1 Dikhianati

Di tengah-tengah sebuah hutan, seorang wanita seumuran 20-an, sedang berlari secepat kilat, seakan-akan ingin melarikan diri dari seseorang.

Ya memang betul!

Asteria, si wanita yang sedang berlari ini sememangnya sedang melarikan diri dari pembunuh upahan yang telah diupah oleh adiknya.

Sepatutnya, Asteria sedang meluangkan masa bersama keluarganya semasa musim cuti panas saat ini. Semua ini kerana angkara adik perempuannya, Laura dan teman lelakinya, Jackson. Mereka mengkhianati Asteria hanya kerana menginginkan harta warisan yang dimiliki oleh Asteria.

Asteria tidak pernah menyangka jika Jackson dan Laura akan berganding bahu untuk menjatuhkan Asteria. Mereka juga merancang untuk membunuh Asteria dengan memberi racun kepadanya.

Percutian musim panas ini merupakan salah satu rancangan mereka untuk memulakan rancangan pembunuhan itu.

Jika bukan kerana Asteria terdengar perbualan mereka ketika dia mahu melawat bilik Laura, Asteria tidak akan tahu rancangan jahat mereka.

Malangnya, mereka berdua tahu jika Asteria sudah mendengar perbualan mereka. Jadinya mereka menukar rancangan mereka dengan menyuruh pembunuh upahan membunuh Asteria.

Dan sekarang ini Asteria harus melarikan diri dari pembunuh upahan itu.

Kawasan percutian yang dipilih oleh Laura sangat strategik kerana mereka berada di sebuah tempat percutian di atas gunung.

"Damn! Saya sepatutnya tahu Laura pilih gunung yang terpencil ni supaya tiada yang tahu kalau saya akan dibunuh di sini."

Asteria tidak mempedulikan bahagian kulitnya yang terdedah sudah menjadi terluka setelah terkena ranting-ranting kayu. Oleh kerana, Asteria tidak membawa lampu suluh, dia tidak boleh melihat jalan dengan jelas.

Hanya cahaya dari sinar bulan mengambang sahaja yang membantu Asteria melihat jalan. Cuma Asteria tidak ada masa untuk memeriksa sama ada jalan yang dia masuk itu selamat atau tidak.

Asteria hanya mahu melarikan diri. Dia harus menyembunyikan diri dari pembunuh upahan itu secepat mungkin.

Sambil Asteria melarikan diri, dia tidak dapat menahan air mata yang semakin banyak mengalir di pipinya.

Dia tidak percaya dua orang insan yang disayangi dan dipercayainya selama ini sanggup mengkhianatinya. Asteria tidak tahu sejak bila Laura dan Jackson menyembunyikan hubungan mereka tapi melihat cara mereka berinteraksi, Asteria yakin sudah lebih dari enam bulan.

"Aku layan kau layaknya seorang adik kandung, Laura! And this is what you've do to me? Dasar talam dua muka!" Suara Asteria terasa serak di tekak, disusuli dengan suara tangisan.

Asteria terlanggar sebatang ranting kayu lagi, mengakibatkan segaris luka goresan di pipi kirinya. Namun tidak dipedulikan oleh Asteria.

Rasa sakit di luka pipi Asteria tidak sepedij rasa sakit di hatinya.

Asteria dan Jackson sudah menjadi pasangan kekasih selama 4 tahun tapi Asteria tidak menyangka jika Jackson berani curang di belakangnya bersama dengan adik perempuannya sendiri.

Rasa cinta dan sayang Asteria berubah menjadi benci dan dendam.

Hatinya terasa sangat sakit kerana cinta dan kepercayaannya dikhianati oleh mereka.

Nama Jackson terlintas di minda Asteria namun bukannya merasa gembira. Malah bencinya semakin meluap-luap.

"Aku sudah melakukan banyak hal untuk kau tapi ini balasan kau? Jantan tak guna!"

Tiba-tiba, Asteria tersadung sebuah akar pokok yang tumbuh keluar ke atas permukaan tanah. Akibatnya Asteria terpelanting ke hadapan.

Bukk!

Terasa sakit yang berdenyut-denyut di bahagian dahi Asteria. Pandangannya berpinar dan kepalanya terasa berat.

Kepala Asteria terhantuk pada sebuah akar pokok yang lain mengakibatkannya dahinya berdarah.

Namun sekali lagi, Asteria tidak mempedulikan rasa sakitnya saat ini. Dia kembali bangkit dan merangkak pergi dengan sekuat tenaga.

Dalam fikirannya, dia harus melarikan diri dari pembunuh upahan tersebut. Asteria harus tetap hidup untuk membalaskan dendamnya kepada dua orang insan jahanam itu.

'Aku mahu hidup! Aku inginkan dendamku terbalas! Aku tidak terima kematianku hanya sia-sia seperti ini!'

'Atas dasar apa aku harus mati seperti ini sedangkan mereka harus terlepas dan hidup bahagia? Aku tidak terima!'

Ketika Asteria dapat merasa batang pokok di tepinya, Asteria menggunakan kesempatan itu untuk mengangkat tubuhnya dengan bantuan batang pokok tersebut.

Kepalanya terasa semakin berpinar. Pandangannya semakin lama semakin kabur.

Meskipun jalannya terhuyung-hayang, Asteria masih tetap meneruskan langkah kakinya. Tekadnya untuk tetap bertahan hidup sangat tinggi.

'Seingat aku, di bawah kaki gunung ini ada sebuah supermarket. Jika aku dapat mencapai supermarket itu sebelum pembunuh upahan itu menangkap aku, aku akan tetap selamat...'

Langkah demi langkah dipaksakan oleh Asteria walaupun terasa kakinya berat untuk melangkah.

Tiba-tiba, muncul seseorang dari sebalik pokok. Dia menghampiri Asteria dengan kecepatan kilat sebelum menarik rambutnya ke belakang.

"AARRGGHH!!"

Jeritan Asteria bergema memenuhi kawasan hutan tersebut.

Tanpa rasa simpati, pembunuh upahan tersebut mengheret tubuh Asteria melalui rambutnya sehingga Asteria semakin kesakitan.

"Tidak! Lepaskan aku! Lepas!"

Pembunuh upahan itu mengangkat Asteria sebelum dia menolak wanita itu dengan kasar ke batang pokok yang berhampiran.

Hentakan kuat pada tubuh Asteria membuatkan Asteria menjadi lemah. Badannya melorot lemah ke permukaan tanah sambil cuba mengatur nafasnya.

Belum sempat Asteria bergerak, pembunuh upahan itu sekali lagi menyambar rambut Asteria dan menarik kepalanya ke udara.

Jeritan kesakitan Asteria tidak dipedulikannya.

Sebuah tamparan deras diberikan ke pipi kanan Asteria. Kesan tamparan itu meninggalkan sebuah bekas merah di pipinya. Apalagi pipi kanan Asteria saat ini terluka kerana tergores ranting kayu, rasa sakitnya menjadi dua kali ganda lebih sakit.

Air mata Asteria semakin mengalir namun dia tidak mahu menyerah. "Berapa yang dia bayar kau? Aku sanggup bayar sepuluh kali ganda lebih banyak dari dia jika kau melepaskan aku! Aku berjanji akan bayar kau lebih!"

Seperti tidak termakan dengan tawaran itu, pembunuh upahan itu kembali merembat rambut Asteria.

Asteria memegang tangan lelaki itu di rambutnya, berharap dapat menolak tangannya tapi usahanya sia-sia kerana tenaga pembunuh upahan itu lebih kuat.

"Lepaskan aku! Adakah kau tidak tahu siapa aku? Kau masih berani nak membunuh aku!?"

Dengan cepat lelaki itu mencekik Asteria dan menolak tubuh wanita itu ke batang pokok semula.

Nafas Asteria menjadi tersekat apabila lehernya dicengkam erat oleh si pembunuh upahan. Asteria meronta ingin melepaskan diri. Malah dicubanya untuk menolak tangan lelaki itu tapi dia tidak berjaya.

Saat nafas Asteria sudah mencapai penghujung, tiba-tiba Asteria teringat akan satu benda. Kelemahan seorang lelaki...

Dengan menggunakan tenaga terakhirnya, Asteria menghayunkan kakinya dengan seluruh tenaga ke arah celah kelangkang lelaki tersebut. Kerana tidak menyangka Asteria akan menyerang kembali, lelaki itu terus memegang kawasan yang sakit sambil mengerang kesakitan.

Kini, Asteria sudah terlepas dari lelaki itu. Lehernya dipegang lembut dan dia terbatuk-batuk kecil, mencuba untuk mengawal nafasnya.

Asteria memandang pembunuh upahan tadi dengan pandangan mata yang membara. Dia berlari ke arahnya dan menolak lelaki itu ke belakang. Pada masa yang sama, di belakang lelaki itu adalah sebuah tebing yang sedikit curam.

Walaupun tebing itu tidak mampu membunuh pembunuh upahan itu tapi setidaknya, Asteria boleh melambatkan pergerakan pembunuh upahan itu agar tidak lagi mengejarnya.

Pembunuh upahan itu tidak sempat mengelak ketika tubuhnya ditolak. Dia pun terjatuh ke bawah tebing tersebut.

Setelah itu, Asteria meneruskan lagi pelariannya menuju ke kaki gunung. Dia harus tiba ke sana dengan segera untuk meminta pertolongan.

Jika dia dapat bertahan hidup dari pembunuh upahan itu, dia pasti akan dapat membalaskan dendamnya terhadap Laura dan Jackson.

Dari kejauhan, Asteria melihat lampu jalan raya. Dia yakin, supermarket yang ingin ditujuinya itu sudah hampir. Asteria semakin mempercepatkan langkah.

Malangnya, belum sempat dia keluar ke jalan raya, dia ditarik oleh seseorang pula. Pembunuh upahan tadi sudah pun tiba di sana dan mengheret Asteria kembali ke dalam hutan.

Tahu jika dia tidak lagi selamat, Asteria segera berteriak meminta pertolongan. Berharap jika ada orang awam yang berhampiran akan mendengar suaranya dan menghulurkan bantuan.

Pembunuh upahan itu segera menutup mulutnya dan mengheret Asteria jauh ke dalam hutan.

Mata Asteria semakin membulat apabila melihat jalan raya yang semakin jauh dari pandangan matanya. 'Tidak! Seseorang, tolong saya! Tidak!'

Asteria semakin panik. Rontaannya semakin agresif namun si pembunuh upahan tetap mengheretnya.

Tiba di sebuah kawasan, si pembunuh menolak kasar tubuh Asteria ke atas tanah. Asteria yang semakin ketakutan itu mencuba merangkak pergi namun pembunuh itu segera menindih Asteria menggunakan kakinya.

Asteria berteriak sekuat hati. Walaupun suaranya sudah menjadi serak namun tidak dipedulikannya.

Si pembunuh menarik sebilah pisau dari tepi pinggangnya. Lalu dikelar kedua-dua kaki Asteria untuk mengelakkan Asteria melarikan diri lagi.

Jeritan Asteria terdengar lagi.

Setelah itu, si pembunuh memusingkan kembali tubuh Asteria. Kali ini, wajah Asteria menghadap ke arah pembunuh itu. Melihat pisau yang dipegang oleh si pembunuh, bersinar di bawah sinar rembulan, membuatkan detak jantung Asteria berdegup kencang.

"Kau akan menyesal kerana membunuh orang yang salah! Aku tidak akan melepaskan sesiapa yang sudah membunuh aku! Sehingga ke lubang cacing aku akan mencari kau!"

Pembunuh upahan tersebut tidak merasa tergugat dengan kata-kata Asteria. Mungkin kerana selepas ini Asteria sudah tidak ada di dunia ini lagi, jadi ugutan tersebut tidak akan bererti apa-apa lagi.

Pisau di tangannya diangkat tinggi. Kilauan pada pisau tersebut menjadi semakin terang.

Kali ini, Asteria sudah tidak mampu melawan lagi. "Walaupun aku sudah mati, roh aku akaj tetap menghantui sesiapa yang terlibat dengan kematian aku! Tunggu saja, aku akan datang untuk membalas dendam!"

Asteria menutup matanya. Pasrah dengan keadaannya yang akan mati di tangan si pembunuh itu.

(Skip)

Beberapa waktu kemudian, tubuh Asteria yang berlumuran darah dibiarkan di atas tanah.

Tidak ada sebarang pengebumian yang rasmi diberikan kepadanya dan juga tiada orang tersayang yang menemani Asteria di saat-saat terakhirnya.

Hanya cahaya dari rembulan sahaja yang menemani Asteria yang dikelilingi dengan kegelapan dan kesunyian malam.

Asteria masih terbaring di atas tanah, bermandikan darahnya sendiri. Seluruh tenaganya sudah habis, dan nafasnya juga semakin lama semakin pendek.

Meskipun Asteria masih bernafas tapi dia tidak mampu bergerak lagi. Si pembunuh upahan telah pun pergi, meninggalkan Asteria dengan dua puluh luka tikaman pada tubuhnya.

"Grandma, I'm sorry! Asteria tak dapat nak wujudkan impian Grandma untuk tengok Asteria naik ke pangkat CEO seperti hasrat Grandma sebelum Grandma meninggal. Semoga di kehidupan seterusnya, Asteria masih dapat jadi cucu Grandma."

Sebelum Asteria menghembuskan nafas terakhir, anak mata Asteria sempat menatap ke arah bulan mengambang yang berada di langit yang dihiasi bintang-bintang bersinar.

Setelah itu, keadaan hutan itu kembali menjadi sunyi. Bunyi cengkerik juga tidak terdengar, seolah-olah mencuba untuk memberikan ketenangan kepada Asteria yang sudah tidak bernyawa.

Tiba-tiba, sebuah cahaya kecil muncul. Ia datang dari arah rantai yang dipakai oleh Asteria. Rantai itu merupakan rantai peninggalan arwah neneknya sebelum dia meninggal dunia.

Cahaya dari rantai itu semakin lama menjadi semakin terang. Lalu berlakulah sebuah keajaiban lain di mana sebuah cahaya berwarna biru lembut yang datang dari cahaya bulan. Cahaya biru itu menutup seluruh bahagian tubuh Asteria.

[Moon Goddess telah mendengar luahan hati anda dan ingin memberikan satu lagi peluang untuk anda mengubah takdir anda.

Tapi setiap permintaan akan mempunyai bayarannya. Anda harus memberikan sesuatu kepada Moon Goddess sebagai bayaran kepada kehidupan kedua anda.]

Setelah cahaya biru itu menghilang, maka tubuh Asteria yang tidak bernyawa tadi menghilang dibawa pergi dari dunia ini.

avataravatar
Next chapter