webnovel

Kekasih hati

Mengisahkan tentang seorang gadis yang masih bersekolah yang bernama arnis yang sudah move on daripada bekas kekasihnya iaitu amin tetapi bekas kekasihnya masih belum move on dan suatu hari datang jejaka kacak yang bernama aiman menyukainya, jejaka kacak itu juga merupakan kawan baik kepada bekas kekasihnya .Adakah Arnis mahu menerima aiman sebagai kekasihnya barunya?

Adiknovel_2136 · Teen
Not enough ratings
21 Chs

Adik-beradik kembar

Balqis berasa sangat takut pada waktu itu,dia tidak sangka perkara ini akan berlaku.Selepas beberapa minit balqis memohon maaf kepada Arnis dia berkata didalam hatinya"alamak macam mana ni, ha aku ade idea"bisik hatinya

"Bukan macam tu,sebelum tu aku nak mintak maaf sebenarnya aku ternampak kotak tu depan meja kau,aku baca kotak tu daripada aiman,aku ingat aiman nak kasik dekat kau lepas tu aku letak lah bawah meja kau."kata balqis yang ingin menyelamatkan diri dalam hatinya"kali ni kau terselamat Arnis kau tunggu ari lain."rungut balqis dalam hatinya.

"Aiman hari ni datang sedikit lambat tak mungkin lah aiman yang kasik kotak tu."kata ain.

"Dah lah kita tutup jer lah kes ni,aku tak nak hal di besar-besar kan."kata Arnis sambil melihat jam dinding yang menunjuk kan sekejap lagi sesi pembelajaran akan bermula.

"Amri tak datang lagi ke?"tanya Arnis kepada semua pelajar 5 sains.

"Belum sampai lagi"jawab salah seorang pelajar.

"Huh nasib baik dia tak datang lagi kalau tak lagi teruk keadaan ni"geluhnya

Dia berasa sedikit gembira kerana amri belum sampai lagi ke kelas.Kalau amri ade waktu itu pasti masalah ini akan menjadi lagi besar walaupun sebenarnya hal ini adalah hal yanh kecil.Sebenarnya Amri dan Arnis adalah kembar tidak serupa Amri adalah abang manakala Arnis adalah adik.Semasa kecil ibu bapa mereka bercerai Amri mengikut ibunya manakala Arnis mengikut bapa mereka.

Semasa umur amri mencecah 6 tahun ibu mereka meninggal dunia oleh itu amri dijaga oleh bapak saudara nye.Mereka bertemu kembali pada tahun lepas.Arnis sangat gembira dapat bertemu abang kembarnya Arnis tidak tahu mengapa abangnya berpindah semula dengan mereka.Walaupun mereka adalah adik-beradik tetapi mereka mempunyai sifat yang berbeza selepas meningkat dewasa.Amri yang dulu baik sekarang adalah ketua gangster Arnis tau pasti ada sebab tertentu mengapa abangnya yang dulu baik sekarang berubah menjadi gangster Arnis tidak mahu menanya tentang kisah silam abangnya.Dia tidak kesah jika abangnya adalah ketua gangster.

Hubungan adik-beradik mereka tidak diketahui oleh sesiapun yang berada didalam sekolah itu termasuk kawan baik.Mereka juga kurang menegur di sekolah kerana takut hal ini akan terbongkar.

"Arnis awak okey tak?"tanya aiman yang melihat Arnis sedang mengelamun.

"Okey-okey"jawab Arnis sambil tersenyum.

"Kenapa awak tanya tentang Amri dah datang ke belum?" tanya aiman

"Tak ada apa-apa"jawab Arnis dengan menggeling kepala.

"Ouh okey"balas aiman

Selepas bunyi loceng berbunyi amri dan gengnya masuk ke kelas.Semua orang didalam kelas itu takut akan dengan amri kecuali kawan Arnis,Arnis aiman dan balqis.

"Asal bersepah kelas ni?" kata amri dengan nada suara seperti harimau yang ingin memakan mangsanya sambil menyepak kerusi yang menghalang laluannya.

"Ta ta tadi Arnis."kata pelajar yang dekat dengan amri dengan berkata tergagap gagap.

Belum sempat pelajar itu menghabiskan ayatnya Arnis menyampuk.

"Tak de apa-apa pun."sampuk Arnis

Amri yang melihat adiknya kelihatan seperti menyembunyikan sesuatu pun memandang dengan tidak berpuas hati sambil berjalan ke arah tempat duduknya.