webnovel

Kekasih hati

Mengisahkan tentang seorang gadis yang masih bersekolah yang bernama arnis yang sudah move on daripada bekas kekasihnya iaitu amin tetapi bekas kekasihnya masih belum move on dan suatu hari datang jejaka kacak yang bernama aiman menyukainya, jejaka kacak itu juga merupakan kawan baik kepada bekas kekasihnya .Adakah Arnis mahu menerima aiman sebagai kekasihnya barunya?

Adiknovel_2136 · Teen
Not enough ratings
21 Chs

Pendatang baru

Krikkkk

Krikkkk

Krikkkk

Loceng berbunyi menandakan sudah abis waktu rehat dan murid harus masuk ke kelas untuk memulakan sesi pembelajaran.Selepas waktu rehat adalah kelas cikgu Ros yang mengajar Matematik.Kelas 5 Sains kelihatan agak bising kerana pada waktu itu cikgu Ros masuk agak lambat sedikit kerana sedang mengurus hal penting.Sebaik saja cikgu Ros masuk ke kelas itu, semua murid diam dan Aiman sebagai ketua kelas mengucapkan selamat pagi kepada cikgu ros lalu semua murid mengikut.

"Selamat pagi semua dan silakan duduk"kata cikgu ros dengan nada yang lembut.

"Terima kasih,cikgu"jawab semua murid kelas 5 sains.

"Okey harini kita ade pelajar baru yang akan masuk ke kelas kita"kata cikgu ros

"Siapa perempuan ke lelaki?"

"Kalau perempuan cantik tak?"

"Tinggi ke rendah?"

"Gemuk ke kurus?"

Terlalu banyak sangat soalan yang di tanya oleh semua murid 5 sains sehingga cikgu ros tidak tahu mahu menjawab yang mana.

"Bawa bertenang semua pelajar.Silakan masuk pelajar baru."

Sebaik saja pelajar baru itu masuk sebahagian murid terdiam sebahagian murid lagi hanya melihat.

"Sila memperkenalkan diri awak."kata cikgu ros sambil memandang pelajar baru itu.

"Hai semua,nama saya Nurul Balqis awak semua boleh panggil saya Balqis.Salam perkenalan."

"What happen at this world,u look very beautiful."Jawab seorang pelajar dari geng Amri.

"Balqis awak boleh duduk disebelah meja Zarif."kata cikgu ros dengan menunjuk tempat duduk Zarif.

Meja duduk Balqis adalah diantara Zarif dan Aiman.Selepas cikgu ros menunjuk tempat duduk Balqis,Aiman berkata dalam hati "Macam aku kenal budak ni tapi kat mana eh?Oh ye tadi masa waktu rehat aku ada terlanggar budak baru tu"

10 minit lalu,

Aiman yang bergerak lebih laju kerana dia terkejut yang Arnis berada disebelahnya semasa di koperasi akibat bergerak lebih laju Aiman terlanggar seorang pelajar perempuan yang tidak pernah dia nampak.

"Eh mintak maaf saya tak sengaja."kata aiman sambil mengaru kepalanya.

"Tak mengapa,lagi pun awak tak sengaja."jawab pelajar baru itu

"Awak ni pelajar baru ke?Sebab saya tak pernah nampak awak dekat sekolah ni."tanya Aiman.

"Haah ye saya pelajar baru disini."jawab pelajar baru itu sambil tersenyum.

"Ouh.Awak nak pergi ke pejabat sekolah ke?"tanya aiman lagi

"Haah."

"Biar saya antar awak dekat pejabat sekolah sebagai tanda maaf"kata Aiman

"Eh tak apa,saya tahu jalan hendak pergi ke pejabat.Kalau awak cakap begitu sebagai tanda maaf apakata awak belanja saya minum lain kali?"jawab pelajar baru itu.

"Boleh je."jawab aiman sambil tersenyum

"Hai awak pelajar tadi yang terlanggar sayakan?"kata Balqis apabila dia ternampak Aiman duduk berdekatannya.

"Haah"jawab Aiman tersasul-sasul.

Arnis yang perasan bahawa Aiman berborak dengan pelajar baru itu membuat dia berasa cemburu tetapi dia tidak menyedari bahawa dia cemburu melihat mereka berdua.Arnis pun mencubit tangan Aiman untuk menghentikan berbual mereka.

"Ouch,sakitlah.Kenapa ni?"bisik Aiman di telinga Arnis.

"Awak kenal dia ke?"tanya Arnis kepada Aiman.

"Taklah,tadi saya terlanggar dia masa rehat"terang Aiman kepada Arnis

"Ouh."kata Arnis sambil memandang muka Balqis.

"Nak tanya tu tak payah lah sampai cubit,sakit tau tak."kata Aiman sambil menjeling Arnis.Arnis membalas dengan senyum manis kerana tidak tahu ingat berkata apa.

"Awak cubit sebab awak jealous eh?"perli Aiman sambil ketawa.

"Eh tak de maknanya,siapa tah nak jealous.Dah lah,fokus tu cikgu Ros dah nak mula sesi pembelajaran."jawab Arnis yang ingin mengelak daripada disoal siasat.

"Tak nak mengaku ye sudah."kata Aiman sambil mengeluarkan buku subjek matematik.

Balqis berasa sangat marah apabila melihat mereka berdua kerana Balqis sudah jatuh cinta terhadap Aiman dan dia ingin Aiman menjadi miliknya selamanya.

"Awak Zarif kan?"tanya Balqis kepada pelajar yang duduk disebelahnya.

"Haah,kenapa?"jawab Zarif

"Nak tanya,mereka berdua yang duduk sebelah meja kita ni bercinta ke?tanya Balqis dengan menunjuk jarinya ke arah Aiman dan Arnis.

"Ouh dia orang tu baru je kenal tapi dah rapat,lelaki tu namanya Aiman yang perempuan tu namanya Arnis.Kalau nak tau yang Arnis ni budak hot dekat sekolah kite ramai yang minat kat dia,lelaki yang duduk belakang sekali tu dia punya bekas pakwe,nama dia Amin.Amin tu masih suka lagi dekat Arnis dan dia cuba nak dapatkan balik Arnis uh jadi milik dia.Kalau nak cakap Aiman dengan Arnis tu bercinta tak mungkin lah sebab Arnis baru je kenal dia lagipun Aiman tu juga budak baru tahun ni.Ada nak tanya apa-apa lagi? terang Zarif kepada Balqis dengan bersuara perlahan.

"Ouhhh,dah tak nak tanya apa-apa,nak tau tu je."kata Balqis sambil tersenyum dalam hatinya dia berkata "kalau macam tu senang aku nak dapatkan Aiman tu."