21 K.C 21

Laju Stella berlari di kawasan koridor hotel. Tuju yang ketinggalan masih lagi mengejar. Sempat Stella menoleh ke belakang sama ada orang tersebut masih kejar ataupun tidak.

Bam!

Stella terlanggar seseorang berhampiran dengan spa membuatkan mereka berdua sama-sama terduduk. K-Deaf mula mengusap bahunya begitu juga dengan Stella.

"Awak ok?" Tanya K-Deaf. Stella terpana sebentar melihat K-Deaf.

"Hellooooo..." K-Deaf masih lagi memanggil sambil melambai-lambaikan tanganya. Stella tersedar dari lamunan.

"Erm?" Stella kebingungan.

"Ok? Sakit mane-mane?" Tanya K-Deaf lagi.

"O-ok... ok. I guess." Cepat-cepat Stella bangun.

Tab! Tab! Tab!

Bunyi tapak kaki mula kedengaran. Stella berlari menuju ke satu tembok. K-Deaf melihat Tuju berhenti selepas kepenatan berlari.

"Fuh! Penat... laju betol la..." Tuju tercungap-cungap. Dia berjalan menghampiri K-Deaf.

Haaaa... haaaa... haaaa...

"Bro!" Tuju memegang bahu K-Deaf. Dia terlalu penat sebenarnya.

"Kau ok tak?" Tanya K-Deaf.

"Kau rase ok ke kalau aku macam ni?" Marah Tuju.

"Alarhh relax la... baru satu pusingan takkan penat." K-Deaf berlawak.

"Banyak la kau punye pusingan!" K-Deaf ketawa bila lihat Tuju marah.

"Kau nampak sape-sape tak lari sini? Pakai hoodie." Tanya Tuju. K-Deaf melihat kiri kanannya.

"Oi!" Panggil Tuju.

"Hah!"

"Kau cari sape?" Tanya Tuju semula.

"Orang yang kau cakap tu lah." Gurau K-Deaf.

Muka Tuju semakin merah.

"Gurau-gurau. Tak-tak aku tak nampak." Jawab K-Deaf selamba.

"Nasib family. kalau tak, da kena da kau ni." K-Deaf hanya ketawa.

"Tak pe la. Aku pegi dulu." Kata Tuju. Dia pun teruskan mecari orang tersebut.

"Goodluck Bro!" Jerit K-Deaf. Tuju hanya mengangkat tangan tanpa menoleh ke arah K-Deaf.

"Jangan nampak aku... jangan nampak aku..." Stella masih berdiri kaku di balik tembok batu tersebut.

K-Deaf menjengah Stella. Dia tersenyum melihat gelagat minah kelam kabut itu. K-Deaf mula menghampiri Stella.

"Takot ke?" Stella membuka mata. Stella sedikit terkejut bila melihat K-Deaf berada betul-betul di hadapannya.

Stella hanya tersengeh.

"Takot? Mane ade takot. Saye ok." K-Deaf tersenyum.

"Saje jek sembunyi kat sini." Tipu Stella.

K-Deaf hanya mengangguk. Dia perasan yang Stella masih memandangnya.

"Kenape?" Tanya K-Deaf. Stella menggeleng kepalanya.

"Tak-tak... ermm, thanks tau tolong tadi." Ucap Stella.

"Bukan awak cakap, awak saje je ke sembunyi kat sini?" Usik K-Deaf.

"Hehehe. Salah-salah. Ape tibe-tibe saye ucap terime kasih pulakkan. Hehehe..." K-Deaf turut ketawa bersama.

"Saye gerak dulu la ye. Tak takot kan?" Tanya K-Deaf lagi.

"Eh tak-tak. Saye berani. Tak pe, tak pe... awak pegi dulu." K-Deaf ketawa lagi.

"Hati-hati ye." Pesan K-Deaf. Dia terus berlalu pergi.

"Jangan risau la... hehehe." Stella melambai sambil melihat sekelilingnya. Takut juga jika orang itu masih ada.

Mata Stella tak berhenti memandang susuk tubuh pria tadi. Dia terlupa untuk menanyakan nama.

"Jodoh aku ke tu?" Stella tersenyum seorang diri.

"Tak payah beranganlah. Bodoh je semue ni." Stella cepat-cepat berlari mencari lift berdekatan.

Sampai sahaja di lift. Butang naik berkali-kali Stella tekan.

"Cepatlah..." Dia melihat kiri dan kanan.

Ting!

Laju Stella memasuki ruang lift. Tapi langkahnya termati bila seseorang menarik cap hoodienya dari belakang.

"Kejap!" Satu suara kedengaran. Stella memandang belakang. Kelihatan Tuju memandang tajam ke arahnya.

"I-i-iye?" Muka Stella mula cuak.

"Kau dari mane?" Tuju membulatkan matanya.

"Ke-kereta." Kaki Stella masih cuba untuk berjalan memasuki ruang lift. Tetapi apakan daya, tangan Tuju menarik hoodienya lebih kuat berbanding kakinya.

"Jumpe tak ape yang di cari?!" Jerit K-Deaf dari jauh. Laju Tuju melepaskan tangannya dari hoodie milik Stella.

Ni lah kesempatan aku! Stella menekan laju butang lift supaya tertutup. Kalau boleh dia tidak mahu satu lift bersama Tuju. Menyakitkan hati!

Tapi nasib tidak menyebelahinya. Kaki Tuju lebih pantas menahan lift dari tertutup.

Mengeluh. Nasib aku lah!

Stella hanya diam membatu. Tapi hatinya sedikit senang bila dapat jumpa sekali lagi dengan orang tadi.

Stella tersenyum melihat K-Deaf. Tuju hanya memerhati kiri dan kanannya.

"Oi!" Sergah Tuju. Stella terkejut. Dia mengusap-ngusap dadanya.

"Kau kenape?!" Matah Stella.

"Tersenyum-senyum. Gatal eh?!" Marah Tuju pada Stella.

"Jangan pandang die." Arah Tuju. Stella tak puas hati. K-Deaf hanya ketawa.

"Ape masalah kau ni?" Stella mula malu bila Tuju kata seperti itu di hadapan lelaki tersebut.

"Aku kata jangan pandang. Pusing kepale kau." Sempat Stella senyum pada K-Deaf sebelum memusingkan kepalanya ke arah lain.

"Kelakarlah korang ni." Kata K-Deaf.

"Suke?!" Marah Tuju pada K-Deaf. K-Deaf hanya ketawa melihat Tuju seakan cemburu.

avataravatar
Next chapter