webnovel

BAB 1

Pagi itu aku terjaga dengan senyuman di bibir sehingga menampakkan kedua-dua lesung pipitku. Maklumlah muka aku ni kan ala-ala nina dobrev sikit seperti pelakon omputeh yang dalam cerita vampire diaries tu. Hahaha!Alamak terlebih-lebih lah pulak. Baiklah sebenarnya aku gembira pagi-pagi ni sebab aku dah habis belajar di Politeknik Malaysia. Jadi misi utama aku harini ialah aku nak cari kerja dekat Kuala Lumpur.

Alisha menuruni tangga sambil menyanyi-nyanyi riang. Dia ternampak ibunya yang sedang menghidangkan sarapan. Alisha menegur ibunya. "Assalamualaikum and good morning mother! Mak masak apa tu?"tanya Alisha. Ibunya hanya tersengih sambil dan menunjukkan hidangan yang sedang dihidangkan. " Wah! sedapnya nasi goreng dengan telur mata" kata alisha sambil teruja melihat makanan yang dihidangkan oleh ibunya. Ibunya hanya tersengih kerana melihat telatah Alisha yang sama seperti budak kecil yang teruja melihat ais krim. "Ibu, abah dengan ana mana?"tanyaku. "Abah kamu dekat bilik lagi tengah besiap-siap nak pergi kerja", jawab ibu. Aku hanya mengangguk menandakan faham.

Tidak lama kemudian, ayah alisha dan adiknya farhana menuruni tangga. Kami makan bersama-sama dengan aman. Tiba-tiba, ayah Alisha bersuara "kak, macam mana dengan kerja yang kau nak cari tu? Dah jumpa ke?"tanya ayahku. Aduh abah dah tanya mati lah nak. Aku hanya memandang abah dengan menghulurkan senyuman kambing. "belum lagi bah, nanti kalau kakak dah jumpa kakak inform eh" balasku dengan berhati-hati.