webnovel

Melihat mereka telah berundur ke dalam hutan, pihak musuk melemparkan busur mereka dan lantas mengeluarkan pedang yang tersemat di pinggang, meluru ke arah Chu Qiao dan yang lain-lain.

Pihak musuh berada di merata-rata tempat, meluru ke arah mereka seperti sekumpulan belalang. Teknik penggunaan pedang Chu Qiao amat menakjubkan apabila dia meluru bagaikan kilat yang menyabung, menarik Li Ce bersamanya sementara Tie You dan lain-lain cuba sedaya upaya untuk mengekorinya. Pada ketika ini, pasukan tentera milik Li Ce hanyalah tinggal sebanyak 50 orang dan mereka semua dilumuri darah dan mengalami kecederaan parah, tidak mampu untuk terus bertarung.

Minda Chu Qiao pantas berputar sementara dia menjeling ke arah pihak musuh yang berada di sekelilingnya dan berjaya membunuh enam daripada mereka dengan satu libasan pedang. Pengalaman teknik mempertahankan diri yang telah dipelajari selama dua kehidupan, bercampur dengan latihan selama bertahun-tahun kini dimanfaatkan dan amat berguna di dalam pertempuran gerila sebegini. Chu Qiao seorang yang genit, jadi dia dapat menggunakan permukaan bumi sebagai kelebihannya apabila dia menyelinap ke sana sini melalui hutan tebal itu. Tiada siapa yang mampu menandingi gadis itu.

"Qiaoqiao! Qiaoqiao!" Le Ci berteriak tiba-tiba. Chu Qiao berpusing ke arahnya dan melihat seorang pahlawan gergasi yang sedang mendekati pemuda itu dengan sebilah pedang besar di tangan. Tie You sedang dilumuri darah dan tidak mampu untuk bertahan lagi.

Chu Qiao melonjak ke udara, menendang pahlawan itu di bahunya. Pedang yang dipegang dilibas di udara, membelah dari pipi pahlawan itu terus ke bahunya bagaikan tembikai yang dipotong. Rintihan didengari sebelum dia jatuh ke tanah dengan kuat sehingga retakan tengkorak dapat kedengaran. Darah terpercik di merata-rata.

Tiba-tiba Chu Qiao terasa sakit di bahunya, lantas meraih kening sambil menggunakan belakang tapak tangan kiri untuk mengambil pisau belati yang disembunyikan di bawah tulang rusuknya dan menikam mata penyerangnya dengan serta-merta. Tangan kanannya pula menggenggam sebatang lembing yang tercucuk ke dalam bahu. Apabila penentangnya itu sedang terhuyung-hayang ke belakang, Chu Qiao menggunakan kesempatan ini untuk menikam pemuda itu dengan pedangnya, lantas melonjak ke udara dan mendarat dengan tendangan putar ke bawah terus ke kepala jejaka itu sambil mencucuk pedangnya terus ke jantung si pahlawan.

"Qiaoqiao!" Raut wajah Li Ce memucat dengan ketakutan, terus meluru ke hadapan dan menarik Chu Qiao ke dalam dakapannya. "Awak dah tercedera!"

"Jangan risau pasal saya! Tie You, ambil Tuan awak dan bawa dia ke barat!"

"Tidak! Saya takkan tinggalkan awak!" Li Ce dengan degilnya berdiri tercegat sambil mengangkat pedang di tanah, melambai-lambaikannya ke udara sambil berkata tegas, "Oi pencuri! Datanglah ke sini!" Namun sebelum dia mampu menyerang mana-mana musuh, dia telah menghentakkan kepalanya dengan pedang tersebut dan menyebabkan ia terus terjatuh ke tanah.

"Bodoh!" Chu Qiao berteriak semasa menarik lengannya dan terus mengarah, "Ikut saya!"

Pedang Pemecah Bulan tersangatlah tajam dan mampu membelah pedang pihak musuh bagaikan ia sebentuk mentega dan kini 'pedang' yang berada di tangan pahlawan itu hanyalah pangkal besinya dan pasukan tentera milik Li Ce membunuhnya apabila mereka melintasi tempat kejadian dan terus terjelepek ke atas tanah dengan tompokan darah.

Chu Qiao berlari melintasi hutan, memijak-mijak mayat pihak lawan dan akhirnya dia berada di puncak gunung. Sealur sungai berada di bawah mereka dengan lapisan ais di sungai yang baru sahaja terpecah dan lantas terbenam ke dalam air.

"Terjun ke bawah!" Teriak Chu Qiao semasa dia menendang perut pembunuh upahan.

"Hah?" Li Ce berkerut semasa berdiri di samping Chu Qiao, memanjangkan lehernya untuk menjenguk ke bawah. "Qiaoqiao, kita akan mati beku!"

"Awak boleh tinggal di sini kalau awak nak mati!"

Li Ce teragak-agak semasa berdiri di cenuram bukit itu. Walau setelah beberapa cubaan, dia masih berasa takut untuk terjun. Tiba-tiba, seorang lelaki meluru ke arah mereka dengan sebilah pedang yang baru sahaja dikeluarkan dari sakunya di pinggang, cuba untuk menyerang hendap gadis genit itu yang sedang berhadapan dengan musuh lain. Putera Tang yang akhirnya terjumpa keberaniannya itu terus mengangkat sebuah batu yang besar dan melemparkannya ke kepala pemuda tersebut dan dengan sebuah dentuman, tengkoraknya pecah semasa dia terjatuh dari cenuram itu, langsung tidak sedarkan diri.

"Haha!" Li Ce berasa gembira kerana serangannya telah berjaya dan lantas dia mula mengangkat batu-batu besar lagi untuk dilemparkan kepada pihak musuh.

Apabila orang-orang suruhan Putera Tang ternampak keberanian yang telah ditunjukkan putera itu, mereka terus mengikuti jejak langkahnya dan kuasa pihak musuh mula untuk berkurang.

"Bergerak, cepat!" Li Ce begitu asyik melemparkan batu-batunya semasa Chu Qiao berpaling dan menggenggam lengan putera itu dan mengheretnya menuruni cenuram. Mereka semua meloncat turun dengan satu terjunan dan berhadapan dengan kesejukan air. Chu Qiao dan Li Ce terus terbenam dimakan air.

Chu Qiao terus berenang ke permukaan air dengan tenang namun sekuat mana dia berenang, dia tetap tidak berjaya untuk menghirup udara sedar, lantas naik berang sambil menoleh ke bawah untuk melihat Li Ce yang sedang menggenggam batu besar di dalam tangannya, seolah-olah ia batu bata yang diperbuat daripada emas.

Dengan pantas Chu Qiao menumbuk belakang pemuda itu dan merentap batu tersebut daripadanya. Sebelum mereka sempat ke permukaan air, bunyi tali busur ditarik dan panahan yang dilepaskan kedengaran datang dari atas, lantas teriakan kesakitan berbunyi kuat datang dari sekeliling mereka. Jelas sangatlah Tie You dan yang lain-lain telah mati. Chu Qiao berfikir, orang bodoh selalunya memang selalu bernasib baik. Menarik Li Ce bersamanya, Chu Qiao terus berenang.

Arus air memang deras pada masa itu. Mereka berdua timbul ke permukaan air setelah seketika. Walaupun pihak musuh cuba untuk mengejar mereka, namun mereka tidak sepantas arus yang telah membawa Chu Qiao dan Li Ce pergi jadi mereka pun terus hilang dari pandangan setelah beberapa ketika. Bibir Chu Qiao mula memucat dan bahunya berlumuran dengan darah. Kekuatannya sedang mengalir keluar dari tubuh.

"Qiaoqiao, Qiaoqiao?" Suara Li Ce mula kedengeran samar-samar. Chu Qiao berusaha untuk menoleh kepalanya untuk memandang putera itu. Putera itu berkata sambil mendayung, "Awak kena bertahan. Kita hampir keluar dari kawasan bahaya." Ini merupakan kali pertama Li Ce bercakap dengannya dengan nada yang serius. Raut wajah putera ini pucat dan bibirnya kelihatan mengerikan dengan pandangan matanya suram tidak seperti selalu, namun terpancar kesungguhannya sedikit, dan lantas memberikan aura yang sungguh berlainan.

Chu Qiao ingin berkata sesuatu kepada putera tersebut, namun apabila dia membuka mulut, lidahnya menjadi kelu. Gadis itu menggigil dalam kesejukan, darah yang mengalir keluar daripadanya itu telah memburukkan lagi keadaan gadis genit itu.

Sungai itu diwarnai dengan warna merah semasa bunyi teriakan pihak musuh masih lagi berbunyi kuat dari kejauhan. Sebuah demi sebuah menara api di puncak bukit itu dibakar, kelihatan seperti mereka tidak mampu untuk bergerak ke mana-mana tanpa ditangkap kerana pembunuhan secara besar-besaran pihak musuh ini telah menggerakkan pasukan tentera yang tidak terkira ramainya.

Tiada lagi bunyi pengawal yang mengiring mereka, dan ombak mula menjadi lebih deras dan kuat apabila malam datang menjelma. Sungai terasa sejuk bagaikan menggigit kulit dan mula untuk menjadi lebih deras dan tanpa disangka Chu Qiao dan Li Ce terus terjatuh daripada sebuah air terjun dan menerbang ke udara sambil Li Ce yang semakin mengeratkan genggaman tangan Chu Qiao.

Yan Xun melipat kembali petanya sambil melihat orang-orang suruhannya itu. "Kita ada dua objektif untuk misi ini. Pertama, kita harus menyelamatkan Chu Qiao. Keduanya untuk tidak mendedahkan identiti sebenar kalian. Kalau kamu ditangkap, kamu tahu apa yang patut kamu buat."

Ah Jing dan lain-lain mengangguk dan berkata, "Kami faham."

"Jadi pergilah."

Semua orang bangun secara serentak. Mengetuai pasukan-pasukan mereka, mereka bangun dan hilang dalam sekelip mata.

Ah Jing tyang inggal di belakang untuk melindungi Yan Xun berbisik kepada si putera, "Tuan, Tuan tahu siapa yang dah serang hendap Putera Tang?"

Yan Xun menggelengkan kepala dan membalas, "Aku tak tahu, tak banyak risikan yang dapat dikumpul dan ramai sangat suspek, jadi benda itu dah tak penting. Bila Li Ce dah mati, Empayar Xia dan Tang akan berperang sesama sendiri dan kita takkan kehilangan apa-apa kalau peperangan itu berlaku. Kita kan mempunyai objektif yang sama, jadi apa salahnya kalau kita tolong mereka? Lagipun, kalau Li Ce ada bersama Ah Chu, mesti dia dah mati pun." Sebuah senyuman yang lebar terukir di wajahnya, berbisik sambil mendongak ke langit, "Tuhan-tuhan pun sedang menolong aku."

Walaupun mereka tersangat cekap dalam mengharungi hutan yang tebal itu, namun melihat obor-obor api yang mengekori mereka di belakang sememangnya terasa seperti mereka sedang dikejar oleh pemangsa. Mereka tidak mempunyai sebarang masa untuk berehat, ataupun mempunyai cara lain untuk melepaskan diri, dan hanya mampu mengharungi hutan yang lebih tebal dan melangkaui banjaran-banjaran gunung yang curam itu. Malam telah larut apabila akhirnya mereka menghilangkan diri dari pandangan si pemangsa, terus sesat tanpa mengetahui jalan pulang ke Zhen Huang.

Malam tersebut sejuk dan berkabus, dengan hujan yang membasahi bumi pada awal malam yang menyebabkan suhu cuaca untuk menurun dengan melampau. Mereka langsung tidak memulakan sebarang api kerana risau mereka akan ditemui jika berbuat demikian, maka Chu Qiao dan Li Ce terduduk diam di rimba yang tebal. Tubuh badan gadis itu yang genit dan lemah terbongkang di dahan pokok, merasakan tulang-tulang badannya akan mencair, dengan kecederaan-kecederaan di badan yang masih lagi berdarah; kesakitan tersebut sememangnya tidak dapat ditanggung. Luka panahan di bahunya amat parah, sedikit pergerakan pun mampu untuk menyebabkan kesakitan yang melampau, dan kehilangan darah yang telah dialami Chu Qiao menyebabkannya untuk berasa sangat penat dan lemah. Apa yang gadis itu mahu lakukan ialah untuk melelapkan matanya namun pengalamannya yang bertahun-tahun itu telah menasihatinya saat-saat ini amat penting demi kejayaan mereka untuk melepaskan diri dan jika dia melelapkan matanya sekarang, dia pasti tidak akan terbangun lagi.

"Qiaoqiao?" Suara Li Ce bergema di sebelah telinga Chu Qiao semasa dia menyelimuti bahunya dengan mantel. Chu Qiao mengerutkan dahi semasa cuba untuk mengangkat kepalanya untuk melihat pemuda yang sedang melutut di sisinya itu. Dia masih tersenyum apabila dia berkata, "Baju saya dah kering."

Pakaian dipakai Li Ce tidak lagi mengeluarkan sebarang aroma setelah berendam di dalam sungai dan menyelinap melalui hutan tebal, dan kini hanya sepasang jubah berkedut dan terkoyak-koyak yang sedang dipakai putera itu berserta tompokan darah berwarna merah gelap yang mengotori jubah merahnya itu. Darah itu milik pembunuh upahan yang mana?

Dengan pergerakan yang sedikit, bahu Chu Qiao mula untuk berdarah sekali lagi, terus senyuman yang terukir di wajah pucat milik Li Ce itu pudar. Dengan cepat dia mengenakan tekanan di atas lukanya itu sambil berkata, "Awak berdarah lagi. Apa yang patut kita buat?"

"Tak mengapalah," Kening Chu Qiao disulamkan bersama sebelum gadis itu mengoyakkan pakaian Li Ce sedikit dan membaluti lukanya itu dengan pantas, berkata, "Duduklah."

"Hah?" Mata Li Ce terus membuntang dengan kecelaruan.

"Duduk!" Gadis yang tidak sabar itu mula berkerut. Walaupun dia kedengaran lemah, namun ia masih bertenaga. "Kita tak mempunyai banyak masa. Kita kena rehat selagi boleh."

"Baiklah." Li Ce terduduk dengan patuh. Setelah berfikir buat masa yang lama, putera itu menujukan soalannya, "Qiaoqiao, awak kenal lelaki-lelaki itu?"

"Kalau awak ada banyak sangat tenaga, boleh tolong simpan untuk selepas ini tak? Ia akan menyenangkan kerja saya. Saya akan bunuh awak kalau awak berani kacau saya rehat lagi."

Maka terus terdiamlah Putera Tang itu yang masih terduduk di atas tanah dengan mata yang melilau memandang sekeliling.

Sudah semestinya Chu Qiao ingin mengetahui siapa dalang kepada serangan itu! Namun, terlalu banyak sasaran untuk diambil kira dan dia tidak mampu berfikir pada masa ini.

Jika Li Ce dibunuh di luar Bandar Zhen Huang, Empayar Tang sudah semestinya empayar pertama yang akan datang menyerang dan peperangan di antara Empayar Tang dan juga Empayar Xia pasti tidak akan dapat dihentikan, dan jika mereka membuat keputusan untuk berperang, melihat dari gambaran yang lebih meluas, empayar-empayar yang hanya akan memanfaatkan daripada peperangan ini adalah Empayar Song yang menyempadankan lautan timur, Da Huang di selatan, dan Quan Rong di barat laut. Terutama sekali Empayar Song yang mempunyai ekonomi yang makmur dan sumber semula jadi yang banyak sememangnya akan dijadikan seterusnya dalam peperangan. Empayar Tang dan juga Empayar Xia akan mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan Empayar Song ke pihak, menyebabkan kekuatan pihak tentera milik Empayar Song untuk bertambah kuat memenuhi setiap posisi strategi.

Dari segi politik dalaman pula, kematian Li Ce akan bermakna Empayar Tang tidak mempunyai waris untuk menaiki takhta untuk kerajaan Tang. Kaum-kaum yang mempunyai darah maharaja kemudiannya akan mendapat peluang untuk merampas takhta tersebut, termasuklah adik beradik Maharaja Tang. Kesemua daripada mereka memang mendambakan daerah-daerah Tang yang meluas itu.

Dari perspektif Empayar Xia pula, hanya keluarga Maharaja dan keluarga Diraja sahaja yang mampu menjadi dulang kepada pembunuhan ini. Namun dengan kejatuhan puak Muhe baru-baru ini, dan Yan Xun yang telah membunuh Muhe Xifeng dan Wei Jing dengan pisau yang telah dipinjam, keluarga-keluarga diraja semakin menjadi cemas dan hidup dalam ketakutan. Kestabilan politik dalam Empayar Xia bermuda daripada pembahagian kuasa yang sama rata di antara keluarga Maharaja dan juga keluarga Diraja. Jika keseimbangan kuasa itu terjejas, maka ia akan berakhir dengan pertumpahan darah yang tidak dapat dihindarkan.

Wei Guang, Zhuge Muqing, dan yang lain-lain tersangatlah licik dan cerdik; mereka tidak akan dapat terbau permasalahan yang berada di sebalik lapisan kemakmuran tersebut akan mula untuk memulakan kacau-bilau. Jadi, Maharaja Xia pasti tidak akan mempunyai pilihan lain selain daripada bergantung kepada kuasa keluarga diraja namun ada kemungkinannya juga yang keluarga-keluarga diraja akan menggunakan kuasa mereka untuk mengukuhkan kuasa mereka di dalam bahagian ketenteraan.

Apa yang Chu Qiao risaukan kini adalah Yan Xun yang telah menjadi dalang kepada semua ini, dengan Kesatuan Da Tong yang menyokong rancangannya itu. Jika benar itu yang terjadi, perkara akan menjadi lebih canggung selepas ini.