1 Kotak misteri

Seorang orang pemuda bernama "Sik" sesat ketika hendak melarikan diri dari harimau bintang. Ketika Sik mencari jalan untuk keluar dari hutan itu dia menemukan batu misteri. Sik pun mula mendekatkan dirinya dengan batu itu lalu menyentuhnya. Batu itu mengeluarkan kotak misterius kepada Sik. Ketika Sik memandang sekeliling dia sudah tidak berada di hutan tetapi di tempat yang aneh. Ketika itu Sik mendengarkan suara seorang wanita. Ketika itu wanita itu berkata "Apa mereka memilih orang selemah ini?!" "Bagaimana mungkin lihat saja badannya pun aku boleh kalahkannya". Sik pun berkata "Siapa kau? Mengapa kau menculik ku?" "Dan juga aku bukan lemah!". Wanita itu mengertawaikannya dan wanita itu mula berubah sikapnya dah berkata "Hei kau jangan menjerit seperti itu kepadaku kalau tidak kepala kau akan kupancung sudah" "Oh iya ...! tunjukkan kotaknya". Sik berasa takut kerana ada aroma yang aneh di sekelilingnya lalu menunjukkan kotak misterius itu dengan cepat kerana takut. Tidak lama selepas wanita itu melihat kotaknya, dia terus diam dan terus menteleportkan Sik ke tempat yang lagi aneh dah seram. Terdapat aroma yang sangat kuat dan seram sampai kita boleh pengsan selama 1 bulan jika tidak bertahan dengannya dia tempat itu. Tetapi Sik sama sekali tidak merasakan apa apa dan para para ahli sihir yang berada disana terkejut lalu menggunakan jampi untuk melelapkan Sik sebentar...

Apakah yang akan berlaku? Nantikan episode seterusnya 😁

Hehe saya buat ni suka suka je kalau ada salah mohon maaf ya 🙇‍♀️🙇‍♀️

Terima kasih baca

avataravatar