang perlu langkah mayat aku dahulu." Getus Asyraf panjang lebar apabila tidak tahan melihat dua orang badut ini melepaskan hinaan kepada gadis itu walaupun hakikatnya dia tidak tahu siksaan apakah yang dialaminya sehingga gadis secomel ini menangis didepan matanya.

Melihat pandangan maut yang dilepaskan oleh Asyraf, Ketiga-tiganya terus kaku termasuklah Mioko. Tetapi Mioko kaku bukan disebabkan dia takut akan Asyraf tetapi disebabkan hatinya tersentuh dengan kata-kata yang dilemparkan oleh Asyraf. Tidak pernah seumur hidupnya ada seorang lelaki yang mengambil berat tentang dirinya kerana selama ini lelaki yang dia kenal hanya mahu menerkam badannya dan lansung tidak menjaga hati dan perasaannya.