20 K.C 20

Stella merenung di hadapan cermin bilik air. Dia mengelap wap yang berada di sekitar cermin tersebut. Jelas terpampar wajahnya. Mp3 yang berada tepi singki dia lihat.

"Macam aku punye jek. Tapi..." Matanya masih lagi merenung ke arah Mp3 tersebut.

"Tak tak tak... Mane mungkin... Mungkin ke? Tak tak tak... Aku punye da lame hilang. Tapi..." Stella memusingkan Mp3 tersebut. Melihat contengan yang ada di belakang Mp3 sama seperti miliknya.

"Aku punye pon macam ni jugak... Imposible pelandok due serupe. Ermmm." Stella mengecikkan matanya.

Bam! Bam! Bam!

"Makkkkkk!" Stella terkejut.

"Kau cakap dengan sape? Berangan lagi ke?" Sabrina mencekak pinggang. Dia ingin tahu apa yang terjadi sebenarnya pada Stella.

"Kau ni tak boleh ke kalau tak kacau aku?" Kata Stella yang masih berada dalam bilik air.

Sabrina mencebik bibirnya. Dia menunggu Stella sambil duduk bersila di atas katil. Sebaik sahaja Stella membuka pintu bilik air. Sabrina laju berlari ke arah Stella.

"Uish! Kau ni kenape?!" Jerit Stella. Sabrina hanya tersengih. Hehehe.

"Tak... Aku nak tanye... kau... pergi mane tadi?"

"Sibok!" Stella berjalan melepasi Sabrina. Baju yang tergantung rapi di almari pakaian dia lucutkan. Sabrina masih setia menunggu Stella membuka mulut.

Sedang sibuk Stella menyarungkan pakaiannya. Stella perasan yang Sabrina merenung tajam ke arahnya. Laju Stella memusing ke arah Sabrina lantas itu, Sabrina terus memandang syiling atas.

Heish!

Stella duduk bersila bersebelahan dengan Sabrina di atas katil. Automatik Sabrina jadi teruja.

"Beb..." Panggil Stella.

"Yes?" Senyuman Sabrina makin melebar.

"Tepi sikit, aku nak tido." Senyuman Sabrina terus menjadi kelat.

Hahahahahaha! Ketawa Stella. Puas hatinya bila dapat kenakan minah kipochi ni.

"Jahatlah kauuu..." Sabrina menepuk bahu Stella.

"Alarhhh, gurau pon tak boleh la."

"Cepatlah, kau pegi mane tadi? Mesti ade something jadikan?" Teka Sabrina.

"Mane kau tahu?"

"Kalau tak takdenye kau nak hempas kuat pintu bilik air tu tadi... kan?" Stella Jadi sakit hati pula bila teringat semula kejadian tadi.

Kenapa eh? Banyak-banyak orang mesti kau juga yang aku nak sakit hati. Menyampah betul! Lu fikir lu sapa? Lu fikir lu raja? Tiba-tiba keluar lirik pula.

"Cepatlah cakap..." Kata Sabrina lagi. Stella terus tersedar dari lamunan.

"Huh? Cakap ape?"

"Eh kau ni kan... kecik besar kecik besar jek aku tengok. Kau pegi mane tadi?" Hehehe Stella ketawa.

"Gomen-gomen. Aku pegi kolam jelah." Jawab Stella.

"Malam-malam buta pegi kolam?" Stella mengangguk.

"Lepas tu?" Sabrina ingin tahu lebih lagi.

"Kau ni, aku tak de mood tau nak cite banyak-banyak. Nanti jelah." Stella agak tertekan dengan sikap sabrina yang ingin tahu. Dia masih lagi berfikir tentang Mp3 tersebut.

"Kedekot la kau ni."

'Patot ke aku letak dekat kolam balik? Mane tahu esok pagi tuan die cari.'

Stella bangun dan mengambil semula Mp3 tersebut. Memandangkan hoodie tadi masih basah, dia mengambil hoodie lain di dalam begnya.

"Eh? Kau nak pegi mane lagi?" Tanya Stella.

"Aku nak letak barang kejap."

"Barang? Barang ape?" Stella terus melulu keluar. Tanpa sempat menjawab pertanyaan Sabrina.

"Aku geram betolla dengan die ni." Rungut Sabrina.

Tuju mencari di luar hotel, tempat di mana dia melepak seorang diri tadi. Telefonnya di keluarkan, lalu butang flashlight di aktifkan.

"Tak de pon. Kalau tak kat sini... Takkan lah..." Dia terus menuju ke kolam. Dekat situ sahaja lah harapannya.

"Please la ade." Bisik Tuju perlahan.

Stella berjalan menuju ke meja yang tersedia di situ. Mp3 yang di keluarkan dalam poketnya di lihat.

"Tak hilang ke kalau letak kat sini." Stella mematah balik semula. Dia ingin membatalkan semula niatnya.

"Tapi... kesian pulak kat orang tu nanti tercari-cari. Letak jelah." Stella masih ingat lagi macam mana dia hilangkan Mp3 yang arwah ayahnya bagi dahulu. Itu sahaja satu-satunya yang dia sayang. Tapi benda dah jadi. Dia tak boleh nak buat apa.

Stella meletakkan semula di atas meja tersebut.

Tepat pada masanya, Tuju tiba di kolam tersebut.

"Kejap!" Jerit Tuju. Stella terus menutup kepalanya dengan hoodie tersebut. Mp3 tersebut di letaknya perlahan.

"Mampos aku. Lari ke? Nanti mesti kena tuduh mencuri ni. Lari jelah." Stella terus memecut lari tanpa melihat orang tersebut.

"Tunggu kejap!" Jerit Tuju.

avataravatar
Next chapter