150 Bu Fang yang Bersemangat dan Ladu Bulan Sabit Pelangi

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Cef Jin tersenyum kecil apabila dia mendengar para penonton memberikan sorakan kepadanya dan perasaan puas hati terpancar di wajahnya. Dia dapat rasa yang semua penonton sedang menumpukan perhatian mereka kepadanya.

Dia yakin yang teknik pemotongannya paling hebat berbanding dengan teknik pemotongan cef-cef diraja yang lain. Kemahirannya dalam mengendalikan bahan-bahan mungkin tidak sehebat cef-cef tua yang sudah berada di dalam bidang masak-memasak selama berpuluh-puluh tahun, tetapi teknik pemotongannya memang paling hebat di dalam dapur diraja.

Selepas menggunakan teknik pemotongan yang hebat untuk memotong sepinggan daging lembu, dia mendongak kepalanya ke atas dan mendapati yang sorakan daripada para penonton menjadi lebih kuat. Walau bagaimanapun... sorakan itu bukan ditujukan kepadanya.

Wajahnya membeku seketika sebelum dia mengerutkan dahinya. Kepala botaknya yang berada di bawah sinaran matahari itu seolah-olah hendak memancarkan cahaya.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter