webnovel

My Only Hero

Book 1 of CookyiesCo [Late Update] "Dasar anak pembawa malang!" "Kenapa mother cakap macam tu?! Dia tak salah!" "Thank you, MY HANDSOME HERO." "I will protect you, princess" "Please don't smile if you're broken inside. I love you" Disebabkan satu mitos, dirinya digelar pembawa malang. Demi ingin melihat keluarganya bahagia, dia nekad keluar dari negara itu. Tinggal bersama keluarga pakciknya. Tanpa dia sedar, ada seseorang yang menjaganya dalam masa yang sama, mencintainya dari jauh.

CookyiesCo · Teen
Not enough ratings
20 Chs

Chapter 18

Beberapa tahun kemudian...

Harith yang sedang nyenyak tidur terjaga akibat jeritan yang maha kuat dari Datin Dee. Terus terduduk Harith di atas katil.

Datin Dee melangkah masuk ke dalam bilik anaknya. Tergeleng kepalanya melihat Harith yang masih mamai di atas katil.

"Harith Zafran Dato Hayqal! You better get up now before your lovely fiancée come here. Now!"

Dengar sahaja perkataan fiancée, terus terbuka luas mata hazel Harith. Oh My God! I'm dead!! Pantas langlah diatur laju masuk ke dalam tandas. Tidak dihiraukan Datin Dee yang bercekak pinggang melihatnya.

Baru beberapa saat berada di dalam tandas, pintu tandas dibuka kembali dari dalam. Tersembul muka Harith di balik pintu. Tersengih dia apabila terpandangkan susuk tubuh mom kesayangan yang masih berada di dalam biliknya.

"Hehe.. tertinggal towel." Harith memanjangkan tangan mencapai tuala di penyidai bersebelahan dengan pintu bilik air. Dapat sahaja towel, terus pintu ditutup. Dia perlu segera!

Datin Dee hanya mampu mengeluh. Sebelum dia keluar dari bilik Harith, sempat dia mendengar jeritan anaknya.

"Thank you mom kejut angah!"

———

Naura memeluk tubuh. Jam ditangan dikerling geram. Mana si Harith ni?! Dah 10 minit dia tunggu. Sampai kebas punggung dia duduk di Cafe.

Harini Naura dan Harith bercadang hendak membeli cincin untuk perkahwinan mereka yang bakal berlangsung minggu hadapan.

Janjinya pukul 10. Ni dah 10.20 tunangnya itu masih belum muncul. Nak kena mamat sekor ni. Tengoklah bila dia sampai nanti. Aku merajuk sampai hari nikah! Biar padan dengan muka dia.

10 minit kemudian...

Harith berlari masuk ke dalam Cafe. Meja yang diduduki Naura dituju. Terus dia melabuhkan punggung di hadapan gadis itu. Naura masih tidak perasan kehadirannya.

Harith tahu dan pasti, Naura marah akan dirinya yang tidak tepati masa. Tapi apa nak dibuat? Ini semua salah abangnya! Kalau Haziq tidak cabar dia lawan game semalam, dia takkan terlambat hari ini.

Dia dah la pantang dicabar. Memang dia terpaksalah sahut cabaran abangnya itu.Ini semua salah kau Haziq Zafran!

"Ehem! Assalamualaikum sunshine saya." Ujar Harith lembut.

Naura hanya buat tak endah. Sebenarnya dia sudah sedar kehadiran Harith. Cuma dia buat tak tahu. Saja! Nak merajuk! Dan nak dipujuk juga sebenarnya. Hehe..

Harith menggaru kepala. Aduh! Apa dia nak buat ni? Kesayangannya dah merajuk!  Harith membetulkan duduk. Tak kira! Walau apa cara sekalipun, dia perlu pujuk juga kesayangannya. Kalau tak dipujuk, maunya Naura tidak bercakap dengannya sebulan!

"Alahh sayang.. I'm sorry. Very very sorry. Saya tak sengaja bangun lambat. Semalam along cabar saya lawan game dengan dia. Awak tahu kan yang saya ni memang pantang dicabar? So saya terpaksalah lawan dengan along. Tu sebab terrbangun lambat. Sayang.. sorry.." terang Harith.

Naura menyimpan iphone. Wajah kacak Harith dipandang. Dia sebenarnya dah cair bila Harith panggilnya sayang. Tapi ditahan dulu senyuman. Mahu melihat sejauh mana Harith boleh memujuknya.

"Awak boleh je kan elak sahut cabaran along tu? Habistu kenapa awak buat jugak? Saja la tu nak main game. Lepastu cakap tak sengaja bangun lambat. Padahal dah tahu kita ada plan harini." Bebel Naura.

"Alahh sayang.. awak tahu je lah perangai sengal along tu. Kalau saya tak sahut cabaran dia, mesti saya kena bahan. Awak nak ke orang kata bakal suami awak ni pengecut? Haa.. mesti taknak kan?" Harith mengangkat angkat kening.

Naura menjeling Harith. Tapi dalam hati dia turut setuju dengan kata kata Harith. Tak nak dia orang kata bakal suami dia pengecut! Harith kuat! Berani! Handsome! Mana ada pengecut! Eiii...

"Dah la tu sayang merajuk, eh? Tak kesian ke dekat tunang awak ni. Pagi tadi dah kena dengan mom. Lepastu datang sini lari lari. Ingatkan bila dah jumpa buah hati, boleh la happy. Tapi si buah hati jauh hati pulak. Hurmm.. sorry eh?" Harith membuat puppy eyes pada Naura.

Naura yang melihat muka Harith terpegun. Kenapa comel sangat nii??!! Merah muka Naura. Harith yang perasan wajah Naura bertukar warna tersenyum. Cair lah tuu...

"Eh? Kenapa muka awak merah, sayang? Melting eh tengok muka comel saya? Ha? Ha?" Usik Harith.

Naura pantas memalingkan wajah. Malu!! Mama!! Bakal menantu mama usik Sha!! Sejak mereka bertunang, perangai Harith banyak berubah. Dulu dia jenis yang dingin. Kurang bercakap. Serious.

Tapi sekarang, manja! Suka mengusik. Lembut. Dan paling penting, Harith sangat protective bila berkaitan dengan Naura. Pantang ada yang usik Naura, terus sahaja wajahnya berubah dingin. Makin jatuh cinta Naura dengan Harith.

Harith tergelak melihat wajah Naura yang semakin merah. Suka dia melihat wajah Naura yang malu malu. Kalau dah halal, mahu saja dia cium cium pipi merah itu.

"Dah lah! Jom. Kita dah lambat ni." Ujar Naura cuba membuang perasaan malu. Dia terus melangkah keluar dari Cafe. Makin dibiar, makin galak jejaka itu mengusiknya nanti. Harith tersenyum. Dikejar langkah Naura yang semakin menjauh.

———

"So how? Which one did you like, sunshine?" Soal Harith lembut pada Naura.

"Ermm.. I don't know lah. Semua cantik. Awak lah pilih." Balas Naura. Rambang matanya melihat pelbagai jeis design cincin di kedai Pandora ni. Semua cantik!

Harith sengih. Dia sebenarnya dah tertarik dengan satu design ni. Tapi didiamkan saja. Mahu Naura yang pilih. At last, dia jugak yang kena pilih.

"This one, please." Ujar Harith pada penjual wanita itu dengan jari yang ditunjuk pada sebentuk cincin.

Penjual itu mengangguk. Dikeluarkan sebentuk cincin belah rotan berwarna rose gold dan diletakkan di hadapan pasangan itu. Naura memandang Harith sebelum mengambil cincin itu. Terpegun Naura. Sungguh cantik! Pandai tunangnya pilih.

Imagine cincin ni warna rose gold tau.

Simple yet nice. Memang taste dia. Takda batu besar. Dia memang tak suka cincin yang berbatu besar. Bagi Naura nampak macam orang tua. Tapi satu yang Naura hairan. Dipandang Harith di sisi.

Harith mengangkat kening. "Do you like it, dear?" Soal Harith.

Naura perlahan lahan tersenyum. Tak tahu kenapa. Tapi dia rasa, sayangnya pada Harith makin bertambah. Harith mengerutkan kening. Kenapa dia rasa senyuman Naura lain macam?

"Can I hug you?" Soal Naura polos dan tiba tiba.

Harith terkejut. Wajah penjual yang tahan seyum dipandang dengan riak serba salah. Apa kena dengan tunang aku ni? Cincin di tangan Naura diambil dan dihulur pada penjual wanita itu.

"We take this. Thank you. Later I take it. And sorry about my fiancée." Ucap Harith serba salah. Kad debit dihulur.

Terus sahaja ditarik Naura yang masih memandangnya keluar dari kedai. Sampai di satu sudut yang agak tersembunyi, dia berhenti. Wajah Naura yang masih memandangnya dipandang.

"Naura? Are you okay?" Soal Harith.

Mata Naura masih setia memandang Harith. "No am not. Can I hug you? Please?" Rayu Naura. Dia pun tak pasti kenapa dengan dirinya. Tapi satu yang dia pasti, dia mahu memeluk Harith. Ya. Dia tahu salah. Tapi dia tak boleh nak tipu dirinya sendiri.

Harith mengeluh apabila menangkap mata Naura yang mula berair. Aduhh sayang oii.. majlis minggu depan lah sayang. Awalnya nak peluk pun.

"Haihh.. sekali ni je eh? Nak lagi, wait after the I say the akad. Okay?" Harith memberi kata putus. Kesian pulak dia tengok. Terus Naura mengangguk laju.

Harith tidak dapat tahan senyuman. Tubuh Naura ditarik ke dalam pelukan. Naura membalas pelukan Harith erat. Dipejam mata selesa apabila haba dari badan Harith menenangkannya.

Tangan Harith mengusap lembut kepala Naura. "Why you suddenly ask me for a hug? Our marriage next week, sayang.. Berapa hari je lagi. Kenapa ni, hmm?" Soal Harith lembut.

Naura diam. Dia berasa sangat tenang mendengar degupan jantung Harith. Harith menunduk apabila tiada balasan dari Naura. "Sayang?"

"I don't know. But, one thing for sure, I love you. Soo much! Don't ask me when this feeling come. But I do know that I really love you. Damn much!" Luah Naura tiba tiba. Tubuh Harith ditolak perlahan.

Harith kaku. Terkejut. Sepanjang setahun mereka bertunang, Naura langsung tidak pernah meluahkan perasaanya. Hanya dia sahaja yang selalu ucap perkataan keramat itu. Ini sungguh tiba tiba. Dan dia suka. Akhirnya dia tahu, cintanya tidak bertepuk sebelah tangan.

"Terima kasih, Harith. Sebab sudi terima saya dalam hidup awak. Terima kasih sebab tunggu saya. Terima kasih sebab sentiasa jaga saya. Hulurkan bahu bila saya perlukan. Terima kasih sebab tak pernah lelah dengan perangai saya yang budak budak ni. Thank you soo much. And one more thing, why did you choose crown design?" Soal Naura selepas dia selesai meluah perasaan.

Harith menatap dalam anak mata Naura. Sungguh! Dia sayang gadis ini. Dia cintakan Falisha Naura. Sangat sangat! "I will not answer it now. Wait until our first night. Alright, dear? Now, we have to go and get our rings. Let's go." Ujar Harith selamba.

Lengan Naura ditarik mengikutnya. Tidak dihiraukan wajah Naura yang memerah malu. Harith senyum sinis. Just wait, sayang.

———

Zaf melangkah masuk ke dalam markas. Selepas selesai segala urusannya, dia terus kesini apabila mendapat panggilan dari rakannya.

Masuk sahaja ke ruang tamu, Afiq mendekati bossnya. "Boss." Tegur Afiq dengan kepala yang ditunduk sedikit. Zaf membalas dengan anggukan. "Chad mana?"

"Boss Chad ada dekat bilik meeting dengan boss Zayn." Jawab Afiq.

"Dia mana?"

"Tengah tunggu boss dekat black room."

Zaf mengangguk. "Aku nak jumpa Chad dengan Zayn dulu. Kau tunggu aku dekat BR(blackroom)" arah Zafran. Afiq mengangguk dan berlalu pergi.

Zaf masuk ke dalam lif. Sampai di bilik meeting, dia mengambil tempat di ruang rehat yang berada di dalam bilik itu. Dia berbalas salam dengan Chad dan Zayn.

"Mike mana?" Soal Zaf apabila kelibat rakannya itu tidak kelihatan.

"Hmm... macam biasa lah." Jawab Zayn malas.

Mata Zaf terus bulat. "What?! Dia dah tahu kita ada meeting harini. Yang gatai sangat nak date tu apahal?!" Marah Zaf.

"Alah kau nii.. macam tak kenal perangai mamat sekor tu. Sejak bini dia pregnant ni, mana boleh nak berenggang sikit dengan bini. Mengada je lebih." Kata Chad.

"Entah dia tu. Bini dia yang mengandung. Dia yang lebih. Risau konon. Macam la si Yana tu duduk sorang sampai dia nak risau bagai. Mama dia kan ada." Rungut Zayn pula.

Zaf hanya mampu menggeleng kepala. Bertuah lah kau Yana oii.. dapat suami yang jenis nak melekat aja dengan bini 24jam. Tapi, suami kau tu yang malang nanti. Jejak je kaki mamat tu dalam bilik ni, aku lunyai dia cukup cukup.

"Aku jumpa dia dulu lah. Malas nak tunggu mamat sengal tu. Cau! Pape roger." Zaf terus keluar dari bilik. Black room di tingkat bawah tanah dituju.

Anak buah Zaf yang sedang menjaga di hadapan pintu menunduk hormat apabila bossnya menghampiri. "Open the door." Arah Zaf. Wajahnya berubah beku.

Zaf melangkah masuk ke dalam. Seorang lelaki yang sedang duduk di sebuah kerusi kayu dihampiri. Kedua belah tangan diletak dalam poket.

Faruk mengangkat wajah memandang Zaf. Senyuman kecil diukir. Dia sangat berterima kasih dengan lelaki ini. Zaf banyak membantu dia dan keluarga kecilnya.

"So, how are you?" Soal Zaf.

"Alhamdulillah okay. Keluarga aku kirim salam pada kau. Terima kasih banyak banyak Zaf sebab banyak bantu aku. Aku tak tahu macam mana nak balas budi kau." Ucap Faruk. Kepala ditunduk.

Zaf senyum sinis. "Simple. I don't need your money or whatever. I'm very sure you know what I want from you."

Faruk diam. Zaf merengus kasar.

"Almost five years I gave you time to get ready. Takkan kau tak sedia lagi? Nak tunggu berapa tahun baru kau nak minta maaf? Ha?!" Marah Zaf.

"Aku minta maaf, Zaf. Ya ya. Aku sedia. Aku... sedia.." jawab Faruk perlahan.

"Bagus. Afiq." Panggil Zaf.

Afiq yag sedari tadi memerhati, melangkah mendekati bossnya. "Ya boss?"

"On my marriage, kau bawak dia dan keluarga dia datang. Bukan waktu sanding, waktu akad nikah. Make sure by 10, semua ahli keluarga dia ada depan mata aku. Faham?" Zaf memberi arahan dengan tegas.

"Faham, boss."

"Dah. Kau Faruk. Ingat! Pastikan kau bawak isteri dengan anak kau. Pergi balik." Kata Zaf.

Faruk pantas mengangguk. "Terima kasih, Zaf. Aku janji aku bawak mereka nanti."

Faruk keluar dari bilik itu.

Seorang lelaki berpakaian sut hitam lengkap masuk dan mendekati Zaf dan Afiq. "Yes, Lucas? Anything?" Soal Zaf tanpa memandang kebelakang.

Lelaki yang dipanggil Lucas itu terkejut. Macam mana boss Zaf tahu? Wow..

"Tak payah nak terkejut sangat lah. Bunyi tapak kasut kau tu je aku dah tahu siapa. Kau je yang jalan bunyi. Apa malas sangat kau ni nak jalan elok elok? Nak apa?" Belum sempat Lucas ingin bertanya, Zaf terlebih dahulu menerangkan. Zaf berpusing.

Afiq di sisi tahan gelak. Lucas menjeling rakannya itu. "Err.. Boss Zayn suruh saya bagitahu boss—" sekali lagi ayatnya dipotong.

Zaf terus pandang Lucas tajam. "Boss kau dah sampai. Is it?" Soal Zaf dingin.

Lucas menelan air liur. Takut dengar suara dingin Zaf. Teragak agak dia mengangguk. Memang itu yang disuruh boss Zayn tadi.

Lihat sahaja anggukan Lucas, terus Zaf laju melangkah keluar dari BR. Tertelan air liur Lucas dan Afiq mendengar kata kata Zaf.

"Siap kau Mike. Memang aku belasah kau sampai hancur setiap inci tulang kau. Berani datang lambat."

Hilang sahaja Zaf dari pandangan, terus meletus tawa Afiq. Lucas mengetap rahang. Afiq dipandang tajam.

"Lawak lah kau ni. Tu lahh kau.. Aku dah pesan ubah cara jalan kau tu. Kau degil! Tak nak dengar. Haa.. kan dah kena sekali dengan Boss Zaf. Padan muka!" Ejek Afiq. Dijelir lidahnya pada Lucas.

Lucas mengetuk kepala Afiq dengan phonenya. Geram betul dia dengan Afiq. Suka betul menganjing. Mentang dia tu PA kesayangan boss.

"Sakitlah bodoh! Kau kenapa sial?" Habis terkeluar segala perkataan tak senonoh dari mulut Afiq. Lucas membulatkan matanya.

"Oohh!! Kau mencarut! Aku bagitahu boss Zaf. Ayok.. tatayok.. afiq mencarut.." ejek Lucas pula.

Afiq mendengus geram. "Kau bagitahu boss, aku report kat boss siapa yang buat dapur boss terbakar." Ugut Afiq pula.

Gila ke nak biar Lucas bagitahu Zaf?! Mahu mati dia kena kelar. Keempat empat bossnya memang pantang anak buah mereka menggunakan kata kata kesat. Apatah lagi sebagai gurauan dengan kawan.

Tapi kalau dengan mangsa atau musuh, kalau terlepas tu takpalah. Yelah.. sebab boss bossnya pun buat jugak kalau dengan musuh.

Lucas terus merapatkan kedua belah tapak tangannya. "Wehh.. taknak lah. Okay okay. Aku tak bagitahu boss. Tapi kau pun jangan bagitahu boss pasal tu. Please..." rayu Lucas.

Afiq tahan gelak. Lawak pula dia tengok muka terdesak Lucas. "Yelah. Dah lah tu buat muka macam tu. Dah macam kerbau dekat sawah bapak aku dah rupa. Buruk beno!" Kata Afiq dan dia terus keluar dari BR.

Lucas di belakang sudah bersorak riang. Dikejar langkah Afiq. Bahu Afiq dipaut. "Jom! Aku belanja makan." Tawar Lucas.

Afiq sengih. "Hehe.. baru nak suruh, dah offer dulu. Okay jom." Lucas mencebik.

"Adoii!!! Sakitlah gila!!!"

"Haa!! Rasakan!! Berani kau datang lambat kan!!! Ambik ni!!"

"Zaaafffff!!!!"

Terhenti langkah mereka apabila mendengar jeritan kesakitan dari Mike dan jeritan kemarahan dari Zaf. Afiq dan Lucas berpandang sebelum terlepas tawa kecil mereka berdua. Nasib boss Mike laa.. diteruskan langkah mereka ke luar.

———

Ahli keluarga Dato Ahmad meluangkan masa di ruang tamu selepas selesai makan malam. Riuh villa Dato Ahmad dengan suara anak anaknya. Hasya turut ada bersama mereka atas ajakan Datin Idah.

Naura, Ayra dan Hasya masuk ke ruang tamu selepas selesai mengemas di dapur. Kak Tina, pembantu rumah mereka sudah lama berhenti. Hendak sambung belajar katanya.

Naura terus mengambil tempat di antara Adrell dan Farish. Manakala Ayra pula mengambil tempat di sebelah Adam yang sedang melayan Aidan. Tinggal Hasya yang masih berdiri. Dia tidak tahu mahu duduk di mana.

Tempat yang kosong hanya tinggal di sebelah Farish dan Adam. Takkan dia nak selit kat situ pulak. Tak manis nanti. Jadi dia hanya berdiri di belakang Naura. Naura yang merasakan ada orang di belakangnya, menoleh.

"Eh kak Hasya! Kenapa berdiri kat sini. Duduk lah." Pelawa Naura.

Hasya menolak. Segan rasanya. Dah lah seluruh ahli keluarga itu memandangnya. "Eh takpa, Naura. Akak okay je." Tolak Hasya lembut.

"Esh! Apa okay nya Hasya? Kamu tu bukan orang gaji nak berdiri. Kak Tina pon mama tak kasi berdiri macam tu. Apatah lagi kamu, bakal menantu mama. Meh sini. Duduk sebelah mama." Ajak mama dengan tangan menepuk ruang kosong di sisinya.

Makin segan Hasya dibuatnya. Terbit senyuman kecil di bibir Adam apabila perasankan wajah Hasya yang merah. Mata greynya setia mengikut langkah Hasya yang berjalan medekati mama sambil menunduk.

Adrell yang menyedari itu, mengukir senyuman nakal. Wajah Datin Idah dipandang. "Ma... nampaknya tak lama lagi, mama dengan papa dapat cucu la ni.." ujar Adrell dengan mata melirik ke arah Adam.

"Ha? Cucu? Siapa punya anak?" Soal papa.

"Ehem! Anak Adam Zayn laa.." kata Adrell meleret.

Adam di sebelah Ayra sudah membulatkan mata. "Apa kau merepek ni, long?"

"Apa? Kalau mata tu dah gatai sangat nak tenung anak dara orang, kahwin je lah angah oii.. nak tunggu lama lama buat apa. Kesian si Hasya ni aku tengok. Duk tunggu bila la tunang dia nak ajak nikah. Kan, ma?" Usik Adrell.

Makin tertunduk wajah Hasya. Malu sungguh! Adam terus membaling bantal kecil pada Adrell. Adrell tertawa. Bantal yang dibaling Adam ditangkap cekap.

Naura yang sedari tadi memerhati jatuh kasihan meliha Hasya yang menunduk malu. Jahat betul abangs nya ini. Suka mengusik!

Naura bangun menghampiri Haysa. Tangan menarik lengan Hasya agar gadis itu bangun. Hasya terkejut. Tapi badannya hanya ikut bangun. Naura memandang tajam jejaka jejaka yang berada di ruang tamu itu.

"I gave you guys my last warning. Sekali lagi korang semua usik kak Hasya, tahulah Sya nak buat apa nanti. Muka sorang sorang yang macam jamban tak siap tu, Sya bagi makin lambat nak siap!" Naura memberi amaran tegas.

Jejaka malaya yang berada di situ semua terdiam. Kalau Naura dah start beri warning, eloklah kalau dipatuh. Sekali je langgar, memang dia buat apa yang dia cakap. Huiii.. seram sehh..

Adam yang melihat Naura menarik Hasya ke lift segera memanggil. Aku nak date lah malam ni?!

"Sya!! Aku ada date lahh!!"

Naura tanpa menoleh, mengangkat tangan melambai. "Sorry bro. Not this night. Tonight kak Hasya Elleana is mine!" Ujar Naura selamba.

Adam dah ternganga. What?! Wajah Adrell dan Farish dipandang tidak percaya.

"Di... did she just took my bride-to-be?"

TBC