webnovel

Our Precious Moments

{ Onze Dierbare Momenten } « Momen-Momen Yang Berharga Kita » Semua orang pasti ada kan? Momen dan saat-saat berharga dalam hidup. Cerita ini mengisahkan tentang gadis bernama Nur Aira Maisara, merupakan seorang pelajar yang insecure. Tak banyak bercakap. Sangat suka bersendirian. Dia suka tengok pokok-pokok yang mempunyai daun-daun yang indah macam bunga sakura. Tapi pohon bunga sakura kat Jepun je. Kat Malaysia ni iklim Khatulistiwa, panas dan lembap, tak sesuai untuk pokok bunga sakura hidup dan tumbuh dengan baik. Alah, bunga sakura yang lawa tu, pokok-pokok warna pink macam dalam cerita anime yang korang tengok tu! Bak kata orang putih, Cherry Blossom! Tapi kat Malaysia ade je pokok ni, namanya Pokok Tecoma, lawa gila beb. Warna pink gitu!! Jadinya, Aira suka tengok pokok yang namanya Pokok Anggerik Merpati. Korang pernah dengar tak nama pokok ni? Haha, mesti tak pernah kan? Nama saintifiknya, Pigeon Orchid. Kiranya pokok bunga Orchid la ni! Pokok bunga ni sangatlah besar dan berdekatan dengan Pokok Queen Palm di sekolahnya. "Hmm..Hidup ni memang kena sendirian ke? Aku nak jugak ada kawan macam orang lain...Cuma..aku tak reti nak berkawan..." - Aira - Dia tidak berapa suka apabila bercakap dengan orang, apatah lagi bergaul atau berkawan. Bak kata orang dulu-dulu, orang yang pendiam. Sebenarnya, dia bukan tak suka cuma tak reti! Aira sangat sukakan ketenangan bila dia sendirian. Rasa damai je. Walau bagaimanapun, dia tetap berasa sunyi, lagi-lagi bila dia kena jalan seorang diri. Makan pun sorang-sorang, belajar pon berseorangan. Semua benda pun dia buat sorang-sorang! Kau bayangkan, betapa sepinya hidup kat sekolah kalau macam ni! Tapi! Segalanya berubah bila hadirnya seorang pelajar lelaki yang berwajah tampan berpindah ke sekolah dia! Mamat Belanda pulak tu! "Lah, aku nak tolong kau la. Kau ingat aku nak buat apa?" - Tengku Rafie Dasuki A.K.A Ryker - Hidup Aira berubah 180• darjah bila bertemu dengan budak lelaki Happy Go Lucky ini! Perangainya, Ya ampun! Boleh tahan nakal jugak! Selamba pulak tu! Jadi sakit kepala kalau dilayan! Namun begitu, dengan hadirnya si dia dalam hidup Aira, kini hidupnya penuh dengan warna-warna pelangi! Suka dan duka! Gembira dan sedih! Nak tahu apa yang berlaku antara Aira dan Mamat Belanda ni, bacalah novel ini! >_

umayra_yusoff · Urban
Not enough ratings
10 Chs

TOT ZIENS!

Aira membuka pintu kereta Toyota Corolla Altis berwarna hitam kepunyaan mamanya perlahan-lahan sambil dibantu olehnya. Dia menghenyakkan punggungnya di atas kerusi sebelah tempat duduk pemandu. Kemudian, mamanya menutup pintu kereta tersebut.

Tidak lama selepas itu, Aira terdengar pintu tempat duduk belakang dibuka. Kelihatan terjengul kepala Rafie dari luar kereta yang sedang meletakkan beg sekolah miliknya ke atas kerusi. Dia hanya memerhatikan tingkah laku Rafie.

Rafie berpaling memandang Aira apabila dia merasa dirinya diperhati. "Eh, kau tengok aku kan sejak dari takdi?" Soalnya sambil tersenyum-senyum nakal.

"Ma-Mana ade aku tengok kau! Aku tengok beg sekolah aku yang lawa tu lah!" Balas Aira sambil memandang ke hadapan dan menyembunyikan wajahnya yang sudah merah. Perasanlah mamat ni! Dia ingat aku nak sangat tengok muka dia! Aira menarik muka masam.

Rafie hanya tersengih-sengih. 'Alah, tak nak ngaku lah tu kau tengok aku.' Bisiknya dalam hati.

"Okay, tak nak mengaku sudah. Aku pergi dulu!" Bidas Rafie tatkala dia melihat ibu Aira memanggilnya. Dia menutup pintu kereta itu.

Rafie bertanya kepadanya sebaik sahaja dia sampai di hadapannya. "Ada apa ni, Aunty?"

"Oh! Ryker, terima kasih banyak-banyaklah ya sebab dah bantu Aunty! Ryker ni sama je dari dulu, selalu tolong Aunty." Ucap Mama Aira sambil tersenyum lebar ke arah Rafie.

Rafie hanya tersenyum nipis. "Tak ada apalah, Aunty. Saya saja-saja tolong Aunty. Lagipun, Aunty dari dulu selalu baik je dengan saya."

Mama Aira melihat jam tangan pada pergelangan tangannya. Lalu, dia memandang Rafie. "Ryker, Aunty pergi dulu lah ya?"

"Baiklah, bye Aunty!"

"Bye, Ryker handsome!" Mama Aira berkata demikian sambil menuju ke arah kereta miliknya. Dia memasuki kereta tersebut dan duduk di tempat pemandu.

Eh! Sempat lagi Aunty puji aku. Rafie hanya mampu tersengih-sengih.

Selepas itu, dia melangkah dan menuju di tingkap sebelah tempat duduk pemandu.

*Tok!Tok!Tok!*

Aira yang wajahnya masam mencuka sejak tadi terkejut apabila tersedar tingkap kereta di sebelahnya diketuk. Apahal pulak mamat ni main ketuk-ketuk tingkap? Kau ingat ni macam budak-budak mari datang rumah mintak duit raya ke!

Dia menurunkan cermin tingkap perlahan-lahan sambil menanyangkan muka seposen dan toya terhadap Rafie sebaik sahaja terpandang wajahnya. Aira bertanya dengan malas. "Kau nak apa?"

"Kau tak ucap lagi terima kasih kat aku." Rafie membuka mulut dengan nada yang selamba.

Eh, eh! Dia ni! Kalau nak tolong tu ikhlas lah! Aira mengetap bibirnya.

"Terima kasih." Balas Aira dengan pendek.

Rafie hanya mampu tersenyum nipis apabila melihat muka tak puas hati Aira. "Sama-sama."

"Kalau dah takde apa-apa lagi, aku tutup tingkap ni eh?" Aira berkata-kata sambil menaikkan tingkap apabila mendengar mamanya sudah menghidupkan enjin kereta.

Jejaka itu menahan tingkap daripada ditutup dengan tangan kanannya. Dia memanggil nama gadis di hadapannya. "Aira."

Tangan Aira berhenti menaikkan cermin tingkap kereta bila dia mendengar namanya dipanggil. Dia memusingkan kepalanya menghadap tingkap di sebelahnya. Matanya memandang tepat ke arah wajah tampan di hadapannya. "Kau nak apa lagi?"

Rafie memandang matanya dengan lunak sambil membuka mulut.

"Aira, bedankt en tot ziens."

"Hah???" Aira hanya ternganga mulut seluas-luasnya dan matanya terkebil-kebil memandang wajah pelajar lelaki itu. Kau cakap apa ni? Takkan kau cakap bahasa Belanda kau kut? Manalah aku paham!

Rafie hanya mampu tersenyum penuh makna. Dia bercakap dengan nada yang lembut dan senyuman yang manis.

"Thanks and we'll meet again!"

Belum sempat Aira membalas, mamanya sudah memandu keretanya. Kereta milik mamanya semakin menjauh daripada badan Rafie. Dia hanya mampu melihat Rafie melambai-lambaikan tangannya ke arah mereka berdua sehingga kelibatnya tidak kelihatan lagi.

Aira hanya kebingungan sambil termenung memikirkan kata-katanya.

'Terima kasih? Untuk apa?? Kita akan berjumpa lagi? Kan aku kena duk rumah seminggu..Takkan aku akan jumpa dengan kau? Maksud kau apa sebenarnya ni?!'

Hatinya tiba-tiba berasa berdebar semacam! Dia dapat mendengar hatinya berbunyi dub dab dub dab dengan kuat. Fikirannya bercelaru dan ligat memikirkan maksudnya. Dia tertanya-tanya apa yang dimaksudkan oleh Rafie a.k.a. Ryker itu. Kejap, Ryker tu memang nama lain dia ke apa??

Aira memegang kepalanya menggunakan kedua-dua tangannya. Rambutnya usah dikatakan lagi, serabai dah macam hantu kak limah!

Arghh!! Mamat Belanda!! Kau buat aku sakit kepala!!!

Sementara itu, tanpa disedari Aira, dia diperhatikan oleh mamanya, Puan Diana. Puan Diana yang duduk di sebelahnya sambil memandu, mengerling matanya ke arah Aira. Mamanya hanya tersengih-sengih bila dia melihat anaknya tidak senang duduk macam cacing kepanasan.

'Badannya kejap ke kiri, sekejap ke kanan. Lepastu pegang kepala pulak! Dengan kaki berbalut lagi! Hai, apa nak jadi dengan anak aku ni?' Getusnya dengan lembut sambil menggeleng-geleng kepalanya dan meneruskan pemanduan.