webnovel

Chapter 1

Abah, kalau abah izinkan boleh tak kalau kakak pindah sekolah tahun depan?'. Pertanyaan Hana langsung tidak dibalas. Hana, gadis muda berusia 15 tahun. Bersekolah di sekolah asrama harian. Tujuannya untuk berpindah bukan kerana dia mempunyai masalah di sekolahnya. Tetapi dia mahu merasa 'environment' baru. Kawan baru. Lama Hana berpandangan dengan ayahnya. Baru sahaja dia mahu beredar dari situ, ayahnya memujuk. 'Kakak stay je ye kat sekolah tu. Abah janji abah selalu datang jenguk kakak'. Hana mengangguk tanda setuju. Dia bukanlah seorang anak yang memberontak. Hana turutkan sahaja permintaan atau lebih kepada arahan ayahnya.