webnovel

Bab 9

Syazrina berjalan menuju ke meja makan. "Thank you babe for this morning. Kalau tak, memang tak lah I nak sampai office hari itu. Dah lah I ada meeting." ujar Syazrina.

"Welcome. I actually... Actually kan Rina... I..." balas Ryan. Rasa serba salah juga nak cakap. Tapi... Tentang rahsia ni hanya dia dan Rina yang tahu. Mungkin Rina ialah orang yang paling tepat untuk masalah ini.

Syazrina memegang tangan Ryan. "What's wrong, Shah?." Dia tahu kalau Ryan bercakap begitu mesti ada yang tak kena.

"I rasa you ingat waitress yang I tegur di party rumah you hari tu."

"What's with her?"

"She's the woman, Rina. It's her. The one I always make fun of at college remember?."

Syazrina terkejut. Terbeliak matanya. "Jannah?." Ryan mengangguk. "Macam mana you tahu it's her?."

"I did a bit background check on her. But at first when I asked her, she denied. Then, when I asked her again, she finally reveal who she is." terang Ryan panjang lebar.

"Habis tu, apa yang you nak buat?" soal Syazrina. Dia sendiri pun tak pernah menyangka yang wanita itu akan kembali dalam hidup sepupunya.

Ryan hanya berdiam. Dia sendiri buntu. Dia masih belum tahu niat wanita itu.

...

"Sayang, you dah makan?. Kalau belum I belikan makanan masa on the way balik nanti." kata Ryan

"Takpa, b. I dah makan. Bonda hantar makanan tadi. B, bonda nak ambil Amer dan Dania kejap." balas Hazhirah.

"Boleh je. Tapi, bukan bonda tengah jaga Amylia ke?." soal Ryan. Bondanya tu selalunya lebih sayangkan Amylia sebab dia memang sukakan anak perempuan. Patutlah mereka sekepala! Tapi, bondanya dan Amylia tidak sehaluan sejak Amylia disahkan mengandung anak luar nikah sewaktu di London dulu. Mujur kandungan itu gugur dengan sendiri.

"Dia kata Amylia keluar. Dia boring, sebab tu dia nak ambil Amer dan Dania. Lagipun, bonda cakap dia nak ambil diorang for two days. Ayahanda rindu diorang." terang Hazhirah.

'Kalau macam tu, ada chance la aku malam ni.' telah Ryan dalam hati. "Ha, fikir apa tu? Jangan macam-macam eh. " ujar Hazhirah. Macam tahu-tahu je plan suaminya.

Ryan mematikan talian. Dia memecut terus ke tapak projek. "Jadi macam mana dengan progress perumahan ni?." soal Ryan kepada Jannah.

"Semuanya okay, bos. Tapi pihak contractor minta masa beberapa bulan sebab masa yang diperuntukkan tu tak cukup. Takut nanti kalau base bangunan tak kukuh, takut bangunan ni runtuh." terang Jannah panjang lebar.

Belum sempat Ryan menjawab, ada suara yang menjerit. "Hati- hati, batu!" jerit satu suara. Ryan menarik Jannah ke dalam dakapannya dan jatuh.

Mata mereka bertentangan. Dada Ryan merasakan suatu detakan. Detakan yang sama pernah dia rasakan untuk wanita itu suatu masa dulu.

"Are you both okay?" tanya salah seorang kontraktor di situ mengejutkan mereka. Ryan berdehem sedikit sebelum bangun. "Fi... Fine."

Dia menghulurkan tangan untuk menolong Jannah bangun. Jannah cuba bangun tapi tak terdaya. Kakinya terseliuh. "Jom I bawa pergi klinik."

"Tak payah bos. Saya okay. Terseliuh sikit je ni."

"Jangan degil boleh tak?"

Ryan memapah Jannah ke kereta. Dia tak mahu nanti dikategorikan lelaki tak ada adab.

Iqbal yang selesai membalut pergelangan kaki Jannah perlahan-lahan meletakkan kaki Jannah ke bawah.

"So, you ada apa-apa ke dengan Ian?." tanya Iqbal. Jannah menggeleng. "Ouh... Baguslah tu. Lagipun you know that he's married right?." soal Iqbal lagi.

Jannah mengangguk. Sememangnya dia tahu. Dia sempat upah orang untuk siasat private life Ryan. Kalau dulu lelaki itu tak musnahkan hidupnya, mungkin sekarang dia tak begini.

...

"Please, Ian. Jangan tinggalkan I. I sayangkan you. Apa yang tak cukup lagi?" tangis Jannah.

Ryan menepis tangan Jannah. "Look, aku kan dah cakap. Whatever between us is just for a while. Bukan forever. Dan aku tak cintakan kau."

"Habis tu, apa yang jadi malam-malam sebelum ni semuanya palsu? Sayang you pada I palsu?!." jerit Jannah. Dia sudah tak tahan lagi.

"Kau dan aku tak sesuai. You are not my type and siapa kata aku sayangkan kau? Kau silap dengar ni. By the way, ini bukan salah aku yang kau menghambakan diri kau pada aku. Kau yang nak. I'm sorry darling. Everything is fair in love and war." balas Ryan dengan senyuman mengejek. Dia membetulkan butang bajunya.

Jannah menarik kolar baju Ryan. "So you nak cakap I ni perempuan murah?. I am a prostitute?! Tell me Ian!"

Ryan mengenggam tangan Jannah dan menolak wanita itu ke dinding. Do you think I'm a male prostitute? That I'll do whatever you want?! No!" Kali ini gilirannya pula untuk menjerit. Ryan membaling cek berjumlah 1000 million pound sterling ke muka Jannah.

"This is your pay for all your services all this while." bisik Ryan ke telinga Jannah.

"You will regret this you damn!" jerit Jannah. Tapi semuanya tak berguna. Dia dah pun kehilangan maruah diri. Tak semuanya dapat digenggam kembali. Dia duduk di sudut katil dan menangis. Entah kenapa dia begitu bodoh menghambakan diri untuk lelaki sebegitu.

...

"Thank you bos, sebab bawa saya pergi klinik. Saya okay je." kata Jannah memulakan bicara.

"It's fine. I cuma nak minta maaf tentang you know, apa yang dah jadi before between us. I didn't meant to it like that." balas Ryan dengan nada rendah.

"Takpelah bos. Saya maafkan. Saya dah lupakan pun. Lagipun itu perkara lama."

"Apa plan you lepas ni? I rasa you kena work from home" ujar Ryan.

"Saya ikut bos je. Saya okay je. Apa-apa pun on je." balasnya sambil menunjukkan thumbs up. Comel pula begitu.

...

Setelah menghantar Jannah pulang, dia pun balik terus ke rumah. Kesian pula isterinya sorang-sorang. Tapi bukan niatnya nak meneman, ada benda lain.

Daun pintu ditolak. "Assalamualaikum, sayang." kata Ryan memberi salam.

Hazhirah bergegas turun dan menyalami tangan suaminya. "I ingat nak ajak you dating. Baru nak call you dah balik."

"Kalau macam tu, you tunggu I mandi kejap. Nanti I bawa you pergi makan kat tempat biasa." balas Ryan dengan satu senyuman.

Ryan memakai t- shirt berlogo polo yang berwarna merah serta seluar berwarna hitam.

"Dah ready, b?." tanya Hazhirah. Ryan mengangguk. "You look beautiful, even more beautiful every day." puji Ryan lalu mencium ubun-ubun isterinya.

Baginya, kasih sayangnya pada wanita itu tak pernah berubah dan tak akan pernah berubah.

Hazhirah mengunyah burger cheese miliknya. Habis meleleh sos dari tepi bibirnya. Ryan mengelap bibir isterinya dengan ibu jarinya.

"Comotlah, sayang. Cuba makan elok-elok sikit." tegur Ryan dengan senyuman. Hazhirah tidak menghiraukan suaminya.

Ryan mengeluarkan telefon dan menghantar mesej kepada Jannah bertanyakan perihal kakinya yang terseliuh. Dia memutuskan untuk memberi Jannah kebenaran kerja dari rumah.

"Terima kasih sebab tanya pasal saya, bos. Tak sangka bos prihatin." balas Jannah.

"Tak payah terima kasih. It's a part of my job. And one more thing, panggil I Ian. Just the way you used to call me."

Hazhirah yang sedari tadi melihat suaminya yang tersenyum sendirian menegur. "Hurmm... Layan siapa tu?."

"Layan orang lain. Sebab isteri tak layan." jawab Ryan.

'Tak layan eh... Kejap kau balik rumah nanti. Tunggulah.' telah Hazhirah dalam hati

...

Setelah sampai di porch, Hazhirah terus keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah. Ryan yang masih lagi memandang ke arah telefon tidak mempedulikan isterinya.

Ryan pun masuk ke dalam rumah. "Sayang?" panggilnya. Tiada jawapan. 'Merajuk kot dengan aku.' telah Ryan dalam hati.

Dia menuju ke bilik. Lampu bilik tidak terbuka. Belum sempat dia membuka suis lampu, ada seseorang menolaknya dari belakang. Habis jatuh meniarap Ryan. Ryan cuba bangun tapi dihalang oleh seseorang. Siapa lagi, Hazhirah!

Hazhirah bangun dan menyalakan lilin. Cahaya dari lilin tersebut menampakkan susuk tubuh Hazhirah dan lingerie yang dipakainya. Ryan sudah mengagak apa sebabnya. Ini mesti sebab dia kata isterinya tak layan dia. Kalau tidak memang taklah dia dalam mood romantic macam ni.

Ryan mengekori Hazhirah dari belakang. Setiap lilin yang dinyalakan ditiup oleh Ryan. "Why did you do that?" soal Hazhirah.

"Just... For fun." jawab Ryan pendek.

Hazhirah cuba menyalakan lilin tersebut kembali tapi tangannya ditarik oleh suaminya. "The darker, the better." bisik Ryan ke telinga Hazhirah.

Hazhirah tersenyum malu. Bagaikan itu kali pertama dia menggoda suaminya. Hazhirah menekan lagu menggunakan telefon miliknya. Rentak lagu My All dari Mariah Carey. Perlahan-lahan mereka menari mengikut irama. Mata mereka bertentangan. Tanpa ditunggu lagi, Hazhirah merapatkan wajahnya dengan suaminya lalu satu ciuman singgah di bibir Ryan.

Ciuman itu perlahan-lahan berubah ke tempat lain. Ryan mengangkat Hazhirah dalam dakapannya dan meletakkannya di atas katil.

"You love me don't you, b?"

Ryan hanya mengangguk.

"Then prove it... Now." kata Hazhirah. Hanya mereka berdua sahaja yang tahu apa yang berlaku pada malam itu.