1 Sarcastik

"Eh kau tgk la min...rumah aku tu kan bukan setakat villa keceput tau.. dr pagar depan ke pintu rumah aku jer dah berkilo-kilo meter tau..setakat kau nk lari dr gate depan tu ke pintu rumah akupun aku confirm kau memang muntah hijau min. "

"kalau kau rasa nk pergi dapur dari ruang tamupun aku cadangkan kau naik skuter kecik tu kalau tak memang kau yg tak de asthma memsng dan-dan kau admitted kat hospital sebab asthma bila kau sampaj dapur rumah aku min. Belum kira lagi pembantu rumah yang ada sampai kaupun bkn setakat nama diaorg, rupa diaorgpun kau boleh lupa tau min. kereta kau tak yah cakap la min tersusun...berderet-deret macam deretan ferrari koleksi shell tu min. ...apa aku buat min??? tak de apa pun..macam mak mertua aku cakap mengangkang jer tau."

"lagipun tak kan kau tak kenal sapa mertua aku min..satu malaya kenal diaorg....mahathir pm kitapun kenal dia tu..mother in law aku tu bukan kau tak tau pengarah hospital pakar..tak yah cakap la pasal laki aku dan adik beradik dia min.. kau yg elok-elok berdiripun mau terlentang terkejut betapa kayanya diaorg.."

"Tu sebab diaorg boleh layan aku macamni min..aku ni bukann setakat bengap, bodoh, tak pandai jadi mak, tak pandai jadi isteri, tak guna, pentingkan diri sendiri, menyusahkan, tak sedar diri, bisnes lagilah kurang sikit dari bahlol. miskin papa kedana..."

Jasmin diam dgr lizzy mengomel.. dia tau lizzy tengah marah...dia tak tau apa lagi yang perlu dia buat untuk meredakan kelukaan dalam hati lizzy. Jasmin peluk lizzy kuat2 dlm pelukannya.. dia tau lizzy sedih tapi dia tak tau kenapa tak de airmata yang keluar dari mata kawan baiknya tu... terluka sangat kah dia sampai tak mampu untuk menangis????pertama kali dalam hidup dia dgr lizzy cakap sesarcastik macamtu..

****************************************************

lizzy pun dah terlupa berapa lama dia tidak bercakap dengan suaminya...masing-masing dengan 'silent treatment'.. ada juga suaminya cuba bercakap dengannya tapi nampaknya lizzy tidak macam sebelum ini bila suaminya cuba berbaik..dia masih dalam mood 'silent treatment'....sambil duduk ditaman putrajaya...terdengar keluhan dari bibir lizzy.

" apalah aku nak buat untuk bayar yuran anak aku.. nak gadai rumah, rumah bukan miliknya, nak jual kete.. setakat kapcai sapalah yg ingin nak beli, barang kemas pun tak de untuk digadai. kwsp yang tak berapa sen tu pun tak boleh dikeluarkan sebab dah dikeluarkan sebelum ni.. kusut betullah otak. eeeiiii otak ni...kot ye pun laki aku cakap aku ni bengap tak kan la smpi bertingkat-tingkat bengapnya sampai satu apapun tak blh fikir.

" arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh"

" u ni dah kenapa???... tau la dah malam ni..tak kan la dah mula nak nak jadi hantu kot...langsuirpun tengah malam baru keluar bukan time2 camni..tunggu-tunggu la lewat sikitt kalau nak takutkan org pun.." protes william yg jengkel dengan jeritan yang tak semena2 dari wanita di kerusi taman disebelahnya.

!!toink!!!

"adoiii" wiliam mengosok-gosok kepalanya yang dibaling dengan tin minuman. nasib baik tin kosong kalau tak mau benjol kepala dia..ganas giler ppuan ni.

" bongok" lizzy mengumam sambil bangun dan terus berjalan ke tasik di depannya

william masih terpana dengan lemparan tin tersebut melemparkan pandangan ke arah lizzy yang nampak macam orang kematian laki...'sewel' gumam william sendirian..pandangan william beralih ke pasangan yg bergelak ketawa yang baru lalu di depannya..

!!ploshhh!!

'eh...mana perempuan tu hilang?..alih2 ghaib pulak...tak kan hantu kot..ishhh mana ada antu zaman ni...merepek aje aku ni'.william rasa nak tampar aje mulutnya yang celupar dengan perempuan tadi..mana lah tau kot2 perempuan tadi tu memang langsuir ke...'mampus aku'

Terdengar ditelinga william percikan air ditasik yang bagaikan ditepuk-tepuk buat bulu tengkok william naik tiba-tiba...ehhh!..langsuir tu main air ke...aduhh..parah n...hati dh takut nk giler tap apsal la kaki aku ni jalan arah ke kolam plk...hoiii...aku takut la...eh..perempuan tu! .perempuan tu nak bunuh diri ke?

Tanpa berfikir panjang william terus terjun dan cuba menyelamatkan perempuan tersebut. Ditarik perempuan tersebut keatas..william panik giler..janganlah mati perempuan oiii...aku campak kau balik dalam kolam tu kang..dia cuba melakukan cpr..setelah cuba beberapa kali akhirnya lizzy terbatuk-batuk.. william tarik nafas lega dan tepuk belakang lizzy supaya lizzy muntahkan air tasik yg ditelannya...

"u ok ke? " tanpa jawapan lizzy yg masih lemah bangun, jalan perlahan-lahan kemudian berhenti dan pusing ke arah william..dengan suara lemah..

"terima kasih dan maaf" ....lizzy senyum dan terus menapak.. william kelu..

avataravatar
Next chapter