1 Bab 1 :

Namaku Jang hara dan anak kepada penasihat agung Jang in wo yang merupakan orang penting di istana Jeosen dan sudah menjadi perkara yang biasa seorang anak bangsawan mempunyai dayang tapi sebenarnya aku tidak suka dengan perkataan " Dayang " kerana bagi ku semua orang adalah sama dan tidak mengira pangkat ataupun darjat.

Aku mempunyai seorang dayang atau lebih aku suka panggil ialah seorang sahabat yang selalu ada dengan ku iaitu Hyung mi.

sebelum ini Aku pernah berpikir bahawa aku tidak memerlukan seorang dayang pun, bukan seperti anak bangsawan yang lain yang bersikap sombong dan suka mengarah dayang mereka sesuka hati tanpa pernah memikirkan penat lelah mereka bekerja serta melayani sikap mereka setiap hari.

sebelum aku berjumpa dengan Hyung mi dan menjadikan dia sebagai sahabatku :

Pertama kali aku jumpa Hyung mi ketika aku bersama-sama penasihat agung Jang atau lebih kenali sebagai appa(ayahku) pergi ke sebuah daerah perkampungan rakyat joseon untuk melihat keadaan kawasan tersebut dan kami bermalam di sebuah rumah kampung tersebut.

pada awalnya aku tidak berniat pun untuk pergi bersama appa (ayah) kerana ayah kesana atas urusan kerajaan. Tetapi oleh kerana aku ingin mempelajari hal-hal istana dan pada masa yang sama juga aku dapat membantu urusan appa(ayah) serba sedikit.

Selama beberapa hari aku berada di kampung itu dan disitu aku mula sedar bahawa untuk memperolehi sesuatu mestilah berusaha dan tanpa mereka siapalah kami golongan bangsawan ini.

pada hari ini aku bersama appa (ayah) pergi ke rumah gabenor Hwang atas urusan berkaitan dengan kampung ini. Namun begitu, aku terpaksa menunggu di luar pintu rumah gabenor hwang, kata appa (ayah) dia hanya masuk sekejap sahaja untuk mengambil utusan surat dari istana.

Dan aku pun berasa sedikit lega juga kerana tidak perlu berjumpa dengan gabenor hwang dan tidak perlu beradab seperti bangsawan, salah satunya anak bangsawan terutamanya perempuan perlu bercakap lemah-lembut.

Bagiku bercakap lemah-lembut itu susah untuk dilakukan kerana bukan semua orang akan dengar suara kita, sekiranya bercakap seperti itu. Lagi satu budi bicara ini datang dari hati bukan dari suara.

" Cuba kamu lihat seorang wanita yang berdiri di sana itu, wah!! betapa cantiknya dia" ujar seorang wanita kepada beberapa wanita lain yang sedang menganyam kasut jerami sambil duduk di atas meja besar.

" Ialah dahlah memiliki paras rupa yang jelita kulitnya putih mulus dan sesuai sekali dengan hanbok berwarna pink yang dipakainya " jawab seorang wanita lagi.

" Mesti dia anak bangsawankan masa ada hamba yang cantik begitu " sampuk seorang wanita yang baru sampai di situ.

Setelah beberapa minit aku berdiri di tepi pintu untuk menunggu ayahku datang dari rumah gabenor Hwang. aku juga perasan yang sekumpulan Wanita yang sedang duduk itu asyik memandang ku beberapa kali.

Sebenarnya aku ingin tahu juga apa yang sedang mereka bicarakan tapi lebih baik aku tunggu disini sahaja. pikirku lagi.

"Hara urusan appa(ayah) sudah selesai, marilah kita pulang sekarang ". kata penasihat agung Jang.

"Baiklah appa (ayah)!! " jawabku dengan sedikit nada yang kuat kerana aku terkejut appa( ayah) tiba-tiba keluar dan pada masa itu aku sedang berpikir dan tertanya-tanya apa yang dikatakan oleh beberapa orang wanita itu.

" Hara kenapa kamu berbicara dengan nada suara yang kuat ni terkejut appa( ayah) jadinya tau " tanya appa (ayah) kerana dia tidak menduga bahawa aku akan memberi reaksi seperti itu.

" Tiadalah appa(ayah) hara cuma terkejut sikit saja apa tidak appa(ayah) tiba-tiba saja keluar tadi " jawabku sambil melihat uncang duit yang aku bawa dengan sedikit riak muka yang agak malu dengan sikapku sendiri.

Hal ini kerana bukan appa(ayah) sahaja terkejut malahan beberapa orang wanita yang sedang duduk itu juga berpaling dan melihat ke arahku.

avataravatar