webnovel

Hello Miss Devil

Sambil bermain dengan hujung kain hoodie, Airis kini sedang duduk di dalam pejabat dekan. Tempat itu umpama rumah kedua dia selepas balai polis untuk bulan ini. Jangan tanya kenapa. Kerana itulah gaya hidupnya. Jadi dia sama sekali tidak hairan dengan suasana dan bau di dalam ruangan tersebut. Bau harum kayu manis dan kopi yang menerawang di dalam bilik tersebut. Sedikit sebanyak sudah familiar untuknya. "Baik terima kasih kerana maklumkan...maaf sekali lagi."ucap Dekan Grey sewaktu bercakap melalui gagang telefon pejabat. Wajah berkedut lelaki itu kelihatan tegang dan keletihan sewaktu bercakap melalui telefon membuatkan lelaki itu kelihatan lebih tua dari biasa. Bersama keluhan berat gagang telefon tersebut diletak.Grey memejam mata buat seketika untuk cuba mengekalkan postur tenangnya dari melenting. Perkara yang mana sudah muak untuk dia lakukan dalam minggu ini. Lama-lama boleh naik tekanan darahnya. Silap hari bulan pencen awal pulak nanti! "Apa kena dengan kamu ni Airis huh?Dalam sehari...hanya sehari sahaja tak boleh ke kalau kamu tak timbulkan masalah..."soal Grey dengan kesal. Ibu jari dan jari telunjuknya mengurut-ngurut pelipis sewaktu sikunya ditopang atas meja. Airis buat muka. Dekat kepala dia dah terbayang macam-macam apa lagi yang dia nak hancurkan dalam pejabat ni."Apa lagi salah saya?"tanya Airis semula dengan nada bosan. Dah muak dengan semua ni, sampai tak kuasa nak overeact. Airis Ariana a.k.a Miss Devil Jangan harapkannya dari cerita ini. Ini Bukan kisah tipikal gadis yang hidup sebagai anak orang berada dan mempunyai ibu bapa berpengaruh. Ini adalah kisah si gadis sadis. Seperti satu sumpahan ibarat saka yang tidak mahu menjauh. Satu persatu masalah timbul dimana ada Airis. Tetapi adakah masalah itu timbul kerana Airis atau masalah itu timbul untuk Airis selesaikannya??

TintaHitamTanpaAra · Teen
Not enough ratings
89 Chs

Mandy Sonovan

24.

Suasana tenang fakulti pada hari ini tidak setenang seperti biasa apabila suara bising menghuni koridor lokar pelajar apabila seorang pelajar perempuan sedang menengking marah ke arah tiga orang pelajar perempuan dihadapannya. Dalam keadaan tidak terurus dan berwajah pucat, gadis itu menangis saat bersuara.

               "Hapuskan video tu sekarang!"

Mandy menarik senyuman sinis. Membuat muka tidak bersalahnya seakan semua kekecohan tersebut sebuah hiburan untuk dia. Terkenal dengan sikap pembuli dan bratty, menjadi seorang pelajar bermasalah bukan suatu hal menghairankan buat pelajar Bernama Mandy Sonovan.

              "Video apa?

              "Aku tahu kau adalah orang yang  bertanggungjawab merakam video aku malam tadi lepas letakkan dadah pada minuman aku...kenapa kau orang buat macam tu?!"

Rania ketawa kecil, dia yang berdiri di sebelah Mandy menyilang tangan ke dada. Lalu tunduk sedikit kedepan untuk bersemuka dengan gadis malang itu.

             "Kau ada bukti ke?"

             "Memang aku tak ada bukti, tapi malam tadi aku cuma bersama dengan kau orang...bukan sesiapa!"

             "Lah...kenapa nak marah?Bukan ke kau kata nak jadi sebahagian dari kumpulan kita orang?"

             "Tapi bukan macam ni caranya.....hapuskan video tu sekarang! Macam mana kalau parents aku nampak!marah gadis malang tersebut bersama linangan air mata.

Quincy memegang bahu gadis itu lantas menggeleng kepala.

            "Kesian...itulah kau..perasan bagus sangat kan. Dan ini adalah akibat kerana kau cuba nak jadi sebahagian dari kita orang...so lain kali nilai diri tu sikit sebelum cuba nak dekati kita orang...loser.."komen Quincy yang membuatkan Rania dan Mandy mengetawakannya.

Gadis malang itu terpempan, lantas dia tunduk menangis sebelum berlari pergi meninggalkan tempat tersebut. Membuatkan ketiga-tiga mereka berpaling lihat gadis tersebut berlari ke belakang.

                "Lembab.."detus Mandy sewaktu kembali berpaling ke depan bersama senyuman bangga di bibir. Namun begitu senyumannya pudar apabila dia bertentang mata dengan gadis bertindik di cuping telinga sambil mengunyah gula-gula getah di mulut yang kebetulan sedang berjalan ke arah mereka bertiga.

Airis melirik Mandy dari atas ke bawah dengan renungan malas sebaik berdiri di laluan Mandy dan dua minion gadis tersebut.

                 "What a surprise! Kita berjumpa lagi pelajar baru."sengih Mandy dengan meleret.

Mata bercelak Airis merenung dingin akan tatapan mengejek Mandy. Sedang berkira-kira kata balas apa yang dia patut lemparkan kepada Mandy sekarang.

              "Ada apa kau pandang-pandang aku macam tu? Ke kau pun nak dapat nasib yang sama macam dia tadi?" soal Mandy serta merta.

Rania dan Quincy berpaling memandang pelik ke arah gadis yang mengenakan dress shirt hitam lengan Panjang dan skinny jean hitam. Rambut panjang itu diikat satu ke belakang dengan tinggi.Pemakaian tomboyish menampakkan gadis di hadapan mereka kelihatan sungguh samseng.

             "Kalau aku jadi kau orang..aku akan minta maaf..."ujar Airis dengan renungan tidak berminat.

              Mandy berdengus kecil. "Apa kau cakap?"

              "Minta maaf dekat dia... dan mengaku salah..."ulang Airis dengan nada mendatar.

               "Kau tahu tak kau tengah bercakap dengan siapa sekarang?Kalau kau tak tahu biar aku beritahu. Kita orang adalah 3 Queen kolej ni. Dan tak ada sesiapa berani arahkan kita orang apa patut buat. Sebab kita orang yang beri arahan..."jelas Mandy dengan bangga. "Jangan kau fikir kau rapat dengan Aron, aku tak berani nak apa-apakan kau...kau silap." bebel Mandy dengan nada perempuan tergedik-gedik versi Paris Hiltonnya itu.

             "Yah...3 Queen lah sangat...apa yang aku dengar kau orang ni 3 Bitches ada la.."fikir Airis sambil mengunyah gula-gula getah di dalam mulut sebelum di buat belon dan diletupkan sejurus itu. Dia menyeluk tangan ke dalam poket tepi beg galasnya. Mencapai telefon bimbitnya lalu tunduk menyentuh skrin tersebut, tanda dia tidak peduli dengan celoteh Mandy.

               "Eh..kau dengar tak aku cakap apa?"soal Mandy dengan kening mencerun.

               "Kau yang sepatutnya minta maaf pada kita orang...." aju Rania dengan tangan bersilang di dada.

               "Betul..sebab kau akan menyesal sebab cuba provok kita orang..."sambung Quincy pula.

Sambil mengunyah gula-gula getah dalam mulut bersama muka 'i dont give a f*ck'nya, Airis memandang skrin telefon.