1 Nota Cinta

Bila didengar perkataan cinta hendak sahaja aku menangis, meraung tetapi tidak mampu. Aku hanya bisa tertawa bila ku dengar perkataan cinta. Bagi ku cinta itu hanya permainan dunia. Cinta yang tiada erti bagi aku, Aku tidak pernah merasa nikmat sebuah cinta hinggalah aku bertemu seorang gadis yang telah mengubah hidup sepenuhnya. Suhaila, walaupun dia tidak sempurna seperti gadis-gadis lain di luar sana. Tetapi dia telah mengajarkan aku apa ertinya sebuah cinta, bertapa bahagianya aku bila bersamanya. Kesetiaannya pada aku membuatkan aku terbuka mata hati untuk berubah, dimana aku sebelum ini tidak pernah setia didalam mana-mana perhubungan yang aku tahu hanya keseronokkan dalam perhubungan. Aku benar-benar jatuh cinta padanya. Aku merancang hendak memperisterikanya tetapi Allah sudah merancang segalanya. Aku didapati menghidapi Kanser paru-paru tahap 4. Mungkin ini hukuman dunia untuk dosa-dosa yang telah aku lakukan sebelum ini. Aku merahsiakan perkara ini dari keluarga ku dan juga su. Aku membatalkan niat ku untuk memperisterikannya, Aku tidak mahu su menjadi janda gara-gara ego ku sendiri. Aku terus berdiam dan mengasingkan diri dari su. Sehinggakan su sendiri datang kerumah ku untuk menemui ku. Aku hanya mampu melihat dari jendela rumahku. Aku lihat wajah cerianya yang sebelum bertukar suram dan masam. Aku berasa serba salah kepada su. Aku kuatkan diri untuk menemuinya. Aku katakan kepadanya yang aku cuma tidak sihat lepas makan ubat sihatlah. Aku menipu kepadanya supaya dia kembali ceria. Dia kembali tersenyum bila mendengar khabar dari ku. Aku berjanji kepadanya untuk membawanya ke pawagam pada esok hari. Tapi aku tahu masa aku tidak cukup tetapi aku tetap kuatkan diri. "Haihh mana pulak abang ni tak sampai-sampai lagi katanya nak ambil aku. Haihh ni la lelaki janji je lebih" Bebel su sendirian, "Kringg!! Kring!!" Ringtone Telefon su berbunyi. "Hello? Abang kat mana ni" Jawab su. "Ini suhaila ke? Saya dail no ni sebab terletak pada no kecemasan". Jawab suara tu. "Eh awak ni siapa?" Tanya su. "Saya anggota polis, encik Fikri terlibat dalam kemalangan". Balas anggota polis itu. "Prakk!!" Telefon milik su jatuh kelantai. Suhaila terkejut dengan berita itu terus gerak ke hospital. Tetapi Allah lebih sayang kepada fikri. Fikri telah kembali ke rahmatullah. Hasil bedah siasat mendapati Fikri tidak dapat mengawal kenderaan kerana telah pitam semasa memandu. Suhaila tidak menerima kenyataan bahawa fikri telah pergi meninggalkan nya. Ditangan nya terdapat sebuah surat yang tertulis.. "kehadapan suhaila kekasihku, Kalau su dapat surat ni tandanya abang dah kat dunia. Maafkan abang sebab tak dapat tunaikan janji-janji abang pada su. Maafkan abang jugak sebab tipu pada su. Abang harap su kuat dan tak mau nangis-nangis nanti cair mekap tebal su tu. Hahaha, hm abang sayangkan su. Dan su jugalah yang telah mengubahkan abang kepada diri abang yang sekarang ini. Terima kasih sayang ku suhaila. Semoga kita dapat bertemu di syurga. Aamin". Su menangis teresak-esak hingga dirinya pengsan dan dibawa ke wad kecemasan. "Aku kat mana ni? Asal putih je semua ni?" Tanya su pada dirinya sendiri. "Su?" Kata suara itu kepada su. "Abang!! Su rindukan abang, abang jangan tinggalkan su. Su janji akan jaga abang baik-baik. Abang dah janjikan pada su". Balas su sambil menangis. "Sayang, tak mau mcm ni. Suhaila yang abang kenal tak lemah macam ni dia kuat, garang dan tak pernah menangis" pujuk fikri pada su. "Tapi abang tinggalkan su. Su tak suka". Balas su. "Sayang, Kita tak boleh lawan kentetuan ilahi. Dia sudah tentukan semua ni kita hanya mampu merancang sayang" kata fikri pada su. "Janji pada abang yang su akan jaga kesihatan su dan teruskan hidup seperti biasa. Abang akan sentiasa menunggu sayang di sini. Suhaila, selamat tinggal sayangku". "Abang!!" Jerit su selepas tersedar dari koma. Su menangis dan terus menangis, "Su janji yang su akan jaga kesihatan su dan Akan teruskan hidup macam biasa. Dan nama abang akan terus berada dalam hati su. -Tamat

avataravatar