1 Epilog

Kejadian ini telah mengubah seluruh hidupku.

Ketika itu, aku pulang ke rumah lewat daripada selalu kerana sesi latihan bola sepak yang agak lama. Latihan itu berlarutan hingga lewat petang kerana keesokannya kami akan bercuti selama dua minggu bagi memberikan laluan kepada "festival ilmu", atau dikenali sebagai minggu peperiksaan! Ya, peperiksaan, bukannya pesta. Seperti lazimnya, aku akan pulang keseorangan melalui denai biasa, menuju ke kediaman yang tiada sesiapa yang menantikan aku di sana.

Oleh sebab hari sudah senja, maka tiada lagi kelibat orang yang kelihatan berpelesiran di kawasan luar rumah sepanjang aku melangkah ke destinasiku. Jadi, hanya aku sahajalah menapak sepi seorang diri, meladeni perasaan letih dan lesu selepas latihan tadi. Kufikirkan hari itu, ialah hari-hari biasa yang kulalui, tanpa insiden atau kejadian aneh. Namun, sangkaan aku itu tidak tepat.

"Boom!!!" Letupan kuat kedengaran berhampiran aku, membuatkan tersentak daripada lamunan. Aku menoleh ke arah bunyi yang kuat tersebut, dan kulihat kepulan asap, seolah-olah ada kebakaran yang berlaku di situ.

"Ting! Ting!" Bunyi besi berlagaan begitu nyaring, membuatkan aku tertanya-tanya dan cuba mendekati lokasi itu. Kepulan asap dan bau-bau hangit mencucuk-cucuk hidungku, menyesakkan rongga nafasku. Tidak semena-mena, sekali lagi berlaku letupan, menyebabkan asap hitam menyelubungi diriku membuatkan aku bertambah cuak. Mataku mula perit apabila dikaburi asap berkepulan yang telah melemaskan diriku. Aku tidak berganjak daripada lokasi, sebaliknya makin menghampiri lokasi itu. Sekalipun begitu, langkahku tidak panjang.

"Eh?!" Belum sempat aku cuba memahami situasi tadi, kelibat makhluk mekanikal, dikatakan "musuh" kepada mahou shoujo, setinggi 8 meter, telah muncul di hadapanku. Makhluk tersebut merupakan "entiti asing" yang cuba memusnahkan dunia. Aku terpaku, cuba memahami situasi aku kini.

"Ke tepi!" Suara gemersik seorang gadis bergema di telingaku, lantaran empunya suara itu menolakku ke arah kanannya lalu menyebabkan aku jatuh terduduk. Mataku mencari kelibat gadis itu untuk melepaskan kemarahan kerana aku ditolak secara tiba-tiba.

"Hei! Kau....." Kata-kata aku terhenti di situ. Gadis muda di hadapanku itu sangat ayu. Rambut bewarna peraknya yang panjang serta mata zamrudnya yang cantik membuatkan aku terpempan. Terlalu manis. Aku kira, dia sebaya dengan usiaku. Tidak, mungkin lebih muda.

"Lari cepat!" Jerit gadis itu meluru ke arah raksasa mekanikal itu. Pada tangannya, tersemat pedang cristal bercahaya, terlalu terang untuk ditatapi terus. Tidak seperti mahou shoujo yang tipikal, dia tidak memakai tongkai sakti atau menggunakan alatan magik. Dia bertarung seperti pahlawan yang gagah berani, tidak sepadan dengan bentuk tubuhnya yang jauh lebih kecil daripada aku. Walau bagaimanapun, serangan itu masih belum cukup untuk menghadapi makhluk mekanikal itu.

"Heh (senyum)…. Aku ialah La-Pharase, Makhluk tahap AA. Kau pasti kau mahu menyerang lagi? Mengaku kalah sahaja, Primula!" Makhluk mekanikal yang jijik itu, apa namanya? Parasit, bukan… La-Parasu? (tidak tahu menyebut), dia hanya bersahaja dalam menghadapi serangan hebat gadis itu, Pri… Primula, ya nama gadis itu… Maaflah, aku memang susah untuk mengingati nama orang. Apa-apa pun, Primula masih tidak berputus asa dan masih cuba menghadapi raksasa itu.

"Cis, jangan harap saya akan mengaku kalah! La la li pi la lu, Fo̱s ti̱s alí̱theias!" Primula mula melafazkan sesuatu dengan nada yang tinggi! Pedang cristalnya mula memancari lazer ke arah "La-Parasu". Aku sekadar terpaku melihatkan aksi Primula, tetapi aku lega apabila akhirnya makhluk itu ditewaskan setelah melihat badan raksasa itu meletup. Malang sekali, kegembiraan aku tidak lama....

"Itu sahaja, Primula?" La-Parasu ketawa sinis. Sebaik sahaja asap letupan itu hilang, kelibat makhluk itu jelas kelihatan bersahaja. Tiada langsung kecedaran atau calar pada badan raksasa itu. Primula jatuh terduduk, kelihatan kelesuan.

"Oh, masa kau sudah hampir ke penghujung, ya…?" Primula tidak menjawab sindiran makhluk itu. Akibat terlalu letih, dia pengsan dalam keadaan duduk. Melihatkan Primula tidak lagi bertindak, 'La-Parasu' itu mula menapak menghampiri gadis yang dipanggil Primula itu.

"Geh… (mengetap gigi)" Aku mula teringatkan semula sesuatu yang menyebabkan aku jadi "kurang senang". Apabila melihat si gadis itu dalam bahaya, memori hitam aku semasa kecil bagai muncul kembali. Aku sangka aku sudah dapat menerima "hakikat" itu, kontradiksinya, ingatan itu terus menghantui aku. Aku mendengus panjang sebelum menarik nafas sekuatnya. Aku enggan melaluinya semula, kejadian hitam itu. Aku menguatkan semangat dalam jiwaku lalu bangkit berlari meluru ke arah Primula. Segera aku memaut badan kecil gadis itu dan memikulnya dibahuku sebelum berlari sepantas-pantasnya. Gadis yang kuselamatkan ini tidak seberat kusangka. Adakah gadis ini makan dengan secukupnya? Aku tidak peduli lagi akan hakikat gadis itu sebaliknya berlari pantas tanpa menoleh ke belakang lagi.

"Heh… Mahu jadi hero?" Suara makhluk itu kedengaran dari arah atas. Benda itu melompat dan mendarat betul-betul di hadapanku. Jangan pandang rendah pada kapten "kegelapan" bola sepak Harima. Aku mengubah arah larianku lalu menyusur ke kawasan sempit di celah-celah kawasan pembinaan. Teknik "dribbling" milikku merupakan kelas pertama dan pernah mendapat pujian daripada pemain pro!

"Huh… huh… huh…" Agak jauh aku berlari, aku pun menyusup masuk ke tapak pembinaan berhampiran. Aku termengah-mengah kerana kepenatan berlari, meletakkan gadis itu bersandar dengan susunan kampit simen. Aku dan gadis itu kini bersembunyi di kawasan gudang bahan binaan yang terpencil daripada kawasan perumahan. Nampaknya raksasa itu terlepas pandang pergerakan aku dalam pelarian tadi kerana aku memilih untuk melalui lorong-lorong kecil dan tersembunyi. Kawasan perumahan ini ialah tempat pemainan zaman kecilku, justeru aku tahu selok-belok di sini. Entah beberapa ketika, si gadis tadi menunjukkan pergerakan kecil, tanda dia masih hidup.

"Uh..." Gadis itu kembali sedar daripada pengsannya, memandang tepat ke arahku.

"Kamu tidak apa-apa?" Soalku. Aku tahu soalan itu bodoh, mustahil gadis itu tidak apa-apa setelah menghadapi raksasa tadi.

"Lari… Awak mesti melarikan diri. Awak akan mati jika terus bersama saya…" Gadis itu, tidak… Primula menggunakan sisa-sisa tenaganya memberikan amaran kepada aku. Seraya, aku berasa marah. Aku menumbuk lantai simen, tanda kecewa dengan kata-kata Primula.

"Keadaan kamu jelas lebih teruk daripada aku! Sekarang, kamu suruh aku untuk melarikan diri?! Kamu gilakah?!"

"Jangan bimbang... Menjadi tugas saya melindungi awak daripada musuh..." Ujar Primula, yang masih menahan kesakitan.

"Tugas?! Lebih baik aku mati daripada diselamatkan oleh seorang gadis, hmmph…" Kataku marah, membuatkan Primula besar anak matanya.

"Tahukah awak, kita dalam bahaya? Saya mampu menghadapi raksasa itu. Awak larilah sahaja..." Primula menekan suaranya. Cuba menerang situasi yang rumit itu. Aku sekadar tunduk dan menjerit dalam hatiku... Mengapa aku lemah?!

"Sebab aku lemah, bukan begitu?" Aku mendengus, menepis amaran milik Primula itu. Ya, aku benci akan mahou shoujo bukan kerana "diri" mereka, tetapi kerana [kekuatan] mereka. Aku benci akan diri aku kerana aku tidak sekuat mereka...

"Kalaulah aku ada kekuatan itu...."

"....! (tersentak) Hahaha.... (gelak kecil) Saya sangka, tiada lagi lelaki yang masih mahu [kekuatan] untuk melindungi seseorang. Selalunya, hanya gadis-gadis yang berjuang menyelamatkan dunia..." Ujar Primula, senyum kecil. Aku memandang ke arahnya. Terlalu sedih mengenangkan situasi yang dihadapi oleh gadis ini....

"Memang saya memiliki [kekuatan], tetapi awak perlu tahu bahawa setiap kekuatan ada bayarannya...." Sambung Primula, menyebabkan aku menatap serius padanya...

"Maksud kamu?" Aku mula memberikan perhatian kepada kata-kata itu. Sesuatu fakta kejam yang manusia tidak tahu akan idola mereka ini...

"Nyawa... Bayaran untuk kekuatan saya ialah nyawa... Kami, Mahou Shoujo tidak hidup lama, hahahaha...." Primula menjawab soalan aku, kali ini dengan tawa manis, tetapi hambar buatku. Aku terpempan sebentar.

"Jangan bergurau, kau hanyalah seorang "perempuan"!" Aku marah. Aku marah kepada dunia ini. Bukankah tugas lelaki untuk melindungi wanita? Mereka hanya insan lemah lembut dan penuh kesopanan. Aku semakin benci akan diriku. Tidak semena-mena, air mataku mengalir.

"Terima kasih... kerana menangis untuk saya... Masa... masa saya hampir tiba. Awak... Siapakah nama awak?" Primula tersenyum, menahan kesakitan maut. Aku mengesat air mataku...

"Aku tidak menangis! Kurosaki Yami, itu namaku. Kamu Primula bukan?"

"Na-nama be-betul saya A-amamiya A-aya... Sero...nok.... ber....ke...nalan... de... ngan.... a...." Gadis itu menutup matanya perlahan-lahan, seperti mahu tidur, menamatkan perbualan pertama kami, dan yang terakhir. Aku hanya meratap tubuh kecil itu. Apa yang boleh aku lakukan? Apa yang harus aku buat?

"Amamiya..." Aku meratap sedih... Sekali lagi..... Sekali lagi aku....

"....."

"Amamiya..." Aku tahu panggilan aku itu tidak akan terjawab. Tetapi, aku tetap ingin memanggil nama itu. Nama yang bakal mengganggu tidur-tidurku yang mendatang....

"Manusia...." Suara misteri bergema, memanggil aku. Aku cuba mencari punca suara itu. Tiba-tiba pedang genggaman Aya bersinar. Perlahan-lahan, pedang itu meninggalkan jemari Amamiya meluru ke udara. Pedang itu terapung di hadapanku, lalu bersuara.

"Sanggupkah kau berkongsi nyawa dengan gadis ini?"

"...."

avataravatar
Next chapter