webnovel

My Only Hero

Book 1 of CookyiesCo [Late Update] "Dasar anak pembawa malang!" "Kenapa mother cakap macam tu?! Dia tak salah!" "Thank you, MY HANDSOME HERO." "I will protect you, princess" "Please don't smile if you're broken inside. I love you" Disebabkan satu mitos, dirinya digelar pembawa malang. Demi ingin melihat keluarganya bahagia, dia nekad keluar dari negara itu. Tinggal bersama keluarga pakciknya. Tanpa dia sedar, ada seseorang yang menjaganya dalam masa yang sama, mencintainya dari jauh.

CookyiesCo · Teen
Not enough ratings
20 Chs

Prolog

2013

Aku berlari sekuat hati tanpa arah tuju. Setelah rasa agak jauh, aku berhenti seketika untuk mengambil nafas. Kemudian aku menoleh ke belakang.

"Hmm.. nampaknya diorang dah tak dapat kejar aku. Fuh!"

Aku melihat sekeliling. Nampaknya, aku dah jauh dari kawasan sekolah. Yang ada di sekelilingku hanyalah dinding dan beberapa perabot kayu yang lama.

Aku teduduk bersandar pada salah satu dinding yang berada di lorong kecil itu. Melepaskan lelah. Penat berlari dari sekolah.

Aku kerling jam di tangan. Terus mataku ku yang memang sedia bulat, membulat lagi. Aku menepuk dahi.

"Oh god! I'm really dead! Aku dah lambat nak sampai rumah. Balik nanti confirm kena bebel dengan mummy."

Segera aku mengangkat kaki dan beredar dari situ. Baru beberapa tapak aku berjalan, terdengar suara yang cuba aku elak dari tadi memanggilku. Aku membuat muka.

"Hey, you! Stop there right now!" laung salah seorang dari mereka apabila terlihat aku.

Aku menoleh ke belakang. Kelihatan sekumpulan remaja lelaki dan perempuan yang aku pasti dari sekolahku mula mengejar. Aku terus berlari.

Sedang aku berlari, tiba tiba ada seseorang menarik lenganku dan sama sama menyorok di belakang tong sampah besar.

Aku yang terkejut mahu menjerit tetapi orang itu pantas menekup mulutku. Aku tak dapat nak lihat siapa sebab aku kini berada di hadapannya.

"Senyap! Nanti diorang jumpa kau." Ujar orang itu.

'Aik?? Dia cakap melayu? Tapi macam mana dia tahu aku pun melayu?' Bisikku dalam hati.

Aku hanya akur. Seketika kemudian, kami terdengar bunyi orang berlari melepasi tempat persembunyian kami.

Aku mengintai sedikit. Nampaknya kumpulan itu telah pergi. Aku melepaskan nafas lega. Baru aku perasan mulut aku tidak ditekup lagi. Baru sahaja aku hendak menoleh mahu melihat siapa yang membantuku, aku tercengang.

Orang itu sudah pergi. Dapat aku lihat belakang badan orang itu yang semakin jauh. Aku mengecam tulisan yang berada di belakang hoodienya.

L.S.W

Aku mengerutkan kening. Apa maksud dia? Nama dia ke? Dari gayanya nampak macam lelaki. Kemudian orang itu menoleh ke belakang seketika. Aku terkejut.

Ya! Dia lelaki. Tapi mukanya aku tak dapat nak cam sebab dia pakai mask and hoodie ditarik menutupi wajah. Yang cuma aku dapat cam adalah matanya.

Hazel.

Dan baru aku tahu bahawa lelaki itulah yang selama ini menolongku tiap kali aku dibuli di luar sekolah. Nak kata satu sekolah macam bukan sebab aku tak pernah nampak lelaki mata hazel dalam sekolahku.

Dan baru juga aku sedar yang itu adalah kali terakhir aku bertemu dengannya. Kerana aku sudah buat keputusan untuk pindah dari sini.

"My Hero."