webnovel

Kau Ingin Kumiliki

perjalanan Aron ingin mendapatkan hati wanita pujaannya sejak kecil ,Aira . mereka telah berpisah setelah SPM dan kini Aron cuba meluahkan perasaannnya akan tetapi Aron menghadapi pelbagai dugaan untuk mengejar cintanya. Aron tetap berusaha untuk mendapatkan cintanya yang telah lama beliau pendamkan

NiceDwish · Teen
Not enough ratings
2 Chs

                  Kau Ingin Kumiliki

Kriiiinnggg!!!! Loceng berbunyi menandakan habis waktu ke 6. Semua murid berdiri mengucapkan 'Terima kasih Cikgu !!' .semua murid bersedia untuk mata pelajaran seterusnya.

Aron datang ke meja Aira lalu berkata Aira ko dh siap kerja Sains haritu?

'Dah, kenapa?' kata Aira

Tengok sikit, nk buat revision

Aira mengeluarkan buku notanya lalu bagi ke Aron dengan berkata 'cepat sikit nanti aku nak guna'

. Aron tersenyum dengan berkata ' Thank you'. Aron pun balik ke mejanya.

Beberapa minit kemudian , Seorang murid masuk dengan berkata 'Aron dan Aira, Cikgu Ainun nak jumpa korang di bilik pengawas'

Aron dan Aira mengemas barangnya dan minta kebenaran untuk keluar lalu keluar kelas. Aron keluar dengan hairan lalu bertanya pada Aira

We Aira agak-agak cikgu panggil sebab apa?

Aira menggelengkan kepalanya lalu berkata ' No idea'.

'Haa!!! Mesti nak cakap pasal kau ngan Faiz , habis lah kau' kata Aron dengan nada sindiran

Aira pun berkata ' Kalau macam tu apa kaitannya dengan kau, baik cikgu panggil aku ngan Faiz'. Aira pun mengelamun memikirkan Faiz

' Aik kacau sikit pun tak leh ke? Sebenarnya apa dah jadi korang ni , kejap baik kejap gaduh? Aku pulak yang pening' kata Aron yang keheranan

Aira membalas ' entahlah , aku rasa macam nak break je dengan dia'.

Aron bertanya mengapa Aira mahu break dengan Faiz.

Aku pun tak tau lah mungkin dah tawar hati kut, lagi pun kita ni lagi beberapa bulan je nak habis sekolah, pastu nanti tak jumpa dah. Daripada dia sedih sebab aku baik aku break dengan dia awal-awal' jawab Aira

'Haih , complicated jugak korang punya relationship ni, tengok aku single je lagi..' Kata Aron sambil tersengih-sengih.

'Yeke tipu ah , dulu kau budak paling playboy kut yang aku kenal, kadang-kadang 2 tahun sekali tukar girlfriend ' kata Aira dengan curiga.

Aron pun membalas ' Yeee , itu Aron yang lama ,waktu tak matang lagi. Ini Aron yang dah besar,dah malas nak couple-couple ni , hanya mampu crush .

'Wee!!! Tak bagi tau pun yang kau dah ada crush. Share lah sikit siapa crush kau mana tau aku boleh tolong kau dapat kan crush kau tu' mohon Aira.

'Nononono, kau ni bukan boleh percaya , dah 3 kali dah rahsia aku kau bocorkan. Kata Aron dengan tegas.

Dengan secara tiba-tiba Aira berdiri di depan Aron menghalang jalan Aron lalu Aira memegang tangan kanan Aron memohon memberitahu crush dia siapa . Aron pun berasa janggal apabila Aira memegang tangan nya , Aira pun tersedar lalu melepas kan tangan Aron. Aira pun meminta maaf lalu bergegas ke bilik pengawas

, Aron yang masih tidak percaya apa yang berlaku memegang tangan kanannya yang menggigil lalu kata ' aku takkan basuh tangan ni ' .

Aira pun menjerit memanggil Aron 'cepat sikit ui!! Cikgu dah tunggu.'

Yelah awak , saya datang ' Aron berkata dalam hati . Dia pun bergegas ke bilik pengawas

Aron dan Aira pun sampai ke bilik pengawas lalu mengetuk pintu dan memberi salam lalu masuk ke bilik cikgu Ainun , Cikgu Ainun pun menjawab salam lalu berkata ' Haih kenapa lama sangat korang nak sampai'

Aron pun membalas ' sorry ah cikgu, tadi jem'

Cikgu Ainun yang heran berkata ' hmm alasan je. Pape je lah , haa meh duduk-dukuk cikgu ada hal nak cakap dengan korang ni.

Cikgu ada projek nak kasi korang ni, Cikgu nak buat Program perpisahan untuk korang and other form 5. Soooo Aira as an Program Planner and Aron as a stage performer. Aron awak boleh lah panggil partner-partner buat lah apa-apa yang awak nak buat, it your stage janji bukan benda-benda yang mengarut sudah. Aira pulak dont worry kalo awak nak idea ke or need any help, Cikgu Ada ape-ape contact je

Aira dan Aron pun mengangguk kepala tanda faham dengan tugas masing-masing

Cikgu Ainun pun mengeluarkan dua kertas kebenaran ibu bapa daripada laci meja nya 'Soo kalau tak ape-ape lagi nah kertas kebenaran ibu bapa , Cikgu harap ibu bapa korang benarkan lah'

Cikgu Ainun pun menukar topic dengan bertanya 'Aira-Aira? Petang ni awak free tak?

Aira membalas dengan tanda tanya ' tak tau lagi Cikgu, kenapa?

'Kalau free, Jom teman cikgu pergi shopping , Ajaklah Ana sekali ke, kalau lagi ramai lagi seronok' kata Cikgu Ainun

'Aii Cikgu ajak kaum hawa je ke? Kaum adam pun nak ikut' sampok Aron dengan nada sindiran

Aira membalas ' Sibuk-sibuk, Girl only , boy-boy pergi main jauh-jauh'

'Biarlah dorang ikut , lagi ramai lagi best ' kata Cikgu Ainun sambil cuba untuk menenangkan Aira

'Alang-alang awak nak ikut, ajaklah Faiz sekali' kata Cikgu Ainun

'OK Cikgu ' balas Aron sambil membuat jari OK

Mereka berdua pun balik ke kelas dan belajar seperti biasa. Setelah beberapa jam, loceng balik pun berbunyi. Sewaktu Aron ingin balik, dia terserempak dengan Faiz

We Faiz petang ni kau free tak?' Tanya Aron

'Tak tau lagi, kenapa?' Balas Faiz yang keheranan

'Tak ada apa-apa cikgu Ainun ajak teman dia shopping, aku malas nak pergi sorang, sooo aku ajak lah kau, mana tau kau free' kata Aron

'Ouh sound nice, kita dua je ke teman cikgu ke ada cikgu lain or other girl?' tanya Faiz yang tertarik dengan plan yang Cikgu Ainun ada kan

'Hmm tak silap aku, kita dua je lelaki yang Cikgu ajak and for the girl tak silap aku Aira and Ana' balas Aron tergagap cuba mengingat kata-kata cikgu Ainun

'Ok lah tu tak ramai sangat, tak sikit sangat. ' Balas Faiz

Mereka pun berpisah .Aron pergi ke parking sekolah, menghidupkan motornya lalu menunggang ia balik ke rumah . Apabila sampai rumah ,parking motornya kemudian masuk ke rumahnya dengan salam. Dia pun mandi,solat lalu baring di atas katilnya empuk .Terdetik dalam hatinya

Haaah penatnya harini, rasa macam malas je nak pergi outing

Aron pun bangun dari baringnya

Nasib sebab Aira join sekali kalo tak aku rasa macam nak tidoooo je

Aron pun tersenyum tipis teringatkan Aira , tiba-tiba telefon bimbit Aron berbunyi. Aron pun mencapai telefon bimbit , Aira baru sahaja mesej Aron berkata

We Aron , sorry do aku rasa aku tak jadi kut pergi outing. Aku tak ada transport lah ,

Aron pun membalas mesej itu dengan

Alah tak best lah kalau kau tak pergi. Hmmm kalo kau tumpang boleh ak

Aira membalas mesej itu ' boleh kut , jap aku tanya mak aku'

Aira pun keluar dari biliknya ,turun dengan bergegas lalu pergi ke dapur

Mak , ooooo Mak , boleh tak kakak tumpang Aron pergi outing nanti, pleaseee

Mak Aira pun bertanya 'Naik apa kereta ke motor, ade lesen ke tak? '

' Naik motor aaand dah ada lesen' balas Aira

ok fine you can go but…. Jangan balik lambat sangat

Aira pun memeluk mak nya sambil mengucapkan 'terima kasih mak'

Dah-dah pergi siap cepat , nanti kena tinggal baru tau

Beberapa minit pun berlalu Aira pun turun dari tangga sambil menggunakan telefon bimbitnya . Mak Aira daripada dapur pun tiba-tiba menjerit

Aira!!!! Cepat sikit nanti Aron datang. Kena tinggal baru tau

'Ye mak kakak dah siap dah ni , takyah lah jerit-jerit' balas Aira

Ibu Aira pun ke ruang tamu untuk melihat Aira

'Yaaaa Allah.. Cantik nye lah anak mak niii.. Macam nak pergi dating je' kata Mak Aira dengan nada memuji

'Ehh mana ada lah mak, cantik sangat ke kakak pakai?' Kata Aira sambil melihat-lihat pakaiannya

Eh Aron lama lagi ke? Tanya Mak Aira

'Dia on the way' kata Aira

Tiba-tiba kedengaran bunyi motor di luar rumah Aira

"Haaa Aira tu bunyi motor, Aron dah sampai kut" kata mak Aira

Aira pun bergegas ke depan rumahnya lalu meyelak langsir untuk mengintai siapa yang berada di hadapan rumahnya. ternyata ada motor grab di hadapan rumahnya