webnovel

Kekasih hati

Mengisahkan tentang seorang gadis yang masih bersekolah yang bernama arnis yang sudah move on daripada bekas kekasihnya iaitu amin tetapi bekas kekasihnya masih belum move on dan suatu hari datang jejaka kacak yang bernama aiman menyukainya, jejaka kacak itu juga merupakan kawan baik kepada bekas kekasihnya .Adakah Arnis mahu menerima aiman sebagai kekasihnya barunya?

Adiknovel_2136 · Teen
Not enough ratings
21 Chs

Pindah atau tidak

Pada keesokan harinya, pada waktu rehat aiman pergi berjumpa amri di belakang Sekolah untuk meminta maaf,aiman tidak akan berputus asa terhadap amri walaupun amri selalu menolak mohon maafnya.Apabila sampai dibelakang sekolah aiman melihat amri keseorangan sambil menghisap rokok, dia pergi ke arah amri dan membuang rokok yang dihujung mulut amri dan mematikan rokok itu.

"Kau carik gaduh ke?"kata amri dengan marah.

"Aku datang sini nak mintak maaf dekat kau."balas aiman dengan memberi botol mineral kepada amri.

Amri membuang botol mineral itu dan memijak botol itu"aku dah cakap kan aku takkan maaf kan kau dan aku tak nak tengok muka kau lagi kau Sekolah ni,aku rasa lebih baik kau pindah je dari sekolah ni."kata amri

"Aku boleh pindah asalkan kau maafkan aku."jawab aiman

"Okey."balas amri

"Baiklah esok aku akan pindah dari sekolah ni."kata aiman.

"Jangan lupa janji kau n lagi satu aku takut je bapa kesayangan kau tu datang jumpa aku untuk suruh aku yang pindah sama macam kejadian dua tahun lepas."kata amri dengan nada yang kejam dan terus pergi dari situ.

Imbasan tahun lepas

Lepas kejadian berita tentang anak pengetua terkaya memukul seorang pelajar tersebar ,Bapa aiman terus pergi berjumpa bapa saudara amri.

"Encik saya ingin encik memohon maaf di publik online sebagai tanda anak pengetua tidak bersalah dan mengata vid itu bukanlah hal yang sebenar. Dan akhir sekali pengetua berkata bahawa encik dan anak saudara encik harus berpindah dari kota ini pada hari esok."kata asisten bapa aiman

"Anak itu yang salah kenapa anak saudara saya yang kena minta maaf."kata bapa saudara amri

"Harap encik bertenang ,ini adalah papasannya bernilai rm100ribu."kata asisten itu sambil menghulur duit di dalam sampul surat.

Bapa saudara amri mengambil duit didalam sampul surat itu,kejadian itu dilihat oleh amri.Amri berasa sangat marah kerana bapa kawan baiknya merasuah pakcik saudaranya untuk menutup kes ini.Dia berfikir bahawa aiman akan berjumpanya untuk meminta maaf tetapi tidak malah merasuah pakciknya.

Dia berasa marah kepada aiman ,dia berkata dalam hatinya"aku tak akan maafkan kau sampai bile-bile."bisik amri dalam hati.Pada keesokan harinya amri berpindah tanpa pengetahuan aiman.

~

~

~

Selepas amri beredar aiman pun beredar dari situ.

Di kantin sekolah

Arnis sedang makan bersama alya dan myra ,ain dan aten tidak dapat makan bersama kerana mereka sibuk dengan tugas yang perlu mereka siapkan.

Amin yang nampak Arnis sedang makan dikantin terus pergi membeli air kotak kesukaannya dan pergi duduk di sebelah Arnis.

"Arnis."tegur amin

Arnis hanya mengabaikannya dan terus menikmati makanannya.Amin melihat Arnis mengabaikannya dia berasa tidak puas hati tetapi dia tidak berputus asa dan dia memberikan air kotak kesukaan Arnis kepada Arnis.Arnis mengambil air kotak itu tanpa berkata-apa.

"Kau buat apa duduk dekat sini."kata myra dengan perasaan geram.

"Suka hati aku lah nak duduk mana."balas amin.

"Dasar pendatang tanpa undangan."kata alya dengan suara perlahan tetapi didengar oleh amin."Apa kau kata."marah amin.

"Eh betul lah."kata myra.Mereka bertiga bergaduh disitu sampai menarik perhatian ramai orang dan membuat Arnis tidak senang makan.

"Dah cukup!" kata Arnis dengan kuat sambil menghentak meja menggunakan tangannya

Mereka semua terkejut sampai membuat suasana disitu menjadi sepi."kau ni amin banyak sangat waktu ke sampai nak buat masalah kat sini?"kata Arnis dengan nada yang marah.

"Aku cuma nak bagi air kotak kesukaan kau je."balas amin.

Arnis terus bangun dari tempat duduk itu"alya myra jumpa pergi dari sini."kata Arnis sambil memegang mangkuk

Mereka bertiga pun beredar dari situ dan suasana dikantin itu pun menjadi normal semula.