1 Hujan Hachioji (Untuk Izz)

Saya meneguk Nescafe sambil menyilangkan kaki di atas sofa. Dan, setelah itu, saya membaca surat daripada sahabat saya, Izzuki Miyuki yang telah berpindah ke negara Jepun pada setahun yang lalu. Ternyata dia masih ingat kepada saya. Saya gembira mempunyai kenalan sepertinya. Sampul surat dibuka, sungguh estetik. Dia tulis tangan surat itu sebagai penghormatan kepada kawan baiknya.

Izzuki adalah seorang yang mencintai sastera, seperti saya. Kami sentiasa bersaing untuk memenangi sayembara penulisan cerpen dan puisi, sesekali novel. Cukup, itu sahaja yang awak boleh tahu tentang kami. Seterusnya, saya melirikkan mata ke tulisan dalam surat ang disertakan gambar terkininya.

"sepi tergantung pada angka duabelas

Aku pendang ke kiri

Ke kanan

Menyingkap kewujudan kenalanku

Tapi yang kutemui

Hanya kennyataan yang bersawang

Dalam kepalaku.

Salam Mir, Aku Izzuki. Aku harap kauberada dalam keadaan sihat sejahtera. Aku tulis surat ini untuk mengenang kembali bulan sabit di Kuantan pada bulan juni. Sewaktu itu, kita bergelak tawa. Sehingga satu tahap, aku tidak pernah menyangka bahawa aku dan kau akan berpisah dan Tuhan telah menetapkan aku menjadi penghuni Negara Jepun sejak daripada tahun lepas.

Bukanlah aku sengaja mahu meninggalkan tanah air, namun aku terpaksa setelah mempunyai masalah keluarga. Dada aku bergelora. Aku terkenang sangat waktu itu, Mir. Kita pernah menulis tentang kau yang putus asa dengan dunia. Aku pernah menulis senirmala wuduk bersamamu di sebuah meja kafe hujung kota.

Aku sihat, Tetapi, aku mahu kautahu bahawa di sini amat berbeza dengan Malaysia daripada segi budaya dan makanannya. Sememangnya di sini maju, tetapi Malaysia adalah tanah air aku Mir. Kau ada di sana. Kau sahabat aku. Aku tak boleh lupakan memorabilia itu. Kaupernah membelanjakan aku ikan patin tempoyak saat aku tidak cukup duit, Mir.

Aku tak akan lupakan semua itu. Tentang suara-suara Kuantan. Tentang Gedung-gedung pencakar langit kedua tertinggi dunia yang ada di negara kita dahulu. Tetapi, kini segalanya berbeza. Aku sudah tidak dapat nikmati semua itu. Kalau kau tanya aku, Malaysia adalah negara yang terbaik, Mir. Aku tak tipu! Kesementaraan adalah peria pahit.

Sajak telah memenatkanku

Suatu waktu dahulu

Tetapi aku tidak sangka

Kauakan pergi daripada hidupku secepat ini

Sebagai sahabat,

Aku merinduimu meniti kedewasaan."

- Izzuki, Hachioji.

Saya tersenyum sendiri. Kadang-kadang sebak. Dia masih ingat kepada saya. Saya dan dia adalah penyajak sekolah. Dan, kami berdua telah pun menjadi dua penyair paling terkemuka di dunia. Dia wakil daripada Jepun dan saya Malaysia. Namun, nostalgia tetap menggigit kemas. Apabila terkenangkan masa lalu saya dan dia, saya rasakan bahawa benarlah kata-kata dia, kesementaraan adalah peria pahit.

Air mata saya jatuh membasahi suratnya. Saya memutuskan untuk membalasnya. Saya mengambil kertas dan pen. Saya menulis seperti ini, :

"Waalaikumussalam Izzuki, maaf kerana aku tak menghantar surat kepada kau, setahun sudah rupanya. Aku doakan kau sihat sejahtera. Aku juga amat merindukan kau. Kesementaraan adalah peria pahit. Tetapi, aku harap kaubaca sajak aku yang pernah tersiar di sebuah media tentang diri kau. Aku juga tidak pernah lekang dengan air mata.

Aku tidak pernah gembira yang dalam dan diam sejak kau tiada. Dalam hidupku, kau yang membantu aku bersajak pada awalnya. Cerpen purnama mengambang di Kyoto, telah diterjemahkan ke dalam 24 bahasa di seleuruh dunia yang kita tulis bersama suatu masa dahulu. Kini, baru ia diiktiraf.

Terima kasih sebab ingat kepada aku."

- Amir, Kuantan

Setelah itu, saya berjalan kaki ke pejabat pos yang terletak berhampiran dengan rumah saya. Dan, saya membuka telefon. Saya tersentak setelah membaca satu artikel.

"Seorang penyair daripada Hachioji meninggal dunia kerana menderita kanser peparu yang dirahsiakannya sejak 3 tahun lalu"

Saya tidak tahu hendak berkata apa. Hanya bibir sahaja yang terkunci, dalam hati, telah meluncur tangisan dan ratapan kerana terkilan. Saya terkilan disebabkan tidak sempat membalas suratnya. Lebij parah lagi, saya tidak tahu pun yang dia mengalami kanser peparu sejak dari Malaysia. Daripada itu, saya sudah mampu membuat konklusi bahawa dia ke luar negara adalah untuk mendapatkan rawatan. Saya melulu menuduhnya kerana tidak sayang akan negara.

Kemudian, saya menafikannya dengan mengatakan dia ada masalah keluarga. Rupanya saya silap besar. Dia tidak sihat. Saya menjerit sekuat hati lalu nescafe saya serta merta tumpah setelah meja diketuk kuat akibat ratapan. Dia masih segar, dia masih kekar, dia masih hidup dalam benak saya. Saya yakin itu. Saya percaya dia selama-lamanya hidup dalam hati saya.

Dan, semua kalangan mat sastera mengucapkan takziah ke atasnya. Berita tentang pemergiannya diberitakan ke seluruh dunia melaluli siaran television. Saya menjerit lagi namun saya tahu dia tak akan pernah dapat kembali.

Sebulan setelah itu, barulah gelora dalam mata reda sedikit. Saya menulis puisi tentangnya dan tersiar di satu media popular.

"Sahabat, kaupernah berkata padaku –

Bahawa kesementaraan adalah peria pahit.

Kini kutahu, kau tidak berjenaka

Rupanya surat itu

Adalah yang terkahir untukku

Aku tahu, mata aku merah

Mata aku basah

Tangis, sarat, ketawa, tenat

Kita pernah berjenaka sama-sama

Dahulu bergelak tawa

Dan kini ia berakhir

Dengan kematian

Yang tak sempat disaksikan mata

Yang hanya disampaikan berita

Doaku hanya untukmu dari kejauhan

Dari kotamu dahulu

--Kota Kuantan.

Selamat jalan, sahabat.

avataravatar