24 K.C 24

Di lapangan terbang KLIA. Muiz tiba di Kuala Lumpur selepas beberapa bulan membawa diri ke Sandakan, Sabah. Membawa diri dengan kesalahan yang ada. Tapi kali ini, dia kembali dengan harapan dapat perbetulkan apa yang terbelit selama ini.

Telefon miliknya di lihat. Terpampar wajah Stella di skrin telefonnya. Muiz tersenyum, alangkah bahagianya dia bila dapat kembali semula tempat yang penuh dengan kenangan bersama dengan Stella.

Nombor telefon Stella di tekan. Panggilan masuk terpampar di skrin telefon miliknya Stella. Stella mula kebingungan. Lagi sekali panggilan yang tiada nama muncul.

"Aku stress betullah. Kang aku angkat nanti senyap jek. Bukan nak cakap." Butang merah Stella tekan. Sabrina hanya perhatikan dari tempat duduk pemandu.

"Siape call?" Tanya Sabrina.

"Entahlah." Stella malas hendak ambil tahu.

Muiz melihat semula nombor yang di dailnya tadi.

"Aik? Die matikan? Biase angkat. Tak pe, nanti aku call balik." Telefonnya di masukkan ke dalam poket seluar.

Stella mengeluh. Teringat peristiwa sebelum mereka beredar dari hotel tersebut.

"Er... er..." Tuju dengan ragu-ragu mengangkat tangan untuk menegur Stella. Stella menjeling.

"Uish! Garang." Perli Tuju.

"Erm... kau nak cari gadoh lagi ke dengan aku?" Stella memeluk tubuh.

"Tak-tak! Aku... aku..." Stella hanya memandang pelik. Sejak bila mamat ni jadi gagap?

"Aku-aku. Aku ape?" Stella terus membuka pintu kereta tanda mahu lari dari Tuju.

'Come on Tuju apa yang susah sangat nak cakap. Kau just nak minta no telefon je pon.' Bisik Tuju pada dirinya. Tuju mula menghela nafas perlahan.

"Bak phone kau." Tuju menghulurkan tangannya. Stella terkejut. Laju dia memusingkan badan ke arah Tuju.

"Agak kurang sopan ye kau ni. Main mintak-mintak." Marah Stella.

"Untong aku mintak tau kalau aku rembat teros." Kata Tuju.

"Berani rembat? Aku rembat kepale kau nanti."

"Cepatlah phone kau." Tuju masih lagi meminta.

"Eh die ni. Nak buat ape?"

"Aku mintak tu bagi jelah, banyak tanye pulak." Stella menjeling lalu menyeluk tangannya ke dalam poket seluar. Telefon miliknya di keluarkan terus dihulurkan pada Tuju.

"Nah!" Marah Stella.

"Sikit-sikit marah." Tuju rampasnya dengan kasar.

"Orang da bagi tu, ambik la elok-elok." Tuju hanya membuat muka tidak bersalah.

"Cepatlah orang nak balik dah ni." Bebel Stella.

"Nah!" Tuju hulurkan semula telefon milik Stella.

"Thank you and take care." Kata Tuju lalu beredar dari situ. Sampai sekarang Stella masih lagi bingung dengan tindakan Tuju tadi.

"Kau ok beb?" Tanya Sabrina. Stella terus tersedar dari dunia nyata.

"Aku ok." Jawab Stella ringkas.

"Ke lapar?" Tanya Sabrina lagi.

"Sikitlah."

"Kita pergi makan dululah." Cadang Sabrina. Stella hanya mengangguk.

Tuju tersenyum melihat nombor yang di ambil dari Stella tadi. Akhirnya dia dapat juga nombor telefonnya Stella. Tuju terpaksa tebalkan muka untuk memdapatkannya. Walau hakikatnya dia malu.

"kau kenape? Tersenyum-senyum." Tanya Somean. Muka Tuju auto berubah bila tertangkap dengan kawannya.

"Bile?" Tanya Tuju semula.

"Eh die tanye kite balik."

"Saya lagi malas layan sama kamuuuuu..." Tuju terus menutup kepalanya dengan topi.

"Kedekot." Somean sikit pun tiada perluang untuk tahu sebab Tuju tersenyum. MK hanya memerhati.

avataravatar