webnovel

My Girlfriend Bodyguard

Tengku Fahmi selalu berada dalam keadaan bahaya. Kadang-kadang, dia hampir dibunuh oleh orang yang tidak puas hati akan kekayaan yang dimiliki olehnya. Disebabkan itu, dia memerlukan seorang bodyguard yang boleh menjaganya. Aisy ialah seorang gadis yang mempunyai kerjaya yang banyak dugaannya. Dia selalu dipilih untuk menjaga orang yang dijangka akan dalam keadaan berbahaya. "Aisy?" soal Tengku Fahmi terkejut dengan kehadiran gadis yang sudah lama tidak dijumpainya. "Tengku Fahmi." Aisy menyebut nama lelaki itu dengan dingin. Dia sememangnya sudah tahu identiti kliennya itu. Disebabkan itu, dia mengenalkan dirinya seolah-olah baru pertama kali berjumpa. "Saya Aisy. Saya ialah bodyguard yang diarahkan untuk menjaga Tengku buat masa ini.Tolong kerjasama nya, Tengku" sambung Aisy dengan wajah dingin. "Ha?" Bolehkah Aisy bekerjasama dengan Tengku Fahmi setelah peristiwa yang tidak mahu Aisy ingati? Adakah Tengku Fahmi menurunkan egonya demi Aisy yang pernah dibulinya satu tika dahulu? Ikuti kisah cinta Aisy dan juga Tengku Fahmi dalam novel 'My Girlfriend Bodyguard'.

LadyNura · Teen
Not enough ratings
14 Chs

Bab 5

KERETA BMW hitam sedang memasuki halaman garaj kereta. Kelihatan Tengku Fahmi sedikit bengong akibat tumbukan Aisy yang sangat kuat dan padu itu. Boleh retak rahang aku dibuatnya!

Mana tak retak. Bila diingat-ingat semula, Aliff yang gelak, bukannya Tengku Fahmi. Tapi kenapa dia yang kena tumbuk? Kuat dan padu pulak tu!

Lama Tengku Fahmi berkeadaan begitu di dalam keretanya sehinggalah seseorang mengetuk cermin keretanya. Terhinjut bahunya sedikit. Dia pun menoleh ke arah cermin kereta sebelah kanannya. Terkejut dia dibuatnya.

"Aduhhhh... Salah rumah lah pulak... Dah kenapa aku gatal sangat nak pergi rumah Tengku Fauziah ni?? Ni cari nahas namanya. Habis lah kau telinga, boleh pekak kau dibuatnya..." gumam Tengku Fahmi sendiri.

"Kereta ni pun satu! Asal kau bawak aku kat sini ahh?" bentak Tengku Fahmi tiba-tiba. 'Aikk, salahkan kereta pulak? Kau yang bawa sendiri kereta ni, nak salahkan kereta yang tak bernyawa tu pulak! Aku rasa baik kau pergi tinggal dekat hospital sakit jiwa tu! Kan bagus tu sebab kau pun gila, kan?' perli suara hatinya.

Tengku Fahmi mendengar suara hatinya itu pun terus mencebik geram. Kedengaran ketukan di cermin keretanya buat kali yang kedua pula. Kali ini lebih kuat dari yang tadi. Dia pun terus keluar dari keretanya dengan keadaan terpaksa. Al-maklumlah, silap rumah!

Rumah? Bukan apartment ke? Memanglah apartment, tapi dia juga punya sebuah rumah banglo dua tingkat. Rumah banglo itu adalah hasil kerja yang pertama nya sendiri. Apartment itu dijadikan tempat untuk dia bersembunyi kalau ada apa-apa yang berlaku. Seperti kejadian beberapa minggu yang lalu. Dia tak mahu sesiapa pun mencarinya ketika dia dalam keadaan yang tidak sepatutnya dilihat. Terutamanya Tengku Fauziah. Kalau tak, habislah dia...

"Aikk, hidup lagi rupanya... Ingatkan dah takde!" bidas Tengku Fauziah setepek. Selamba sahaja Tengku Fauziah ketika itu.

"Uish, mama ni! Ke situ pulak. Kalau Riz betul-betul dah takde, macam mana?" duga Tengku Fahmi. Saja mahu melihat reaksi Tengku Fauziah merangkap mamanya itu.

"Macam mana apa lagi? Masuk kubur lah! Firstly, mestilah kena mandikan dulu and then kapankan. Lepas dah kapankan, letak minyak wangi sikit. Lastly, confirm lah masuk kubur. Betul tak?" Tanpa rasa serba salah, Tengku Fauziah pun menjelaskannya kepada Tengku Fahmi. Seolah-olah, dia tidak menyayangi anaknya itu. Bukannya dia tak sayang tetapi pengajaran untuk anaknya harus tetap dilaksanakan. Right?

"Uhuk-uhuk, mama dah tak sayang Riz... Sedihlah macam ni..." Tengku Fahmi pun berpura-pura sedih. Sengaja menayangkan wajah sedihnya itu kepada Tengku Fauziah. Dia mengerdip kelopak matanya banyak kali untuk meminta simpati.

"Time ni baru nak sedih? Lebih baik jangan, sebab lepas ni mesti kamu buat lagi." Tengku Fauziah sekali lagi membidas anaknya. "Ni! Kenapa ni?" tanya Tengku Fauziah sambil menekan kesan lebam pada wajah Tengku Fahmi.

"Adoi! Sakitlah, ma. Jangan tekan-tekan!" adu Tengku Fahmi. Dia menggosok-gosok pipinya itu.

"Mama tanya kenapa dengan pipi kamu tu? Bukannya nak suruh kamu mengadu!" ujar Tengku Fauziah. Dia menekan pipi anaknya itu sekali lagi. "Sakit?" tanya Tengku Fauziah lembut.

Mendengar suara mamanya bertukar nada, Tengku Fahmi terus mengiyakan dengan mengangguk. Seketika dia tersenyum. "Walaupun mulut mama selalu mengeluarkan kata-kata pedas, tetapi Riz akan tetap sayang mama sampai ke akhir hayat Riz..." ucap Tengku Fahmi tersengih.

Terus sahaja Tengku Fauziah menepuk pipi anaknya itu sebaik sahaja mendengar ucapan Tengku Fahmi. "Hish, kamu ni! Setiap kali balik sini, mesti nak cari gaduh dengan mama kan?" ujar Tengku Fauziah.

"Hehe... Bukannya selalu..." jawab Tengku Fahmi sambil mengusap pipinya itu. Aduhai, lebam muka aku dikerjakannya! "Tengku Fauziah! Hari ni Tengku Fauziah masak apa je?" Laju sahaja dia menukar topik dengan mengusik mamanya itu.

"Hmm, dah agak dah. Mula lah tu nak tukar topik bagai. Hari ni, mama masak sup ayam kegemaran Riz. Macam tahu... tahu aje mama masak favourite food dia tu." Tengku Fauziah pun memulakan langkahnya menuju masuk ke dalam rumah.

Tengku Fahmi terus membuntuti langkah Tengku Fauziah. "Of course, ma. Tengoklah anak siapa..." usik Tengku Fahmi dengan mengembangkan hidungnya yang mancung itu beberapa kali.

Belum sempat Tengku Fauziah membalas, satu suara mencelah perbualan mereka. "Haih, Rizal? Bila sampai?" tanya seorang lelaki yang berusia 50-an.

"Emm, dalam pukul 5:30 tadi pa." Jawab Tengku Fahmi. Dia pun menghulurkan tangannya ke arah Tengku Arika untuk bersalaman. Salamnya pun disambut kemas oleh papanya.

"Aikk? 5:30 sampai, pukul 6 baru masuk? Pelik..." ujar Tengku Arika sambil menatap wajah isteri dan anak lelakinya secara bergilir-gilir.

"Alah, papa ni. Macam papa tak kenal perangai isteri-isteri kesayangan papa ni... Opss, tergandakan lah pulak perkataan 'isteri' tu. Sorry, ma." Usik Tengku Fahmi dan terus sahaja laju melarikan diri naik ke atas.

"Fahmi Rizal!" jerit Tengku Fauziah geram. "Riz ni memang tak sayang mulut lagi ke!" Sambung Tengku Fauziah dengan menjerit sekali lagi.

Tengku Arika hanya tertawa dengan kelakuan anak lelakinya yang selalu suka mengusik orang tak kira tempat. Riz... Riz...

"Ouh, one more thing!" ujar Tengku Fahmi kuat. "Mama tak nak order 'madu' ke? Hari tu, papa kata dia nak carikan mama 'madu'! Biar manis nanti mama telan 'madu' tu!" usik Tengku Fahmi lagi. Dia pun tergelak kuat dan menghilangkan diri di sebalik pintu biliknya. Good luck, pa!

Terkedu Tengku Arika dibuatnya. Perlahan-lahan dia berpaling ke arah isterinya itu. Ketika itu, wajahnya menjadi sasaran bagi Tengku Fauziah. "Ziah, abang boleh explain..." terang Tengku Arika tetapi cepat sahaja dicantas oleh isterinya.

"Explain what?" tanya Tengku Fauziah dengan nada merajuk. "Sampai hati abang nak carikan Ziah 'madu'... Ziah benci abang!" sambung Tengku Fauziah lagi. Kali ni dengan wajah yang masam mencuka. Dia terus menuju ke biliknya dan meninggalkan suaminya di situ.

Tengku Arika terdiam apabila ditinggalkan begitu. Terus sahaja dahinya menjadi sasaran tepukan. "Riz punya pasal lah ni! Jenuh aku nak memujuknya nanti!" gerutu Tengku Arika perlahan. Dia pun terus mencari isterinya untuk merebut rajuknya dan mengembalikan senyumannya padanya.

TENGKU Fahmi mengelap rambutnya yang basah itu. Dia menggosok rambutnya dengan menggunakan tuala kecil yang berada di sampingnya ketika itu. Setelah itu, dia pun menuju ke almari pakaian dan membukanya. Lalu dia pun mengeluarkan baju hoodie berwarna merah beserta seluar track bottom dan memakainya.

"Nak call tak? Ataupun WhatsApp aje?" tanya Tengku Fahmi pada diri sendiri. Rambutnya yang lembab itu dibiarkan begitu sahaja. Lama juga dia memikirkannya sehinggalah seseorang memanggilnya.

"Rizal!" panggil Tengku Fauziah. "Cepat turun. Mama dengan papa dah tunggu. Nanti turun! Ouh, lagi satu. Nanti panggilkan sekali adik kesayangan kamu tu!" sambung Tengku Fauziah dan terus mengarah anak lelakinya itu memanggil adiknya.

"Eh, bukan ke adik ada kelas tambahan? Tahun ni dia SPM, kan?" laung Tengku Fahmi dari dalam sekaligus bertanya mengenai adiknya, Aurra Aulia.

"Haah tapi cancel. Cikgu tu bagi info dekat group WhatsApp, kelas dibatalkan atas sebab cikgu tu tak berapa sihat katanya... Ni nanti panggil Aurra tau!" ujar Tengku Fauziah sejurus memberi penjelasan kepada Tengku Fahmi.

Tengku Fahmi sekadar mengangguk sahaja tanpa mengeluarkan sebarang suara. Lantas dia meletakkan iPhone nya di meja kecil yang terletak di sebelah katil bersaiz king itu. "First, aku nak makan dulu.. Lepas tu, baru kacau dia.. Hehe..." gumam Tengku Fahmi perlahan dan terus tersenyum nakal.