webnovel

Kekasih hati

Mengisahkan tentang seorang gadis yang masih bersekolah yang bernama arnis yang sudah move on daripada bekas kekasihnya iaitu amin tetapi bekas kekasihnya masih belum move on dan suatu hari datang jejaka kacak yang bernama aiman menyukainya, jejaka kacak itu juga merupakan kawan baik kepada bekas kekasihnya .Adakah Arnis mahu menerima aiman sebagai kekasihnya barunya?

Adiknovel_2136 · Teen
Not enough ratings
21 Chs

Inspektor hensem datang sekolah

Selepas beberapa jam telefon amri berbunyi

Bit bit bit

Itu adalah panggilan daripada orang yang amri telefon tadi.

"Amri aku dah siasat memang budak perempuan tu yang letak kotak tu bawah meja Arnis."kata orang itu tersebut.

"Ha okey."

"Arnis abang keluar sekejap."

"Nak pergi mana,abang dah jumpa ke siapa orang yang letak kotak tu bawah meja Arnis."

Amri hanya mengangguk kepala dan terus keluar dari rumah itu.

Keesokan arinya

Di pejabat guru

Semasa cikgu Rose ingin masuk ke kelas 5 sains untuk mengajar guru besar dan seorang lelaki yang hensem datang berjumpa dengan cikgu Rose, "Cikgu Rose ni saya kenalkan dia adalah polis yang akan memantau kelas cikgu akibat kes buli yang berlaku disekolah kite tahun lepas. " kata guru besar sambil tersenyum. "Hai saya inspektor Haris yang akan bertugas untuk memantau kelas cikgu sehingga akhir tahun,sila beri Kerjasama"kata inspektor Haris.

Cikgu Rose yang terpegun melihat kehenseman inspektor itu sehingga terlalai apa yang di kata kan oleh inspektor itu. "Cikgu,cikgu,cikguu"kata inspektor haris itu yang ingin menyedarkan cikgu rose daripada termenung. "Ha ye,maafkan saya,saya cikgu Rose guru kelas tingkatan 5 Sains " kata cikgu rose dengan malu. "Hensem sangat sampai terpukau jadinye,HAHAHAH." Kata guru besar sambil ketawa. "Jom saya tunjukkan kelasnya"kata cikgu rose.

Semasa cikgu rose menunjukkan arah ke kelas 5 Sains , inspektor haris cuba untuk tidak menkekok suasana dengan bertanya cikgu rose "Cikgu dah lama ke bekerja dekat sini?" Eh tak da lah saya baru sahaja setahun setengah dekat sini" balas cikgu Rose ."Ohh,cikgu dah berkahwin ke?" tanya inspektor Haris lagi."Saya belom pernah berkahwinlah,saya nampak macam dah tua ke?"jawab cikgu Rose sambil ketawa kecil. "Eh tak de lah,mana tau dah kahwin,yelah cikgu kan cantik tak kan lah belum berpunya."balas inspektor Haris. "Saya cantik ke? Yang awak ni dah berpunya ke mana tau nanti isteri inspektor cari saya sebab kacau suami dia." Tanya cikgu kepada inspektor Haris. "tak de lah saya bujang lagi tak de sesiapa yang nak saya dan lagi satu tak payah lah panggil saya inspektor panggil saya haris dah cukup" balas inspektor Haris. "Ouh,ingat dah berpunya,baiklah saya akan panggil awak Haris .Kita dah sampai kelas 5 Sains ni kelasnya." Kata cikgu Rose.

"Assalamualaikum kelas" beri salam cikgu Rose kepada murid kelas 5 Sains. "Waalaikumusalam cikgu Rose" jawab murid 5 Sains. "Uuuuu,cikgu bawak teman lelaki cikgu lah" kata Aten kepada cikgu rose. "Saya dah boleh tempah baju untuk pergi majlis lah ni"kata Arnis yang cuba bergurau dengan cikgu Rose. "Wah wah wah,gurau kasar eh Arnis" balas cikgu Rose sambil tersenyum. "Apa salahnya kalau jodoh" gurau inspektor haris sambil tergelak. "Sudah-sudah berhenti bergurau.Ni cikgu kenalkan ni inspektor Haris yang akan memantau kelas kita akibat kes buli yang berlaku di sekolah kita pada tahun lepas."kata cikgu rose.

"Hai inspektor haris selamat berkenal ,hep hep hep"kata aten sambil membuat lawak.Satu kelas itu ketawa dengan tingkah laku aten.