webnovel

bab 1 : Kita haiwan?!

"Erh, " Sharon bermimpi pelik. Dia berpeluh -peluh.Satu suara aneh bersuara,"kamu ialah ular,wahai gadis cantik!!!" Tiba-tiba kaki Sharon bersisik dan bertukar menjadi ular putih.

"Huh!"Sharon tersedar pantas.Jantungnya berdegup kencang. Dia mengurut dadanya sambil mengomel sendirian,"Aku asyik mimpi benda sama lagi?!" Dia membuka selimut yang menutupi kakinya.Dia meluahkan keluhan lega."Itu hanya mimpi ,bukan?"omel Sharon sendirian di dalam bilik tidurnya.

Kemudian Sharon bangun untuk bersiap ke sekolah dan bersarapan.

Di sekolah...

"Arghh!!!"Zuna berteriak di dalam tandas yang kesepian.Kebetulan dilalui oleh Sharon.Sharon yang mendengar teriakan itu terus masuk tanpa berfikir panjang.Dia terpaku akan kejadian luar biasa yang dilihatnya sekarang.

Sepasang sayap rerama tumbuh dibahagian belakangnya.Sharon yang senyap sebentar tadi bersuara halus menyapa,"Zuna?"

Zuna menoleh,"Sh,Sharon?".

"Macam mana boleh jadi macam ni, apa yang berlaku sebenarnya?" tanya Sharon yang terkejut.Zuna kekal menunduk.

"Saya sering bermimpi perkara yang sama berulang kali..."jawab Zuna yang memandang wajah Sharon yang berkerut seribu.

Sharon termenung sejenak mengenangkan kejadian yang sering menimpa dirinya kebelakangan ini.Dia juga sering bermimpi aneh yang mengatakan dirinya ialah ratu ular putih.

"Adakah saya akan menjadi seperti Zuna?"Sharon mengomel sendiri memandang lantai jubin tandas.

Tiba -tiba seekor burung terbang masuk ke dalam tandas.Bulu pelepah burung itu gugur berterbangan.Kemudian, burung itu berubah menjadi seorang gadis seusia mereka.Betapa kagetnya Sharon dan Zuna bahawa burung itu adalah rakan karib mereka,Arlin.

"Ar,Arlin?!"Sharon dan Zuna serentak bertanya.Mata mereka terbeliak luas saat itu dituruti rasa kagum.

"Hurm.."sayap dibelakang Arlin lesap.

"Kita dah terlewat kelas!!"jerit Zuna memandang jam dipergelangan tangan mulusnya.

"Err.."dengan tiba -tiba Sharon menggigil dan memeluk tubuhnya.Suhu badannya mulai menurun mendadak.

"Kamu okay, Sharon?"tanya Arlin serius sambil memegang bahu Sharon .Sharon mengangguk menyatakan dirinya tidak apa-apa.

Di dalam kelas...

"Puan, saya mahu ke tandas sebentar."Sharon meminta izin kepada gurunya.

"Em."balas gurunya.

Zuna pula berasa aneh apabila melihat Sharon.Dia mengekori Sharon ke tandas.Setibanya Zuna ditandas, Zuna mendengar jeritan Sharon.Dia masuk untuk melihat apa yang berlaku kepada Sharon.Alangkah terkejutnya dia ..

"Arghh!!!"jerit Sharon.Badannya mula bersisik dan menjadi separa ular.

"Sharon!!!"Zuna memanggil Sharon yang sedang meringkuk di dalam tandas.Seketika itu, Arlin datang memdekat.Dia juga telah mengekori Sharon danZuna.

" Jadi kamu adalah ular putih itu.."ujar Arlin memanadang Sharon dan Zuna bergilir -gilir.Sharon lekas melihat kakinya yang telah berubah menjadi separa ular itu.Jantungnya berdegup laju bagaikan mahu tercabut.

"Apakah yang perlu saya lakukan sekarang!?"Sharon bersuara dengan nada terketar-ketar.

"Kita ke rumah saya!!"ujar Arlin memandang Sharon dan Zuna.

"Huh?"

"Hah?"

Aku harap korang suka dengan novel pertama aku ni!!! Kalau korang ada apa-apa idea jangan segan untuk komen dan aku akan balas dengan senang bati komen korang...Jangn lupa juga untuk korang add library novel aku ni!!!

Selamat menikmati!!!

Sam_Azwacreators' thoughts
Next chapter