webnovel

My Girlfriend Bodyguard

Tengku Fahmi selalu berada dalam keadaan bahaya. Kadang-kadang, dia hampir dibunuh oleh orang yang tidak puas hati akan kekayaan yang dimiliki olehnya. Disebabkan itu, dia memerlukan seorang bodyguard yang boleh menjaganya. Aisy ialah seorang gadis yang mempunyai kerjaya yang banyak dugaannya. Dia selalu dipilih untuk menjaga orang yang dijangka akan dalam keadaan berbahaya. "Aisy?" soal Tengku Fahmi terkejut dengan kehadiran gadis yang sudah lama tidak dijumpainya. "Tengku Fahmi." Aisy menyebut nama lelaki itu dengan dingin. Dia sememangnya sudah tahu identiti kliennya itu. Disebabkan itu, dia mengenalkan dirinya seolah-olah baru pertama kali berjumpa. "Saya Aisy. Saya ialah bodyguard yang diarahkan untuk menjaga Tengku buat masa ini.Tolong kerjasama nya, Tengku" sambung Aisy dengan wajah dingin. "Ha?" Bolehkah Aisy bekerjasama dengan Tengku Fahmi setelah peristiwa yang tidak mahu Aisy ingati? Adakah Tengku Fahmi menurunkan egonya demi Aisy yang pernah dibulinya satu tika dahulu? Ikuti kisah cinta Aisy dan juga Tengku Fahmi dalam novel 'My Girlfriend Bodyguard'.

LadyNura · Teen
Not enough ratings
14 Chs

Bab 7

AISY melihat sekelilingnya. Matanya meliar mencari abang sulungnya, Aiman. "Alahai, manalah Abang Man ni! Cepat sangat hilang!" Rungut Aisy.

Arif yang berdiri di sebelah adik perempuannya itu pun mendengar rungutan Aisy. Terus dia memberitahu Aisy, ke mana perginya Aiman. "Tadi Aisy suruh Abang Man pergi cari susu coklat buat stok banyak-banyak, kan?"

"Ouh, yeke? Kalau macam tu Aisy nak ke bahagian maggi jap," ujar Aisy dan terus berlalu. Sedang dia mengambil beberapa bungkus maggi ramen, lagu 'Janji Putih' yang dinyanyikan oleh Doddie menjadi nada deringan OPPO A12 miliknya pun berbunyi. Pergh, dingin-dingin pun jiwang juga si Aisy ni!

Aisy segera mengangkat call tanpa memandang nama pemanggil. "Helo. Siapa ni?" tanya Aisy. Matanya masih tekun pada pek maggi ramen kesukaannya itu.

"Guess who?" tanya si pemanggil balik.

Pertanyaan si pemanggil mengundang rasa hairan bagi Aisy. Terlebih lagi suara si pemanggil itu seakan pernah didengarinya. Dia mengerutkan dahinya. Dengan rasa ingin tahu, dia terus melihat nama si pemanggil.

"Ish, mamat ni lagi? Takde orang lain ke yang boleh call aku selain dia ni?" gumam Aisy dengan rasa menyampah. "Yes, Tengku. Ada apa yang boleh saya bantu?" Begitu formal Aisy bertanya. Yelah, boss kan? Mestilah kena formal. Kalau tak, nanti dicop sebagai 'tak hormat majikan sendiri' pulak!

"Aren't you mad at me?" Tengku Fahmi menanti jawapan daripada Aisy sebaik sahaja dia bertanya.

"Kenapa pulak saya nak marah Tengku?" Kerutan di dahinya bertambah disebabkan pertanyaan boss nya itu. Dah kenapa pulak mamat ni?

Tengku Fahmi hanya diam sahaja. Dia teringat akan kejadian siang tadi. Takut nanti Aisy larikan diri 'lagi'. Macam mana dia nak mendekati Aisy kalau Aisy asyik melarikan diri daripadanya? Betul tak?

"Tengku?"

"Ye, saya. Apa tadi awak tanya?" pinta Tengku Fahmi untuk mengulangi soalan Aisy. Dia tak berapa dengar tadi.

Aisy hanya mengutuk boss nya itu di dalam hati sahaja. Ish, mamat ni! Harap je ada telinga, tapi telinga letak kat lutut! "Kenapa pulak saya nak marah Tengku?" Aisy mengulangi pertanyaannya itu kepada Tengku Fahmi.

"Yela, tadi..."

"Tadi? Tadi apa?" Dengan blur, Aisy bertanya. Tadi???

"Tadilah! Siang tadilah!" ujar Tengku Fahmi.

"Tadilah? Siapa tadilah?"

Terus sahaja Tengku Fahmi menepuk dahinya. Pulak? Takkan lah blur pulak budak ni? Adoiii!!! "Siang tadi! Pagi tadi! Yang kita terjatuh tu! Yang awak jatuh atas saya tu!" ucap Tengku Fahmi dengan nada yang geram. Aje kena gigit dengan aku ni kang!

"Ooooooooo.." Betapa panjangnya 'o' yang disebut Aisy tu. "Tengku don't worry lah! It's okay, saya datang kerja lah esok. Saya pandai ketepikan masalah peribadi dengan kerja." Laju sahaja Aisy bagi penerangan kepada Tengku Fahmi. Straight to point jekk! Malas nak berbelit-belit.

Tengku Fahmi tersenyum saat mendengar jawapan yang positif daripada Aisy. Hatinya bersorak gembira saat ini. Haih, mimpi indah lah aku malam ni! Fikirannya sudah merancang sesuatu yang boleh mendekati Aisy walaupun dia tahu bukan mudah menarik perhatian Aisy yang kaku dan dingin itu. Belum cuba, belum tahu!

"Okaylah! See you tomorrow! Bye!" ucap Tengku Fahmi senang. Dia terus menutup call tanpa menunggu Aisy berbicara.

Kening Aisy terangkat sebelah. "Aikk, terus off call macam tu je? Bukannya nak tanya aku dah makan belum? Tengah buat apa? Ini? Erghh, buat apa aku fikir macam tu? Gila lah kau Aisy!" Aisy berbicara kepada diri sendiri. Dia menyambung memilih maggi ramen yang terhenti seketika kerana melayan boss nya itu. Dan terus ke bahagian cheese.

"HAI, Aisy! Macam mana hari ni? Dah bersedia belum?" tanya Aliff. Dia melihat Aisy memakai baju santai pada hari pertamanya bekerja iaitu hoodie warna hitam dan dipasangkan dengan seluar track bottom warna hitam juga.

"Hurm. I'm used to it." Aisy memberitahu Aliff dua patah ayat. Kakinya terus melangkah ke arah bilik Tengku Fahmi. Ada sesetengah pegawai yang bekerja di situ melirik ke arahnya. Seperti biasa dia sudah mengalaminya setiap hari. Ada yang berbisik-bisik sesama mereka. Tentang apa? Dia sendiri tak tahu. Mungkin ada yang memujinya? Mungkin juga ada yang mengutuknya? Entahlah...

Aliff sekadar tersenyum kekok apabila mendengar jawapan daripada Aisy. Dia hanya sekadar mengekori langkah Aisy yang pergi meninggalkan dirinya setelah memberi jawapan. Kekok aku dibuatnya si Aisy ni.. Haish, apalah nasib..

Tok! Tok! Tok! Tiga kali ketukan itu membuatkan seseorang memberi arahan masuk dari dalam. Siapa lagi kalau bukan Tengku Fahmi Rizal. Aisy terus membuka pintu dan melangkah ke meja bossnya itu. Sebaik tiba di depan meja, dia terus berdiri tegak dengan memandang Tengku Fahmi.

Tengku Fahmi yang sedang menaip sesuatu di laptopnya pun mengangkat wajahnya. Jelas wajah Aisy terpempang di hadapannya. Seketika dia tersenyum dan cepat sahaja dia mematikan senyumannya itu. Tak nak Aisy nampak. Padahal Aisy dah nampak senyumannya itu. Konon nak sorok-sorok.. Pigidah!

"Dah sampai?" soal Tengku Fahmi dengan memandang wajah Aisy yang cantik dan menarik itu. Haish, macam anak orang cina pun ada! Cantik! Sebiji macam Xing Fei! Pelakon China yang terkenal tu!

"Hooh." Jawab Aisy selamba.

"Cantik baju hoodie awak. 'P. AISY'? 'P' tu apa?" tanya Tengku Fahmi sebaik sahaja melihat tulisan warna putih di bahagian hadapan baju itu.

"That's my name." Aisy menjawab sepatah.

"Your name? Just call 'P' or itu just nama singkatan je?" tanya Tengku Fahmi lagi.

Aduh, banyak songeh pulak mamat ni! "Putri Aisy. That's my name, Tengku." Beritahu Aisy malas. Jangan dia banyak songeh lagi sudah.. Jangan harap aku nak melayan dia punya soalan nanti!

Tengku Fahmi sekadar mengangguk berkali-kali tanda faham. Putri Aisy.. Aku baru tahu dokk nama dia Putri.. Yelah, sebelum Aisy pindahkan.. Dia asyik cari gaduh je dengan Aisy... Mana nak tahu?

"Saya bagi awak masa seminggu. Awak kemas barang-barang awak duduk dengan saya tau!" ucap Tengku Fahmi tanpa berfikir panjang. Dia sudah susun rencana untuk membuat Aisy jatuh cinta dengannya. Kalau dia tak cepat, nanti Aisy kena kebas dengan orang lain pulak. Dia juga yang sakit hati nanti.

"What? Gila!" Aisy terjerit kecil. Dia terus menggeleng kepalanya tanda tak suka dengan cadangan Tengku Fahmi yang menyuruhnya duduk serumah sekali. Gila! Belum muhrim lagi! Lain lah dah kahwin, boleh lah!

Oh ho, apa maksud kau dengan perkataan 'belum' tu Aisy? It's that means yang kau akan kahwin dengan dia kah?

"Kenapa pulak gila?" tanya Tengku Fahmi. Dia bukannya saja-saja mahu mengajak Aisy duduk serumah dengannya. Mak Siti yang dianggap ibarat ibu nya sendiri pun tinggal di situ juga. Takkan lah dia nak tinggal berdua aje dengan si Aisy ni. Kang aku tak dapat nak kawal diri kang, lain pulak yang jadi. Kan dah dapat dosa besar free macam tu aje.. Hehe..

"Belum muhrim! Tak boleh!" jawab Aisy tegas. Dia berpaling ke arah lain. Dia lebih rela memandang bangunan kat luar tu daripada pandang wajah Tengku Fahmi yang terlebih handsome tu.

Tengku Fahmi tersenyum nakal. Saat itu, dia seperti mahu mengusik Aisy yang berhati dingin ini. "Hurm, belum muhrim ye? Kalau macam tu, kita kahwin! Kan dah muhrim! Halal lagi!" ucap Tengku Fahmi dengan mengenyitkan sebelah matanya ke arah Aisy.

Mendengar itu membuatkan dia berasa geli. Dia terbayang dirinya berkahwin dengan Tengku Fahmi. Terasa seram sejuk. Uhhh, mati hidup balik pun.. Dia tak akan kahwin dengan bossnya itu. "Sorry to say lah! Saya tak nak pun kahwin dengan boss!" ujar Aisy menyampah.

"Kenapa pulak tak nak? Saya handsome apa? Kaya lagi! Takkan tak nak kot?" usik Tengku Fahmi lagi.

"Dah orang kata tak nak, tak nak lah! Ish, nak paksa-paksa orang pulak!" jawab Aisy. Dia menjeling bossnya itu. Bengang dia dibuatnya. Orang tak suka, lagi nak paksa! Untuk apa kahwin?!

"Ehem, boss! Kalau ye pun nak bermanja dengan Aisy ni, pastikan berdua saja boss! Geli anak tekak saya mendengarnya!" tegur Aliff sengaja. Tapi part geli tu memang betul pun.

"Buat masa ni, belum boleh berdua lagi. Belum muhrim, bak kata orang tu... Betul tak sayang?" jawab Tengku Fahmi tersengih. Senang aje nak buat Aisy banyak bercakap. Kalau cari gaduh dengan dia, banyaklah dia cakap nanti! Haha..

Meremang bulu roma Aisy sebaik sahaja mendengar perkataan 'sayang' yang disebut oleh bossnya itu. Ya Allah! Apa masalah mamat sorang ni?? Aku bukan 'sayang' kau lah!!! Dia menjeling dan hanya mendiamkan diri sahaja. Kalau dia jawab, mesti ada sambungannya nanti. Malas nak berdebat dengan mamat tak faham bahasa ni!

"Awak jangan risau lah, Aisy. Bukannya kita tinggal berdua dekat rumah saya tu. Mak Siti pun ada lah duduk situ." Jelas Tengku Fahmi.

Aisy mengerutkan dahinya dan mengangkat keningnya sebelah. Dia mahu tahu gerangan yang disebut Tengku Fahmi. Mak Siti? Mak dia ke? Tapi kalau mak dia, kenapa dia panggil Mak Siti?

Melihat kerutan di dahi Aisy itu membuatkan Tengku Fahmi menjelaskan siapa Mak Siti kepadanya. "Mak Siti tu mak angkat saya! Saya anggap dia macam mak saya sendiri sejak dia bekerja dengan saya! Ada faham?"

Terangguk-angguk Aisy mendengar penjelasan daripada bossnya itu. "Tapi, perlu ke saya duduk rumah Tengku?"

"Perlu!"

"Why?" soal Aisy meminta kepastian tentang itu.

"Sebab awak akan kahwin dengan saya!" jawab Tengku Fahmi selamba.

I'm sorry? What? Dia ni biar betul? Aku sekeh kepala dia sat lagi ni kang! Biul punya boss! Tadi bukan dah tutup ke isu pasal 'kahwin' ni? Lagi satu, tang mana pulak aku cakap nak kahwin dengan dia ni?! Gila! Tercengang Aisy dibuatnya.

"Mestilah sebab awak bodyguard saya!" ujar Tengku Fahmi tersenyum.

Haih, main-main pulak mamat ni! Geram! "Wajib ke?" Datar sahaja suaranya apabila bertanya.

Tengku Fahmi sekadar mengangguk sahaja.

Melihat anggukan Tengku Fahmi, Aisy hanya mampu mengeluh sahaja. "Yelah, boss. Nanti boss bagi alamat kat saya." Jawab Aisy nak tak nak. Nasib boss, kalau tak aku cekik-cekik aje!

Tengku Fahmi hanya tersenyum puas. Harapannya adalah untuk melihat Aisy tersenyum melihatnya. Dia tak nak Aisy benci melihatnya. Semoga tuhan makbulkan doanya. Amiinn!