webnovel

Vol.1 Kejadian buruk berlaku

Sedang memandu Motorsikal miliknya,Chi mendengar lagu Melalui Earphone sambil mengangguk-angguk kepala mengikut rentak muzik yang didengarinya.

Dan Secara tiba-tiba van berwarna gelap memintas jalan dengan begitu laju sampai Chi hampir Hilang kawalan terhadap motorsikal Miliknya.

"p******...punya driver!!!! kau ingat ini jalan bapak kau kah,kau bawak laju laju"

walaupun Dia Tahu suara dia tak didengari,tapi sebagai manusia biasa,memang lumrah untuk memaki bila ada kejadian yang buat kita marah.

setelah Marahnya surut sedikit,Chi mula memandu semula motorsikal miliknya.

.................

setelah memandu untuk beberapa ketika,Chi Sampai ke Destinasi yang ditujuinya.

dia membunyikan Hon MotorSikal miliknya untuk memberitahu Pak Kordi yang dia suda Sampai.

Pak Kordi keluar melihat dari Jandela rumahnya.

"Sampai pun Kau Chi....daa naik bosan saya kena tanya orang kampung pasal tu parang diorang tempah tu."

"Adehh...baru sehari lewat Pak...tak kanlah tu pun x boleh?" keluh Chi.

"Biasalah....parang baik.siapa x sabar nak guna..hehe" sambil ketawa sinis pak kordi turun menuju ke bawah rumahnya.Pak Kordi merupakan ketua Kampung di kawasan beliau,dan juga pelenggan tetap Chi atau lebih layak dipanggil penjual tetap Parang hasil Tangan Chi.orangnya daa berusia 60 Tahun tapi masih Sasa dan tak menampakkan sedikit pun Pergerakkan orang seusia dengannya melainkan kulit badannya yang penuh dengan kedutan.

"Limah,buat kopi dulu.antar sini.." jerit pak kordi dekat isterinya.

"baiklah Bang..." jawab isteri Pak Kordi.

"Arh...Chi,mari duduk sini kita cerita cerita sambil minum kopi sebelum kau balik."

Chi melihat sambil tersenyum melihat gelagat Pak Kordi.Dia duduk di meja bawah rumah Pak Kordi...manakala Pak Kordi pula Periksa Parang parang yang diletakkan oleh Chi di atas meja itu.

..........

Petang jam 4.00

"Oklah Pak Kordi,Mama saya pun daa sampai rumah tu.Adik Saya Alice nak jumpa Katanya.Hairan betul dengan budak tu...padahal hari hari pun Video Call.pening kita..."

kata chi Sambil Periksa Mesej yang masuk di What apps nya.

"alaaaa....baru nak cerita pasal Politik,kacau daun betullah."Pak kordi sambil buat buat muka Kecewa.

Chi Cuma mampu tersenyum melihat karenah orang Tua tu.Dia Tahu,Pak Kordi cuma Mahu ada Pendengar,dan tak mahu orang lain bercerita melainkan dia seorang.Tapi Bagi Chi benda tu biasa.Kena kena lagi cuma Dia seorang Sahaja yang melayan karenah orang tua itu.

Secara Tiba-Tiba Mereka berdua terdengar Suara Perempuan menjerit.

"Tolong...Tok.!!!Tolong...anak Saya..!!!"

secara serentak Pak Kordi dan Chi Melihat di Pintu Pagar dan Melihat seorang perempuan pertengahan usia berjalan terhuyung-ayang menuju ke arah mereka.kepalanya dipenuhi darah pekat.

"Ija..!! kenapa dengan kau"

belum sempat Pak Kordi Menanya hal yang berlaku,isterinya duluan tanya sambil lompat dari atas pintu rumah mereka,menuju ke arah perempuan bernama ija itu.

"Tolongggggg sayaa .......anakkkkk...sayaa...!!"

Ija menangis sambil menjerit jerit Macam kerasukkan.

"kenapa dengan Anak Kau ija" Pak Kordi bersuara dengan muka yang serius sebab dia tahu ada benda buruk sedang berlaku.

"Anakkkkk...sayaa.....ada orang culik anak saya....isk..isk..."

tangisan Ija semakin kuat.

"siapa yang culik.....bagitahu cepat"gesa pak Kordi

"saya....tak kenal dorang Tok..huhuuhuuu...dorang pa..kai To...peng....huhuhu....."

"Dorang naik kereta atau moto....??"

"Van Hitam Tok....huhuhuuu...dor...ang la..ri ik..ut jalan be...sar tok....huhuhuuuu"

Chi Yang mendengar Van Hitam tu,terkejut sebab dia kenal Van itu.sebab Van tu yang hampir menyebabkan dia kemalangan sebentar tadi.

"Pak Kordi...saya kenal Van tu.Vap tu yang Hampir langgar saya tadi."

"persetan punya manusia.berani dia buat hal di kampung saya...!"

laung Pak Kordi Sambil berlari naik ke atas rumahnya ambil Parang Pusaka dia sambil menyuruh Chi Pandu MotoCross miliknya sebab untuk mengejar Van tu,mereka kena Ikut jalan singkat di kawasan bukit.itu sahaja peluang mereka untuk mengejar Van itu.Tanpa buang masa Chi pandu motor Pak Kordi dengan laju .Pak kordi yang sedang marah duduk belakang tanpa bersuara dan cuma ikut gerak geri Panduan Chi.

Orang kampung Yang yang melihat pak Kordi dengan Chi Naik motor semua bangun kebinggungan dan ada di kalangan dorang berlari ke rumah Pak kordi untuk dapatkan kepastian dari isteri beliau....

Orang kampung yang mengetahui hal yang terjadi itu pun terus berlari ke rumah masing masing ambil parang dan Ada sesetengah dari dorang membawa senapang buatan sendiri dan mengejar di belakang Pak kordi.walapun ketinggalan agak jauh di belakang dorang tahu,kemungkinan besar pak kordi memerlukan bantuan dari mereka.