webnovel

Episode 16 : Mencari

Marvin memandang ke muka surat khabar lama yang dia ingin jadikan sebagai bahan rujukan untuk tugasannya. Dan sedang Marvin menyelak helaian muka surat khabar Marvin terhenti di satu muka surat dimana artikel bertajuk 'Seorang pewaris tunggal Keluarga Count Dominion merasmikan sebuah hospital yang dibina khas untuk rakyat berpendapatan rendah'. Topik sesuai untuk eseinya.

Tertarik kerananya Marvin meneliti butiran pada kertas itu sebelum matanya terarah pada imej yang disertakan sekali di dalam akhbar tersebut.

"Apa kau yang kau baca tu?"tegur William, rakan Marvin semasa menarik kerusi di bawah meja duduk bersebelahan dengan meja Marvin.

"Baca surat khabar lama..."kening Marvin menjadi berkerut-kerut apabila melihat wajah Wanita yang merupakan anak Count Dominion dalam gambar itu. Serius beritahu dia betul-betul terkejut dengan kemiripan yang dimiliki oleh wanita itu. Kalau dia tidak tahu ianya surat khabar, dia mungkin akan beranggapan ianya gambar baru.

"Untuk tugasan yang Master Lee suruh ke?"

Marvin mengangguk. Tak mungkin la kan?Butiran dalam artikel itu dibacanya lagi. Ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut. Rasanya dia memang tidak salah pandang.

"Aku belum cari bahan untuk esei artikel lama...ugh!Kerja dari master lain yang kena hantar hari ni pun aku belum sempat nak selesaikan."

"Mana yang penting dulu kau buat...yang hantar kemudian boleh buat selepasnya.."pesan Marvin sebelum melipat helaian akhbar seusai membacanya beberapa kali. Dan imej yang dia lihat tadi terngiang-ngiang dalam kepala.

"Itu la yang aku buat. Oh ya...kau tak bersama dengan Darrius hari ini?Bukan ke kebelakangan ni kau selalu berada dekat sisi dia melekat seperti belangkas ke mana-mana aje?"William buat muka menyakatnya semasa pandang Marvin yang berwajah serius.

"Hari ni Darrius tak datang sebab perlu ukur baju untuk uniform dia."

"Dengan siapa?"

"Duke Elijah mungkin...aku bukan babysit dia untuk tahu semuanya."

"Manalah tahu, kan kau selalu bersama dengan Darrius sejak dia tiba di sini.."

Marvin tidak membalas. Dia mendiamkan diri.

"Tapi kan..kenapa kau sering bersama dengan si Darrius tu?Kau tak dengar ke cerita yang Putera Eilian beri amaran kepada semua pelajar untuk tidak mendekati Darrius atau mereka yang dekati Darrius akan dalam masalah?"tambah William saat sandar ke kerusi dan melunjurkan kaki ke hadapan di bawah meja waktu itu.

Memanglah. Masalahnya amaran Putera Eilian itu tidak akan memberi sebarang kesan kepadanya memandangkan ayah dia sendiri yang mengarahkan dia untuk menemani Darrius sepanjang masa Darrius belajar di akademi. Jadi Putera Eilian tidak dapat melakukan apa-apa sekiranya dia tidak mematuhi amaran lelaki itu.

"Dekan Lorenzo yang arahkan aku untuk iringi Darrius di akademi ni memandangkan Darrius baru kali pertama belajar di institut Pendidikan.."jelasnya.

Kening William terjungkit. "Memangnya selama ni dia tak belajar ke?"

"Belajar. Tapi home schooled. Kau tahu siapa master yang mengajar Darrius tu?"Marvin topang tepi pipinya dengan tangan kanan yang disikukan atas meja memandang William.

"Siapa?"kening William ikut terangkat.

"Master Freddie Burch. Master yang mengajar Putera mahkota dan bapa saudara Lord Alfareeze."

"Woah...sejak kecil lagi ke?"

Masa Inilah Marvin termenung seketika memikirkan pertanyaan itu. Ya tak ya kan!Baru dia teringat mengenai hal ni.

"Seingat aku Darrius pernah tinggalkan rumah sewaktu berusia 7 tahun untuk ke countryside. Tak lama lepas tu, masa umur dia 12 tahun baru Darrius debut dan diperkenalkan kepada umum sebagai pewaris Utama keluarga Kirk. Lepas tu kelibat dia di depan umum jarang sangat di lihat. Mungkin dari situ agaknya dia mula homeschool."

"Untung betul kan...tak hairan la kenapa Putera Eilian agak insecure bila Darrius muncul depan public. Mungkin Putera Eilian tahu Darrius mungkin boleh atasi pengaruhnya memandangkan Darrius di ajar oleh master yang sama."beritahu William.

"Tapi kau tak pelik ke?"Marvin mengecilkan matanya ke William semasa bertanya.

"Apa yang peliknya?"

"Yalah...selama ni Duke Elijah simpan anak lelaki dia seperti menyimpan anak perempuan. Lepas dapat titah raja nak tak nak Duke Elijah terpaksa lepaskan anak lelaki dia tu untuk ke sini. Dan kemudian aku diarahkan untuk menjadi kawan Darrius. Kau rasa ada sesuatu ke yang menjadi sebab kenapa baru sekarang Duke Elijah lepaskan Darrius keluar?"

William menjungkit bahu tidak tahu. "Entah la. Ayah aku beritahu Duke Elijah seorang yang gilakan kuasa serta pengaruh. Mungkin Duke Elijah nak gunakan Darrius sebagai batu loncatan dia memandangkan Darrius seorang yang bijak dan sangat popular di kalangan anak bangsawan. Aku sendiri nak berkawan dengan Darrius bila nampak muka pretty face dia tu. Cuba kau bayangkan kalau anak-anak bangsawan dekat sini berpihak pada Darrius, kau rasa apa akan jadi pada Duke Elijah?"

Marvin yang dengar agak terasa kerananya. Masakan tidak. Pada hari pertama dia bertemu dengan Darrius dia pernah terlepas cakap tentang 'anak-anak dipergunakan' depan Darrius. Adakah Darrius sedar mengenai hal ini sejak awal lagi?Yang Duke Elijah hanya cuba hendak pergunakan Darrius saja?

Surat khabar di bawah tangannya di pandang Marvin. Imej dimana seorang wanita mempunyai rupa paras seiras seperti Darrius terngiang-ngiang dalam kepala. Memang tidak masuk akal tetapi rupa Darrius saling tidak tumpah seperti anak perempuan Count Dominion dalam akhbar ini. Disebabkan Duke Elijah terlalu perahsia orangnya, tidak ramai tahu tentang ibu kandung Darrius sehingga sekarang.

"Mungkin Duke Elijah akan mempunyai ramai sokongan dan bakal dilantik sebagai Perdana Menteri."jawab Marvin dengan suara perlahan. Termenung panjang.

Tiga jam kemudian selepas dua kelas tamat. ..

Para pelajar akademi mula keluar dan berkeliaran sekitar akademi meluangkan masa rehat antara kelas selama tiga puluh minit. Sama ada berjalan sekitar laman atau lepak di koridor berbual sesama mereka. Itu rutin biasa pelajar lelaki akademi di situ.

Sendirian tanpa temannya, Marvin berdiri depan lokar. Menyusun apa yang patut agar tidak kelihatan bersepah sangat. Buku-buku teks, pena pelepah dan beberapa barang di kemas supaya teratur. Disaat Marvin tunduk membongkok hendak membetulkan hanger pakaian ganti di lokarnya, tiba-tiba bunyi ketukan kedengaran pada lokar di sebelahnya.

Tersentak kerananya Marvin kembali berdiri tegak. Bila dia pandang ke tepi tiada siapa, tapi bila pintu lokarnya di tutup dan barulah nampak siapa yang mengetuk tadi.

Dia pandang dengan muka terkejut dan hairan pada masa yang sama.

"Master Alfa..."panggilnya sempat mengerling kanan dan kiri. Para pelajar lalu lalang di depan mereka waktu itu. Dah kenapa lelaki ni ada di sini?

"Sendiri aje hari ini?"Alfareeze berpakaian serba biru royal tradisional pada hari itu memandang Marvin menanti jawapan darinya.

Huh?Maksud sendiri yang macam mana tu?Sendirian tidak berteman atau tidak bersama dengan Darrius? "Uhm..nampaknya begitu."beritahu Marvin sedikit tidak pasti hendak menjawab apa.

"Di mana Darrius?Bukan ke kamu sering bersama dengan dia di akademi ni?Hari ini tiada pula?"

Marvin mengangguk kepala. "Ya. Hari ni Darrius ada urusan yang perlu diselesaikan. Jadi dia cuti dari menghadiri akademi."Ada apa sibuk bertanya ni?

"Ke mana?"

"Butik baju. Darrius perlu menukar uniform dia. Disebabkan uniform akademi ini adalah custom made, dia perlu ukur baju di kedai biasa pihak akademi berurusan."jelas Marvin dengan patuh kerana depannya ini adalah master. Kalau rakan sebaya memang tidaknya dia mahu menjawab dan memberi penjelasan.

Alfareeze sekadar mengangguk kepala selepas itu. Lelaki itu tidak bertanya lebih lanjut malah terus pamit meminta diri. "Okay. Kamu teruskan apa saja yang kamu lakukan tadi. Jumpa di kelas memanah nanti."

Ha?Macam itu aje?

Mahu tak mahu Marvin tunduk menghantar Alfareeze pergi dari situ. Walaupun jarak usia tidak jauh beza, pangkat yang dimiliki oleh Alfareeze masih tetap membuatkan Marvin hormat. Dia tenung belakang badan lampai Alfareeze telah lelaki itu menjauh dengan kehairanan. Dah kenapa?

Sejurus itu Marvin kembali menyambung kerjanya. Dia bercangkung pula untuk ke rak bawah sekali di lokarnya. Kasut khas aktiviti luar dan kasut biasa aktiviti dalam di ambil lalu di susun tegak dengan cantik.

Sekali tu...

"Ehem.."

Suara orang berdehem pula kedengaran.

Masih bercangkung, Marvin pun menoleh ke kiri kerana perasan ada yang berdiri di situ. Bila dia mendongak, muka serius Putera Eilian dan Ricardo yang bertopeng mulut dipandangnya.

Apa pulak kali ni?

"Tuanku.."sapa Marvin sambil bangun dari cangkungnya dan menghadapkan badan dia kepada mereka berdua. "Ricardo...ada apa kalian datang ke sini?"

Mata Putera Eilian menilik sekitar Marvin sebelum dia menyeluk tangan ke dalam poket seluar. "Maaf kerana menganggu. Seorang diri aje??"

Hah?Marvin semakin bingung.

Tak adalah!Tengah berdiri dengan hantu , toyol, Annabelle ni hah!Tak nampak?Ditanya lagi sendirian ke tidak. Memangnya dia sedamg berdiri dengan siapa di sini!?

Kenapa orang sibuk bertanya soalan yang sama sejak tadi ni? Tidak rakannya, tidak musuh Darrius sendiri dan sekarang si pembuli yang cuba hendak menyusahkan Darrius.

"Ya...sendiri."belakang telinga yang terasa gatal di garu kekok. "Ada yang saya boleh bantu ke?"

"Tiada. Sekadar hendak bertegur sapa. Yalah. Biasanya kamu bersama dengan Darrius. Hari ini tiada pula kelibatnya di dalam kelas. Sebagai ketua kelas saya perlu pastikan kesemua rakan sekelas menghadirkan diri."

Lain macam aje cara bertanya tu?

"Ohh...ya tak ya kan. Darrius tidak hadir ke akademi hari ini kerana Darrius perlu ke butik pakaian untuk mengukur baju buat uniform nanti."beritahu Marvin.

"Ukur baju?"

Yalah. Apa yang pelik sangat?

Marvin mengangguk. Dia sempat mengerling ke Ricardo di belakang Putera Eilian. Yalah...siapa aje yang ada mata mesti akan pandang. Memangnya kenapa lelaki itu sering bertopeng?Ada cacat cela diwajah yang perlu disembunyikan ke?Tak banyak bercakap pulak tu. Misteri...misteri.

"Ya...di butik biasa kita kalau mahu menempah pakaian akademi."

Putera Eilian mengangguk-angguk.

. "Iya ke...baiklah kalau begitu. Terima kasih kerana memberitahu. Mungkin lain kali kamu boleh pesan kepada Darrius agar memaklumkan lebih jika tidak dapat hadirkan diri."pesan Putera Eilian dengan mesra.

"Baik tuanku."angguk Marvin.

"Teruskan kerja mengemas kamu tu. Saya minta diri dulu."

Ricardo sempat memandang ke Marvin apabila Putera Eilian berpaling pergi dari situ. Setelah itu dia ikut sama berpusing pergi dari situ.

"Ya.."tunduk Marvin sekali lagi. Dia perhatikan langkah dua orang itu bersama kening berkerut tidak mengerti.

Hairan dia dibuatnya.

Bila Darrius ada di depan mata mahunya hendak disakitkan aje hati orang tu, bila tiada tahu pula sibuk hendak mencari.

Macam-macam hal betul.