webnovel

5th Cekelat

Hari persekolahan yang membosankan. Seperti biasa, guru-guru sentiasa bermurah hati memberi homework yang menggunung.Lagi2 Cikgu Maimunah,sampai 100 soalan matematik diberinya ! Alahai...

Malam itu malam jumaat, saat kegemaran pelajar2 SEBETAH. Sebab takde kelas prep! Kebanyakan pelajar menonton televisyen di ruang rehat. Setiap hostel disediakan satu ruang rehat. Dalam ruang rehat tu ada sebuah televisyen bersaiz 30 inci Samsung. Tv ni takde sebarang siaran seperti Astro,Njoi atau MyTv. Jadi,pelajar yang nak tengok tv kena bawa hard disc atau usb sendiri..Huhu

Abang form 5 ni bukak cerita hantu.Conjuring 2. Maka,ramai la budak2 yang memeriahkan lagi ruang rehat ni. Aku pun tak terkecuali..Hehe.

Tengah syok layan movie ni,Afie panggil aku.

"Apa kau ni," soal aku. Dia keluarkan sekotak coklat Tobleron dari poket dia.

"Uyooooo, coklat.Pemurahnya awak bagi titew cekelat..Terharu titew," aku mula la buat suara manja. Maklumlah, Afie ni kedekut bab2 sharw makanan. Bila dia bagi aku Tobleron,rasa terharu pulak.

Dia jeling aku. "Bukan aku bagi la,suami kau bagi," dia letak coklat tu atas riba aku. Pastu dia cepat2 blah.Suami aku??Again?

"Woi,sapa yang bagi!" aku tertinggi suara pulak.Lupa yang ada berpuluh2 pelajar yang tengah khusyuk layan movie. Apa lagi,berbakul2 makian aku dapat malam tu..Aku tersengih."Sorryy," ucapku sebelum segera beredar dari ruang rehat tersebut....

P/s: To all my dearest reader, jangan lupa comment selepas baca ya☺Kalau ada salah silap dalam penulisan,atau ada idea yang nak dikongsikan,boleh la leave comments..Komen yang baik2 je tau..Byeeee