webnovel

Prolog : Seorang Maid Misteri datang kepadaku, apa yang perlu ku lakukan padanya ?

Kehidupan kadangkala tidak berjalan sesuai dengan apa diharapkan. Ada yang mengatakan bahawa apa yang kau rasakan semasa peningkatan usia adalah berbeza. Semasa kita dilahirkan kita belajar untuk tentang dunia. Selepas beberapa bulan kemudian, kita akan menerima kasih sayang dari orang di sekeliling. Ibu, ayah, keluarga, jiran, orang luar. Setelah di dalam fasa kanak-kanak kita belajar untuk mencintai orang lain termasuk Keluarga, rakan dan orang yang dicintai. Tetapi semasa remaja adakala kita akan merasakan perasaan di benci. Pada mulanya itu tidak menyebabkan perubahan pada diri, tetapi lama kelamaan itu menjadi sesuatu yang tidak nyaman pada diri. Saat itu manusia akan belajar untuk membenci orang di sekitarnya. Lama kelamaan kebencian tersebut diarahkan kepada diri sendiri. Perasaan yang pelik mula timbul dalam jiwa. Aku ingin bunuh diri, kenapa aku dilahirkan? Sepatutnya aku tidak diwujudkan, kenapa aku masih berada di dunia ini? Keberadaan aku menyusahkan orang ramai jadi mengapa aku diciptakan, sudah pasti semua membenciku. Tatapan yang penuh warna itu berubah menjadi kelabu kerana..... Perasaan tersebut mula menutup kasih sayang orang lain pada diri ini mahupun mengasihi orang lain.

Kehidupan yang dilalui orang adalah berbeza. Tetapi inilah kehidupan yang ku rasakan. Kalau orang lain mendengarnya pasti mereka akan tertawa atau semakin membenciku. Kerana berputus asa dari kehidupan adalah sesuatu yang menyedihkan. Aku tahu, tetapi aku tidak mampu membuat apa-apa. Aku pernah merasakan untuk membunuh diri tetapi aku telah berjanji pada diri untuk tidak melakukannya. Oleh itu aku berharap aku dapat mati semasa kejadian tidak dapat dielakkan atau tidak dapat ku duga secepatnya.

Walaupun menyakitkan, aku tetap akan meneruskan kehidupan seperti biasa. Itulah kisahku iaitu lelaki yang menyedihkan bernama Haruto Kuze.

Aku yang terbaring di atas katil pada waktu malam sambil menatap syiling dirumahku mula memejamkan mata dan tertidur disitu. Saat aku membuka mata, langit sudah menunjukkan waktu pagi. Aku bangun dari tempat tidurku dan mula bersiap untuk ke sekolah.

Aku tinggal berseorangan di sebuah rumah sewa yang harganya cukup murah dengan penampilan rumah sederhana tersebut.

Seperti biasa aku berjalan kaki ke sekolah dengan berjalan kaki. Ini adalah salah satu cara untuk menjimatkan duit belanjaku.

Semasa berada di hadapan sebuah mini market aku melihat seorang lelaki sedang menunggu sesuatu sambil memakan sebuah aiskrim di tangannya. Saat aku menghampirinya, dia langsung melihatku dan menegurku.

" Haruto, Selamat pagi!". Kata lelaki itu dengan bersemangat.

Haruto : "Guren, selamat pagi. Kenapa tunggu disitu?".

Guren : "Ehh..., jangan begitu~,kita kawan bukan?". Dia memeluk leherku mengunakan tangan kanannya dan menyentuh-yentuh pipiku.

Haruto: "Oi! Jangan main-main denganku!". Aku mencuba untuk menolaknya.

Dia adalah satu dari banyak kawan yang paling ku percayai bernama Guren Osamu, walaupun aku membenci sifatnya itu. Kami pun berjalan bersama-sama ke sekolah kami.

Setelah tiba di kelas, aku duduk di kerusiku yang berada di bahagian paling belakang kanan berhampiran dengan pintu keluar. Aku melihat suasana di sekitarku tidak berubah seperti hari-hari yang lain. Aku yang tidak memiliki banyak rakan ini hanya duduk di kerusiku sambil membaca sebuah novel tanpa peduli akan urusan orang lain, hanya dengan duniaku sahaja.

Tidak lama kemudian waktu pembelajaran pun bermula. Seperti biasa aku akan menumpukan pelajaran dan menghiraukan lawakan yang dibuat oleh orang di sekitarku. Setelah rehat pun aku membeli makanan di kantin dan duduk di tempat sunyi di atas sebuah bangku yang berada di atap sekolah.

Hari telah menunjukkan waktu petang, hari persekolahan pun telah berakhir pada hari itu. Sebelum ke rumah, aku singgah ke sebuah pasar raya untuk membeli bahan masakan rumahku. Setelah itu, aku pergi ke sebuah kedai untuk topup bagi gacha di gameku. Setelah pulang, aku mula memasak dan membersihkan diri.

Haruto : "Alamak, aku lupa!".

Kerana melupakan sesuatu aku keluar sebentar dari rumahku. Kerana aku tinggal berseorangan, aku selalu lupa untuk membayar rumah sewaku pada setiap hujung bulan. Tempat pembayaran bagi rumah sewaku cukup jauh, oleh itu aku mengambil masa yang agak lama untuk kesana. Setelah 20 minit aku tiba di sana. Setelah membuat pembayaran aku kembali ke rumah.

Semasa aku berjalan ke rumahku, aku melihat seorang perempuan di hadapanku yang sedang memakai gaun berwarna hitam. Aku meliriknya dan terkejut selepas melihat seorang lelaki mencurigakan berbaju hitam yang sedang menghampirinya dari belakang. Setelah diperhatikan dengan teliti, aku melihat sebuah pisau di tangan kanannya.

Aku bukanlah seorang berjiwa pahlawan sehingga aku ingin menolong orang yang sedang kesusahan. Oleh itu, aku tidak ingin terlibat dalam hal yang menyusahkan. Semakin aku berjalan ke hadapan, semakin aku menghampiri mereka berdua. Setelah aku berada dalam jarak bersebelah dengan perempuan bergaun hitam itu, lelaki di belakangnya masih belum melakukan apa-apapun terhadap perempuan tersebut dan hanya memerhatikan gerak gerinya sahaja.

Aku ingin menghindari mereka dengan segera. Tetapi hatiku ingin menolaknya. Perasaanku menjadi tidak tenang. Aku pun mencuba menoleh kearah mereka berdua. Aku melihat lelaki itu ingin bergerak untuk menikam perempuan itu. Tubuhku bergerak sendiri dan berlari kearah mereka.

Aku menepis tangan lelaki yang memegang pisau tersebut. Tetapi lelaki tersebut langsung melempar ku kebelakang. Lelaki itu berlari kearahku dan memukul leherku. Aku sempat menjerit "Lari!" sebelum aku tidak sedarkan diri.

Aku tersedar dan membuka mataku dengan perlahan. Aku melihat sebuah cahaya yang terang di atas ku. Saat aku bangun dan melihat sekelilingku, aku terkejut kerana berada di sebuah ruang tamu di dalam rumahku.

Haruto :" Bagaimana aku berada disini?".

Seorang perempuan yang tidak ku kenali datang ke arahku. Perempuan itu mempunyai rambut panjang berwarna perak dan bermata biru yang indah.

" Kamu sudah sedar?". Tanya perempuan itu.

Haruto :" Cantik". Itulah satu-satunya perkataan yang muncul difikiranku setelah melihatnya.

" Ya?". Tanya perempuan itu yang terlihat kebingungan.

Haruto :" Bukan itu, kamu siapa? Apakah ini mimpi?". Aku menampar pipiku dengan kuat untuk menyedarkan diri.

Perempuan itu sedikit terkejut dan tertawa kecil.

"Namaku Shina Leanheart, mulai hari ini aku ada pelayan kamu atau sebagai seorang maid. Jadi untuk seterusnya mohon kerjasama". Katanya sambil menundukkan kepalanya.

Haruto : "Ha? Ha.. ?!!".

Benar, kehidupan selalunya tidak berjalan sesuai dengan apa diharapkan. Tetapi, terdapat juga kejadian yang tidak dapat kita jangka dalam kehidupan.

Ini adalah kisahku yang akan bertemu dengan beberapa pertemuan yang ditakdirkan. Benar, mereka bukanlah orang gadis biasa pada umumnya. Mereka adalah seorang Assassin.