webnovel

Kisah Seorang Wanita

"Salahkah aku lahir ke dunia ini untuk menjadi seorang wanita biasa yang disayangi dan di cintai oleh keluarga dan insan yang aku sayang."Humra Dzhiniyah.☺️

Syaz_Nafisa · Urban
Not enough ratings
8 Chs

Bab 5

(Sekarang)

Ara bangun dari tidur selepas dipukul oleh ibu petang tadi.

" Kruk..kruk , aduh laparnya perut aku, nak makan dah pukul 12 malam mak lansung tak kejut aku makan. Ha aku tak kira nak pergi makan juga sakit nau perut aku ni." bisik hati Ara.

Ara bangun dan pergi ke dapur untuk ada lagi makanan yang boleh dimakan tengah malam ni.

"Harap-harap ada le makanan"

Sesampai dia di dapur , dia membuka tudung salji dan melihat tiada satu pun makanan yang ditinggalkan untuk dia. " Dahlah badan tengah sakit lepas kena pukul makanan pula takde diorang tinggalkan, diorang ni memang kejam, aku benci korang "

Ara terus jalan laju masuk dalam bilik dan tidur semula untuk hilangkan sakit kepala dan perut.

Keesokan pagi nya Mak Midah mengejut Ara bangun untuk membantu dia di dapur.

"Ara bangun matahari dah nak naik ni tak elok anak dara bangun lewat."

"Kejap lagi le orang bangun tak larat ni".

"Kamu jangan nak mengada-mengada dah cepat bangun, kalau tak mak panggil ayah kejut kamu."

"Ye mak,kejap nak mandi."

Selesai mandi, Ara keluar dari bilik dan terus pergi ke dapur untuk membantu Mak Midah.

"Kenapa lembab sangat kamu buat kerja ni mak yang dah tua pun cepat buat kerja".

"Badan orang sakit lah mak kan semalam mak pukul orang."

"Alah setakat yang sikit tu lemah macam ni tu le sape suruh mulut tu kurang ajar sangat kan dah kena".

"Dahlah mak orang penatlah Ara nak pergi baring jap semua dah siapkan, orang pergi dulu eh".

"Itu le kamu ada je benda nak mengelat dari kena buat kerja cuba kamu jadi kakak dengan abang kamu apa yang mak suruh semua diorang buat.Kamu ni memang dari dulu sampai sekarang memang tak nak berubah betul apa yang abang kamu cakap dekat kamu ni keras kepala."

Ara buat tak endah dan terus berlalu pergi ke biliknya.