1 mengambil keputusan spm

Setelah beberapa bulan menunggu keputusan SPM, tiba masanya keputusan SPM diumumkan. Leha bergegas ke bilik air untuk mandi dan menyiapkan dirinya untuk pergi ke sekolah. setelah siap merapikan dirinya, Leha mengambil beg lalu memakainya. Leha ditemani oleh ibunya ke sekolah. jarak sekolah dari rumah tidaklah berapa jauh. Leha dan ibunya berjalan kaki sambil berbual. semakin hampir kawasan sekolah, debaran hati Leha semakin kencang. persoalan demi persoalan dalam benak Leha muncul. Adakah aku terpilih masuk ke UPU yg telah aku pohon?. Adakah aku terpilih meneruskan pembelajaranku ke matrix?. Adakah aku masih bersekolah di sekolah yang sama dalam tingkatan 6? atau adakah aku sudah tak dapat meneruskan persekolahan lagi? bermacam-macam persolaan yang bertandang dalam fikiran Leha. sesampai di kawasan pagar sekolah, mak cik som selaku ketua pengawal di sekolah tersebut menyambut kehadiran leha dengan satu senyuman. lantas, leha membalas senyuman itu dengan penuh bermakna. leha meneruskan perjalanannya sehingga sampai di hadapan pejabat sekolah, Leha melihat sudah ramai rakannya yang telah mengambil keputusan SPM, ada yang gembira, ada yang sedih tidak kurang juga ada yang tanpa ada reaksi wajah. Leha segera masuk ke dalam pejabat, Leha berjumpa guru yang ditugaskan untuk memberikan keputusan SPM. setelah memberikan nama penuh, guru penolong Hal ehwal murid (HEM) iaitu cikgu wairin mencari nama leha dalam fail senarai pelajar tahun 2016. Guru tersebut memberikan keputusan Leha, Leha mengambil sampul yang diberikan guru HEM yang berisi sijil SPM dan membukanya. Leha melihat dgn reaksi mencuka, setelah melihat keputusannya semua persoalan yang difikirkannya jauh dari andaian. walaupun Leha tersenarai dalam top 10 SPM namun Leha tidak dapat menyambungkan persekolahannya ke matriks apatah lagi ke upu. semua yang dipohonnya tidak berjaya. walaupun leha mendapatkan keputusan A pada semua subjek namun subjek Bi, kimia, dan fizik hanya cukup-cukup makan. Leha bertanya kepada guru tersebut, di mana dia menyambungkan pembelajarannya untuk masuk ke tingkatan 6 sementara menunggu panggilan di tempat yang lain. Guru HEM menunjukkan senarai nama pelajar dan senarai sekolah di blue board di dinding sekolah tersebut. Leha mencari namanya dalam senarai nama tersebut. Setelah menjumpai namanya, leha melihat nama sekolah yang ditempatkannya. Adakah dia tetap diterima di sekolah yang sama atau sebaliknya.?

Leha tunduk seribu Bahasa, Leha berjumpa semula dengan guru tersebut. Leha bertanya "kenapa aku Tak dapat ke sekolah ini juga untuk menyambungkan persekolahanku cikgu?" dengan jawapan yang sedih, cikgu berkenaan memberitahu bahawa Leha tidak dapat menyambungkan persekolahan di sekolah yang sama kerana tiada aliran yang sama di tingkatan 6 seperti yang diambil olehnya di sekolah tersebut. Leha terpaksa dihantar ke sekolah baru untuk menyambungkan pembelajarannya. Hanya sekolah itu sahaja yang ada seperti aliran yang diambil olehnya sebelum ini. Leha berpindah ke sekolah itu yang jauh dari keluarganya. Dengan berat hati, Leha berlalu keluar pejabat dan pulang ke rumah. Leha masuk ke dalam bilik dan baring di atas katil sambil melihat kipas berputar ligat. sekelip mata, dunia gelap menguasai dirinya.

avataravatar
Next chapter