webnovel

Prologue

Malam yang penuh keriuhan dari kesesakan jalan lintas kini menemani aku di balkoni.Suasana di tingkat 15 masih tidak dapat menyamankan hatiku ini.

Batang rokok yang dikepit pada mulut,aku ambil dengan tangan sebelah tangan kanan.Perlahan-lahan asap rokok dihembus seperti membiarkan masa lalu pergi.

Mata aku pula tidak habis merenung bulan tika itu.Bentuknya yang bulat seperti kehidupan,warnanya yang putih sesuci jiwa murni,dan kecerahan nya seperti memberi panduan kepada jiwa yang sesat.

Semua itu aku cuba terapkan dalam hati.Namun apakan daya,dunia terlalu kejam.Bukan semua manusia bahkan makhluk sekalipun dapat bertahan dalam dunia ini.Terlampau banyak beban yang harus dipikul sendiri.

Aku tahu bahawa bukanlah manusia kalau tiada jatuhnya tapi kalau sering terjatuh walaupun beribu kali bangkit sekalipun apa gunanya?

Pelbagai kata-kata mengenai hidup ini mula dipersoalkan dalam minda.Tingkah aku ini terjadi kerana berbagai sebab.

Tunang aku minta putus,duit aku semua perlu disalurkan pada adik-beradik dan rakan sekerja yang hanya memperbudak kan aku.

Benda-benda macam tu buat kan aku fuck up.Lagi-lagi pasal tunang.Padahal lagi 2 minggu majlis akan dilancarkan tapi hampeh dibagi harapan palsu.Alasannya?Simple....sebab aku kurang bagi attention.

I mean...WTF SIOT.AKU DIAM DIRI SEBAB NAK KERJA KERAS UNTUK END UP KAU TINGGALKAN AKU.

Tu belum lagi part sehelai kertas berwarna hijau yang menjadi 'senjata' manusia.Tiap kali aku dapat gaji,40% wang semua aku kena salur pada adik-beradik aku.Memang nampak sikit tapi agak-agaklah.Hidup kat bandar ini lagi keras daripada hidup mereka kat kolej tu.

Aku pernah bantah pasal ni kat parent.You what they said?

"Dulu papa pun salurkan separuh daripada gaji papa masa kau kat kolej.Tak pernah terdetik pun perkataan kesal dalam hati ini."

"They also have the same blood as you.Sebagai seorang abang kau kena jaga ikatan mereka.You should be with them during their downfall."

Itu je kata-kata yang sering aku dapat.

YES MEMANG AKU PERLU TUNJUK CONTOH YANG BAIK TAPI SEMUA NI MACAM SIA-SIA.AKU YANG KENA NAIKKAN DIORANG SEDANGKAN AKU NI TERSUNGKUR DALAM PERIGI YANG TIADA PENGHUJUNG.

Haih...

Rokok yang berbaki separuh tembakau,aku padam dengan menekan hujung rokok pada atas ashtray.Punggungku diangkat dari kerusi dan kakiku mula bergerak ke arah ruang tamu.Setibanya di ruang tamu aku terus menutup pintu sliding.

Tanpa diluar dugaan,mata aku tersentak melihat ke arah balkoni semula.Tanganku yang menolak pintu sliding juga kaku.Pintu itu tidak sempat aku tutup sepenuhnya.Mana taknya...di atas tembok balkoni terdapat kelibat seseorang berdiri di atasnya.

Badannya di hadap ke arah luar menyebabkan aku tidak mengecam wajahnya.Melihat rambutnya yang panjang mencecah paras siku menyedarkan bahawa jantinanya ialah perempuan.Aku mula berjalan perlahan-lahan kembali ke balkoni.

"Cik...,macam mana cik boleh ada di sini? "Soal aku sambil berjalan menghampirinya.

Jujur aku cakap bulu roma badan ni tak turun-turun dari tadi.Kau tak rasa pelik ke tetiba ada orang muncul kat balkoni tingkat 15!

"What do you seek from this world,Darren?"

Gadis itu mula membuka mulut lalu menyoalkan sesuatu pada aku.Pergerakan secara tiba-tiba terhenti.Badan gadis itu yang sebelum ini membelakangi aku,kini menghadap pada aku.Wajahnya yang terlihat biasa juga dapat dilihat jelas.Mata kami turut bertentangan.

Matanya biru seperti lautan yang aku takut mati lemas di dalamnya...

"W-what am I seeking?W-why bother?"Ucapan yang aku keluarkan sangkut-sangkut dek kerana ketakutan membiak dalam diri.

"Yes...just tell me."Jawab gadis itu dengan perlahan-lahan mengukir senyuman di bibir.

Senyumannya itu seketika melegakan hati aku.Seolah-olah aku dibelai oleh sikapnya itu.Kedudukan aku dan gadis itu masih tidak berubah.

"Urm...what should I say?Happiness?Justice?Royalty?"

"Only one answer is right."Ujar gadis itu.Senyumannya juga tidak terlepas dari bibirnya yang munggil.

Kening aku diangkat menandakan aku keliru dengan pernyataannya.Dalam masa yang sama juga aku kembali mengerakkan kaki untuk menghampirinya semula.

"Justice,right?"Gadis itu berkata semula.

"Huh?"

"Kau mahukan keadilan terhadap diri kau,bukan?"

Aku menggaru pipi mendengar pernyataanyan.Sekali lagi minda aku menjadi keliru.Sedar atau tidak juga badan aku kini berada 20cm daripada kakinya yang berada di atas tembok.

"Listen...,aku tak faham apa yang kau maksudkan tapi better kau turun dari situ"Aku mula memujuknya sambil menghala kedua-dua belah tangan padanya.

"NO!EVERYONE MUST FEEL THE SAME PAIN AS YOU!"Gadis itu berteriak secara mengejut sekaligus membuat kepala aku dipalingkan daripada kelibatnya.

Pap!

Apabila aku pusingkan semula kepala aku ke hadapan,pandangan aku kini berbeza dari sebelumnya.Posisi aku dan gadis tadi telah bertukar tempat.Sekarang,nyawa aku seperti dihujung tanduk apabila kaki aku merasakan permukaan tembok balkoni.

Bebola mata aku juga seperti mengelak daripada menghala ke bawah kerana pemandangan dari atas akan menyebabkan diri aku panik.Degupan jantung mula berdetak dengan laju.Fikiran aku kini menj-

Pakk!

Leka dengan situasi rumit,gadis tadi terus menolak badanku seterusnya membuat aku jatuh daripada balkoni tingkat 15.Jantung aku terdiam seketika.Mata aku hanya memandang ke arah langit yang diisikan bintang-bintang yang kelihatan malap.

Dari sudut ini juga aku dapat merasakan masa menjadi perlahan.Seolah-olah memberikan aku waktu memikirkan dosa masa lalu.Namun satu perkara yang tidak terlepas dari minda ialah...

That lady...

She say something while I'm falling.

"Go find your justice,my Diavolo."