webnovel

BAB 1 : PANDANGAN PERTAMA

*Ringgg..... *

Loceng Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Putra berbunyi menandakan akan masuk waktu pembelajaran berikutnya.

"Weh Zaf, kau tengah buat apa tu?" tanya Khairul kepada Zafrul

Mereka berdua memang sudah berkawan baik sejak dibangku sekolah rendah lagi. Disebabkan rumah mereka berdekatan, Khairul sering menumpangkan Zafrul pulang ke rumah mahupun ke sekolah.

"Aku tengah siapkan kerja rumah Puan Rozai ni hah. Kejap lagikan waktu pembelajaran dia." jawab Zafrul kepada Khairul sambil tergesa-gesa menyiapkan kerja rumah yang diberi semalam.

"Kau jangan risau lah, Puan Rozai mesti tak datang punya harini. Aku tak nampak pun kereta dia pagi tadi." Kata Khairul dengan penuh yakin. Terlihat senyuman diwajahnya.

"Bangun... Selamat Petang.... Cikgu... " Laung ketua kelas 5 Saujana disambut murid-murid lain.

Terkedu Khairul, senyuman yang manis diwajahnya tadi hilang secara tiba-tiba apabila terdengar laungan ketua kelas tadi.

Puan Rozaini yang lebih dikenali sebagai Puan Rozai ialah seorang guru mata pelajaran Matematik yang garang dan terkenal dengan ketegasannya dalam mendidik para pelajar.

"Selamat petang semua, sebelum kamu semua duduk. Sesiapa yang siapkan kerja rumah yang saya berikan semalam .Pergi ke padang dan buat larian 20 pusingan. Sekarang! " tinggi suara Puan Rozaini.

Pantas Zafrul dan Khairul pergi ke padang tanpa sepatah kata ,hanya mereka berdua sahaja yang tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan kepada mereka.

"Muka yang sama lagi...." berkata sendiri Puan Rozaini.

Puan Rozaini hanya melihat dua orang muridnya berlari mengelilingi padang melalui tingkap kelas 5 Saujana yang berada di tingkat dua kerana berhadapan dengan padang.

Mereka berdua adalah antara pelajar terbaik di kelas tetapi agak nakal dan banyak bermain-main ,itu yang agak merisaukan Puan Rozaini kerana peperiksaan SPM sudah semakin hampir.

***

"Ini... huh... ini semua salah kau Khai.... huh..huh..." merungut Zafrul kepada Khairul sambil termengah-mengah.

"Yelah, Salah aku... semua benda salah aku.." mengalah Khairul tidak mahu bergaduh kerana terlalu penat.

Larian mereka laju pada awalnya mulai perlahan. Tidak terdaya mahu menghabiskan beberapa pusingan lagi. Mereka mengambil keputusan untuk berhenti seketika untuk mengambil nafas.

Tiba-tiba lalu sekumpulan pelajar menuju ke makmal sains. Mata Zafrul terarah hanya pada seorang sahaja. Seorang perempuan berkulit putih, bertubuh kecil sambil membawa beberapa buku. Dia seolah-olah terpegun melihat budak perempuan itu.

"Woi! kau tengok apa tu?" tegur Khairul sambil menjenguk-jenguk kearah yang dilihat oleh Zafrul.

"Kau nampak tak ,budak perempuan tu, yang kecik-kecik tu, Siapa tu? ,aku tak pernah nampak pun." tanya Zafrul .Pandangan matanya masih tertumpu ke arah sekumpulan pelajar tadi.

"Ohh tu, Budak baru kelas 3 Delima...Suzyana." jawab Khairul sambil mengelap peluh di dahinya.

"Mana kau tahu? " Tanya Zafrul untuk kepastian.

"Aku tahulah, Adik aku satu kelas dengan dia... kau kenapa banyak tanya nii?" Khairul mula curiga.

"Takde apa-apa, aku tanya je..." jawab Zafrul dengan selamba.

Khairul dapat merasakan sesuatu. Maklumlah mereka sudah hampir tujuh tahun berkawan rapat. Dia seolah-olah sudah dapat membaca isi hati sahabat baiknya itu.

Baru sahaja mereka ingin meneruskan larian mereka untuk menghabiskan pusingan yang telah ditetapkan oleh gurunya tadi. Ketua kelasnya telah diarahkan untuk memanggil mereka berdua naik ke kelas untuk meneruskan pembelajaran.

Ketika mereka mahu kembali ke kelasnya, mata Zafrul masih melihat-lihat ke arah makmal sains yang dimasuki oleh sekumpulan pelajar tadi. Dia seolah-olah masih terbayangkan wajah budak perempuan itu. Tetapi, itu bukanlah kali terakhir Zafrul melihat Suzyana.

Masa berputar dengan pantas, sepuluh tahun telah berlalu. Zafrul bukan lagi seorang budak yang nakal dan selalu di denda lagi. Beliau kini adalah seorang pengarah syarikat pengeluar barangan elektronik yang terkemuka di Malaysia. Oleh disebabkan itu, Beliau telah dianugerahkan gelaran "Datuk" pada usia yang muda.

"Selamat pagi, Datuk Zafrul." Sapa Mak Limah dengan mesra apabila melihat majikannya turun dari tingkat atas.

"Selamat pagi Mak Limah... Mari sarapan dengan saya sekali." Zafrul mempelawa pembantu rumahnya. Tangannya mengarah ke kerusi yang kosong disebelahnya.

Dia yang baru turun dari biliknya di tingkat atas dengan berbaju kemeja putih dan bertali leher biru gelap siap sedia mahu ke pejabat.

Zafrul sudah menganggap Mak Limah seperti keluarganya sendiri. Dia yang berumur lingkungan 50-an itu telah berkhidmat sebagai pembantu rumah kepada Zafrul lebih dari tiga tahun. Dia juga bertanggungjawab menjaga makan dan minum serta menyediakan pakaian Zafrul pada setiap pagi.

Selesai sahaja sarapan, Zafrul membuka "key Holder" untuk mengambil kunci keretanya. Terdapat beberapa buah kunci kereta mewah yang berlainan jenama membuatkan dia teragak-agak untuk memilihnya.

Dia masuk ke dalam keretanya dan menghidupkan enjin. Memakai kaca mata hitam dan membetukan cermin pandang belakangnya. Wajahnya yang tampan dengan rambut yang disisir rapi terlihat dari pantulan cerminnya tadi.

Zafrul tidak mempunyai pemandu peribadi kerana dia lebih gemar memandu sendiri. Baginya memandu keretanya sendiri dapat memberikan kepuasan untuk dirinya.

Pintu garaj bawah tanah terbuka. Keluar kereta mewah berjenama "Audi" berwarna putih yang berkilat. Keretanya yang berbunyi garang itu semakin menghilang apabila semakin jauh menuju ke jalan besar.

Kereta Zafrul yang memecut laju tadi diberhentikan oleh lampu isyarat merah di simpang empat jalan menuju ke pejabatnya. Jalan yang sering dilalui olehnya pada setiap pagi dan petang itu seolah-olah tidak pernah lengang.

*bip bip*

Notifikasi telefon bimbit Zafrul berbunyi. Dia mengambil telefon bimbitnya untuk memeriksa sementara menunggu lampu isyarat bertukar hijau.

*Lampu merah bertukar hijau*

Zafrul segera meletakkan telefon bimbitnya dan melepaskan brek tangannya. Disempat tayar keretanya bergolek sepenuhnya. Tiba-tiba datang seorang wanita yang datang entah dari mana melintas di hadapan keretanya.

Keretanya terlanggar sedikit kaki wanita tersebut lalu terjatuh. Mujur Zafrul cepat menekan brek. Dia segera keluar dari keretanya untuk membantu wanita tersebut.

"Cik... Cik tak apa-apa ke?" tanya Zafrul dalam keadaan cemas.

Wanita tersebut terduduk di hadapan keretanya sambil mengurut-urut kakinya. Wajah wanita tersebut terlindung dengan rambutnya yang panjang mengurai.

"Aduh~ Awak buta ke? tak reti bawak kereta eh?" marah wanita tersebut lalu menyelak rambutnya. Terlihatlah wajah wanita tersebut.

"Dia ni.... " Zafrul seakan-akan kenal wanita tersebut tetapi dia tidak pasti.

Wanita yang bertubuh kecil dan berkulit putih dengan pandangan mata yang menawan membuatkan Zafrul terkedu. Masa seolah-olah terhenti buat seketika. Kota raya yang riuh menjadi sunyi. Siapakah wanita itu?