1 Bab 1

Tengku Farathid Marteen memandang cermin dihadapannya , wajahnya beku sahaja. Dia membetulkan jam di tangan kirinya .Kemudian membetulkan butang baju di hujung lengannya. Menoleh ke gambar besar yang tergantung berdekatan katil bersaiz king miliknya . Perasaan yang susah untuk di gambarkan ketika ini untuk dirinya sendiri.

" Sabar sikit lagi sayang. I datang , Kyra".

Potret wanita tersenyum manis . Hidungnya yang mancung , matanya yang bulat. Rambut hitam sedikit kemerahan . Alis matanya yang sempurna. Bibirnya yang mungil . Tiada sedikit cela pun di wajahnya. Segalanya nampak sempurna di mata Tengku Farathid Marteen . Wajah yang selalu mengetarkan hati dan satu satunya wanita yang ada di hati Tengku Farathid Marteen  . Kyra Mayseera . Perempuan yang tidak pernah berhenti dia puja untuk hayat ini.

Raut wajahnya tidak berubah . Masih serius sahaja . Membetulkan blazer hitam yang di pakai dan dikenakan dengan slim kemeja putih didalamnya. Kemas. Kakinya melangkah menuju ke pintu . Langkahnya berterusan sehingga menemui tangga mewah di rumah itu . Pintu utama di buka oleh perempuan yang menjaga di situ . Sebaik saja dia memasuki perut kereta Range Rover , laju kereta itu meninggalkan perkarangan rumah .

*****

Lama dia memandang banner yang tertampal di hadapan hotel itu .

'Zacran Shah & Kyra Mayseera'.

Sesekali dia menoleh jam di tangan kirinya . Perlahan lahan dia keluar dari perut kereta , menuju ke pintu utama hotel . Dia berhenti lagi memandang banner yang terpapar wajah pasangan itu . Kini lebih dekat di matanya. Lama pandangan itu jatuh pada wajah si gadis yang terpapar di banner itu . Perasannya bercampur baur ketika ini. Diam.....

Tengku Amanda memandang lama . Walaupun sosok tubuh tegak lelaki itu agak jauh darinya . Tidak menampakkan sedikit kecacatan di matanya. Dia senyum sendiri . Pemandu di hadapan memandang sejenak pada majikannya dari arah pantulan cermin hadapan. Tak mampu menengur . Lelaki yang dari tadi di tunggu oleh majikannya telah tiba . Sudah setengah jam dia di situ setia menemani. Sudah biasa .

"2 hour , maybe ". 

Ucap Tengku Amanda kepada pemandu peribadinya , lalu melangkah keluar dari kereta.  Dia tak pasti berapa lama dia akan berada di dalam hotel . Tapi yang pasti , dia nak masa yang lama untuk bersama lelaki itu. Bah kan untuk seumur hidupnya.

Langkahya laju di ayun ke arah Tengku Farathid . Bibir manisnya masih mengenakan senyuman dari tadi . Tak pernah penat untuk lelaki itu . Walaupun tidak di lihat Tengku Farathid , tapi cukup untuk mengambarkan kebahagian hatinya di kala ini. Dia merindukan wajah itu.

Tengku Farathid menoleh sebaik saja bahunya di sentuh lembut dari belakang .

"Hello , Tengku. Perlukan partner untuk harini tak ? Don't worry , Im here".

Tengku Amanda memaniskan wajahnya.

"I thought next week , harini dah munculkan diri ".

Tengku Farathid tak terkejut . Dia dah biasa dengan setiap kejutan yang di beri oleh gadis ini. Ada ada saja tingkahnya .

Baru 3 hari yang lepas Tengku Amanda beritahunya akan berlepas ke London atas urusan kerja . Katanya seminggu . Tapi harini dah munculkan diri. Tengku Amanda bukanlah teman istimewa bagi Tengku Farathid seperti yang di uar uarkan di media massa dan akhbar. Bagi Tengku Farathid , Tengku Amanda hanya lah sahabat yang selalu ada.

"Hmmm , I harap I semampu tu lah , tapi tu lah , hati I ni , buat hal . Awal awal dah rindu kan orang Malaysia. Nak buat macam mana."

Tengku Farathid hanya tersenyum tawar mendengar jawapan dari Tengku Amanda. Dia menggelengkan kepalanya perlahan.

" I rasa you dah boleh kawin lah. Nanti senang boleh bawak husband you 24jam . Boleh tengok dia 24jam . Tak payah dah nak rindu rindu , tapi tu lah , dengan I pun you nak sorok , almost two years ."

Tengku Amanda memuncungkan bibirnya mendengar kata kata Tengku Farathid. Rindunya pada lelaki ini , di London tiga hari pun dah cukup meresahkan hatinya . Ini kan pulak seminggu . Tak sanggup dia bermain dengan hatinya. Lebih baik cepat cepat pulang . Lagipun segala urusan di London sudah dia selesaikan .

"Hmmm , so you rindu I tak ? Ahh come on , mesti rindu kan , give me a hug ?"

Tengku Amanda membuka tangannya , menantikan pelukan dari Tengku Farathid . Walaupun dia tahu mustahil untuk mendapatkan itu. Tengku Farathid hanya senyum . Senyuman itu seakan wabak pada Tengku Amanda , dia turut serta mengukirkan senyuman walaupun hatinya sedikit kecewa tidak menerima respon dari Tengku Farathid mengenai pelukan tadi.

"Sekarang dah jam 12. Jom."

Tengku Farathid mengabaikan permintaan Tengku Amanda. Dia tahu gadis ini suka menyakatnya. Sekarang bukan masa yang sesuai untuk bergurau senda. Majlis di dalam sana lebih penting baginya . Yang lebih tepat bukan MAJLIS itu , tapi gadis yang terlibat dalam majlis tersebut .

Tengku Amanda hanya mengangguk . Dia merangkul lembut lengan Tengku Farathid untuk beriringan masuk ke dalam hotel itu . Tengku Farathid hanya membiarkan pelakuan Tengku Amanda. Kata kata Tengku Amanda masih ada dalam ingatannya . Tengku Amanda tak ingin dekat dengan lelaki hidung belang di luar sana . Dia selalu akan berkelakuan seperti itu ketika bersama Tengku Farathid , katanya ketika bersama Tengku Farathid . Semua lelaki lelaki itu tidak kan mendekat. Tapi yang sesungguhnya , ada perkara yang di simpan kemas oleh Tengku Amanda sendiri soal hatinya pada Tengku Farathid tanpa lelaki itu ketahui. Tentang hatinya...

avataravatar
Next chapter