webnovel

Hentikan!!

Ning Yi Shuang menggunakan nama palsunya (Scarlet) demi tidak mengalami sebarang masalah besar ke hadapan, namun bagaimana pun ia tidak dapat mengelak apa yang terjadi di hadapannya,selain kisahnya terdapat kisah silam yang lain selain dirinya...

PyschoGirl2146 · Teen
Not enough ratings
22 Chs

Doktor Calf

Dorr!!!....

"Scarlet!" sahut Calf.Ia melirik ke arah katil Scarlet dan terlihat disisi Scarlet terlihat seorang lelaki berusia 19 tahun.

Tanpa berlengah ia mendekati Scarlet lalu memberikan rawatan untuk Scarlet.Dhani yang berada di sisi Scarlet terkejut lalu ia pun memarahinya.

"Siapa kamu,apa yang ingin kamu lakukan kepadanya?" amarahnya memuncak saat ia melihat lelaki yang tidak dikenali itu masuk dan terus meraih badan Scarlet kepadanya.

Calf tidak menghiraukannya,ia terus mengambil ubat suntikan untuk Scarlet.

Melihat lelaki itu cuba untuk menyuntik Scarlet dengan ubat aneh,ia pun meraih ubat suntikan itu.

"Hey!Berikan ubat itu semula" ucap Calf sambil merenung tajam ke arah Dhani.

Dhani pun mengambil situasi ini untuk mengancam lelaki itu.

"Ini!Kamu mahu ini!Pergilah menjauh dari Scarlet" ucapnya sambil memegang erat ubat itu.

"Tidak aku harus berada di sisinya,berikan ubat itu segera atau.....NYAWA KAU MELAYANG!!!!". Perkataan nyawa kau melayang itu seketika bergema di bilik Scarlet.

Dengan menggeletar tubuh badannya ia dengan cepat menyerahkan ubat suntikan itu semula.

Calf mengambilnya lalu dengan pantas ia menyuntik ubat itu kepada Scarlet.Seketika Scarlet mulai sedar.

Ia mengedipkan matanya berulang kali lalu ia pun bangun dengan perlahan.

"Apa yang terjadi?" tanya Scarlet.

Nampaknya ia sudah terlihat baik sekarang.

"Doktor Calf bagaimana boleh berada di sini?" tanya Scarlet dengan wajah tidak senang.

Di benaknya ia berfikir,mesti doktor Calf datang kemari disebabkan dia mengalami pingsan mengejut.

"Scarlet, jujur kepada saya! Apa kamu cuba cari mati?" ucap doktor Calf dengan marah.

Rina dan Dhani seketika terkejut dan marah dengan cara percakapan doktor Calf,ia terlihat sangat tidak sopan.

"Tidak,saya cuma ingin..." Scarlet cuba untuk menjelaskan mengapa ia boleh terlantar pingsan.

Doktor Calf memotong ucapan Scarlet.

"Kamu,saya beri amarah yang terakhir buat kali ini,lepas ni kalau saya tahu kamu pingsan sekali lagi,saya akan beritahu kepada ibubapa kamu tentang hal ini" ucapnya lalu mengemas peralatan barangnya dan berlangsung beredar dari situ.

Doktor Calf maafkan saya...

Ternyata perkara ini,Scarlet telah menyembunyikan dari orang tuanya!!

Setelah doktor itu pergi,Rina dan Dhani pun mendekati Scarlet yang masih duduk termenung di atas katil.

"Scarlet..!" ucap Rina dan Dhani serentak.

"..."

"Scarlet kau rahsiakan perkara besar ni dari orang tua kau" ucap Rina.

"Betulkah,apa yang Rina ucapkan tu" tanya Dhani pula.

"Ya,aku ada benda ni sejak aku berumur 5 tahun" ucap Scarlet jujur.

"Lelaki tadi tu doktor peribadi kau?" tanya Dhani dengan mimik muka tidak selesa.

"Hm" ucap Scarlet dengan wajah sedikit tertunduk.

"Tapi kalau doktor lelaki itu datang macamana dengan ambulans" ucap Rina dengan cemas.

"Tak mengapa aku rasa sebelum doktor Calf datang ia sudah memaklumkan kepada mereka dahulu" ucap Scarlet dengan lemah. Sungguh ini tidak terlihat seperti Scarlet yang biasa mereka lihat,ia terlihat sangat lembut dan caring orangnya.

"Sudah lah lagipun Scarlet sudah membaik dan kita harus tidur kerana sudah lewat, lagipun kamu berdua harus kesekolah pada esok hari" ucap Dhani mengingatkan mereka tentang persekolahan mereka.

Esok pagi.....

Hangatnya air mandian rumah keluarganya Scarlet,aku benar-benar tenang alangkah baiknya rumah aku ada fasilitas yang bagus seperti rumahnya Scarlet,malangnya ia terlalu tinggi kosnya gumam Rina di fikirannya.

Menuju ke dapur lalu ia duduk di sebelah Scarlet yang sedang makan roti bakar yang telah dimasak oleh pembantu rumah itu.

Setelah ia selesai makan mereka bersamaan pergi ke sekolah seperti biasa tapi dihantar oleh Dhani.

"Rina jaga Scarlet elok-elok" Rina mengangguk paham.Rina mengerti kenapa ia harus mengawasi pergerakan Scarlet kerana mereka sudah tahu Scarlet 'tidak sihat' sekarang ini.