webnovel

3rd Ponteng

Aku termenung. Air mata aku dah lama kering.Harini aku ponteng kelas.Jadi aku memilih untuk melepak di kawasan tangki sekolah.Kawasan tangki tu memang takde orang datang hatta guard atau warden sekalipun.Sebab ada khabar angin yang mengatakan bahawa tempat ni berhantu. Kononnya, orang yang datang kat tangki ni akan diganggu 'entiti'. Macammana rupa 'entiti' tu??Entah la. Takde siapa pernah bagitau aku.

Aku tengok jam tangan. Lagi lima minit 10.30 am. Jadi aku ambil keputusan untuk pergi ke kantin. Tak jauh pun kantin dengan tangki ni.Sekangkang kera je.

Sampai sahaja di kantin, aku terus ke kaunter dan mengambil sepinggan nasi lemak. Kemudian, aku mengambil seketul ayam goreng krispi. Aku seluk poket seluar dan keluarkan not rm5. Mak Leha aka pekerja kantin tu nak ambil baki, tapi aq dengan berlagaknya kata "keep the change". Ala,baki 50 sen je.

Aku ambil tempat di meja paling hujung kantin. Betul2 bawah kipas. Kaunter kantin dah mula dipenuhi pelajar. Nasib baik aku datang awal. Tak perlulah nak beratur panjang2.

Waktu aku sibuk menggaulkan nasi dengan sambal, Afie duduk di kerusi hadapan aku. Dia turut membeli makanan yang sama dengan aku. Dia senyum kat aku. Aku membalas senyumannya dengan segaris senyuman pahit. Dia letakkan secawan sirap limau di sebelah pingganku.

"Thanks," ucapku yang tengah lahap mengunyah nasi.

"Kau pahal tak masuk kelas tadi? Maimunah bising tau tak," kata Afie. Dia pun dah mula makan. "Pastu, kau cakap apa kat Maimunah?"soalku kembali. Sebut je nama Maimunah, aku terbayang muka garangnya sambil memegang rotan setebal 1.5 cm dengan panjang 2 meter. Dengan bertudung merah menyala,sedondon dengan baju kurung yang sama warna. Maimunah ni merupakan guru yang mengajar matematik di kelas kami. Students SEBETAH ni panggil dia 'Singa Jadian'..Sebab kalau dia marah, satu blok akademik boleh dengar tengkingan maha kuat tu..

"Aku cakaplah, kau kena cirit birit..Jadi kau kene pergi klinik," jawab Afie. "Pastu dia pun membebel, kata pelajar zaman now ni tak reti jaga kesihatan..Bila sakit dah salahkan pihak sekolah...Bla bla bla....tah mende tah dia bebelkan," seloroh Afie sambil meniru gaya percakapan Maimunah.

Aku dan Afie dah selesai makan. Aku ajak Afie ponteng dengan aku. Dia pun on je.

Sampai sahaja di kawasan tangki tu, aku terus peluk Afie sambil menangis. Aku ceritakan kat dia peristiwa pagi tadi...