webnovel

Bab 19

"Amy, please. Tolong jangan buat I macam ni."

Hafiz ditolak ke tepi. Amylia meneruskan perjalanan. "You tak boleh lari dari I. Sampai bila you nak lari?"

"Lari? Siapa yang lari? Masa I mengandungkan Amer, you yang lari. Dan satu lagi, you jangan ingat I tak tahu apa hubungan you dengan colleague I. You tak berhak ke atas I, anak I, atau baby yang I kandung ni."

"Kenapa pula I tak berhak? I ayah kepada anak dalam kandungan you. Salah you sebab walaupun you tahu yang status you sebagai isteri orang, you gadaikan benda yang paling bernilai, diri you."

Amylia menarik nafas. Dia melihat tepat ke anak mata Hafiz. "You tahu yang I isteri orang dari mula. Tapi, you setuju untuk mainkan I."

"Kalau you lupa, biar I ingatkan you. I terpaksa kahwin dengan Qalish dan musnahkan hidup dia sebab you. Tak perlu la you nak pura-pura cintakan I. I tak bodoh macam yang you sangka. Not anymore Hafiz. Not anymore."

Hafiz menundukkan pandangan. "Wait. Kalau betul you tak bodoh, dan perasaan cinta tak ada lagi untuk I, swear on Allah's name dan keturunan you yang you tak cintakan I."

"Baik, I Tengku Amylia binti Tengku Darus, keturunan dari Tengku Noordin, bersumpah atas nama Allah yang I tak cintakan you dan perasaan tu dah tertutup buat you forever. Dan I janji dengan you yang I tak nak ada hubungan lagi dengan you walaupun I mati."

Wajah Hafiz berubah pucat. Dia tak sangka Amylia boleh berubah sebegitu. Amylia berlalu pergi. Dia terhenti seketika dan memetik jarinya. Hafiz menoleh. "Better if you tak tunjukkan muka you kat sini sebab I rasa you tak layak tunjuk muka you depan anak-anak I. Satu lagi, jangan ganggu hidup I atau abang I. You will regret it. Sekali you sentuh keluarga I, hidup you akan I jadikan huru-hara."

Air mata mula mengisi mata Hafiz. Dia terduduk. Menyesal, memenuhi ruangan hatinya. Betulkah dia sudah tiada di dalam hati wanita itu atau sebaliknya? Dia mula menyoal dirinya sama ada dia sendiri cintakan Amylia setulus hatinya.

"Please tell me that we get that tender?" Garret yang berada di dalam talian mengangguk tanda betul. "Thank you so much, man. I owe you on this one." Senyuman mula terukir di bibir Ryan. Impian inilah yang ayahandanya impikan. Alhamdulillah. Jadi jugak.

Jannah menaip jumlah bayaran yang perlu syarikat Darus & Sons Holding bayar kepada para kontraktor untuk projek Mukim. Siap jugak akhirnya! Penat Jannah menaip. Panjang pulak tu.

Dia bangun untuk ke pantri dan membuat secawan Milo panas. Aah! Sedapnya. Sedang Jannah menikmati Milo panas, Khalil pulak datang sambil memakai headphone dan bernyanyi lagu 'Har dil Jo Pyaar Karega'. Suara pecah mampus! Macam ikan paus dalam air. Dengan gerakan punggungnya yang tak ubah seperti punggung lembu itu, aduh pening dibuatnya. Bila ternampak saja kelibat Jannah, dia terhenti. Terus dia mendabik dada dan berjalan seperti lelaki asli.

"Cik Jannah minum Milo ke?"

Jannah mengangguk. "Awak tak minum apa-apa ke Lil?"

Muka Khalil berubah. Tak pernah lagi orang lain panggilnya dengan nama timbangan sebegitu. Wajahnya menjadi merah kerana menahan perasaan excited dia tu. "Nahi ji." jawab Khalil.

"Huh?"

"Maksud saya, tak saya... Saya... Urmm..." Khalil tergagap-gagap mahu menjawab. Otaknya menjadi blank sebentar. Apa yang dia nak jawab dia sendiri pun tak tahu.

Jannah yang mula perasan perubahan pada wajah Khalil meminta diri untuk menyambung kerja. Azrina yang sedari tadi berdiri di pintu masuk pantri hanya melihat senario tadi. Dia tergelak kecil melihat Khalil yang kaku sedari tadi.

"Ada orang tu dah jatuh cinta la."

Khalil hanya terdiam. Dia tertunduk. Merah padam mukanya. "Ish... Kau ni."

....

Syazrina berdiri seketika untuk bernafas. Jauh jugak dia berlari tadi. Wafiy yang ditinggalkan di belakang terkapa-kapa. Dia mengeluarkan inhalernya. Semput pulak dah!

"You ni, lembap la. Tadi you cakap kalau I menang, you nak belanja makan kan?"

Wafiy duduk sebentar sebelum menjawab. Dia mengelap peluh yang berbaki di dahinya. "Yelah, cik tunang. Awak nak makan apa? Saya belanja."

"Kalau macam tu, I... I nak makan Sushi."

Wafiy mengangguk. "Hamba yang menurut perintah, wahai cinta hati."

Syazrina tersenyum. Wafiy bukanlah seteruk yang dia sangka. Walaupun dengan giginya yang ada braces, taklah teruk sangat.

Telefon berdering mengejutkan Hazhirah yang sedang tidur. "Hello?" Suaranya yang jelas baru bangun kedengaran di hujung talian. "Ni bonda ni Haz, kamu tidur ke? Maaf bonda ganggu."

"Eh, takpa bonda. Haz terlelap. Haz bagi baby dengar lagu kejap. Nak tengok ada reaction ke tak. Sebab dua tiga hari ni dia tak menendang la pulak."

"Ouh, yeke. Bonda nak mintak Haz hantarkan bonda ke Senorita's Beauty. Nak launch product baru. Sambil tu boleh mintak pendapat Haz tentang produk tu."

"Bila launch tu bonda?"

"Besok."

"Boleh. Nanti Haz hantarkan ye, bonda."

"Ayahanda macam mana? Sihat?"

"Kamu bukan tak kenal ayahanda kamu tu. Degil. Dia complaint sakit dada semalam. Bonda ajak pergi hospital tak nak. Lepastu pagi tadi dah keluar. Tak bagitahu pun. Kamu tahulah dia dengan hospital. Takut sangat! Macam hospital tu nak telan dia." rungut Datin Bahiyah.

Hazhirah menenangkan ibu mertuanya. Dia kenal sangat dengan ayah mertuanya tu. Kalau orang lain sakit, dia suruh ke hospital. Tapi kalau turn dia, mintak maaf. Tak mungkin.

Setelah menamatkan panggilan, dia menerima mesej dari nombor yang tak dikenali. 'Tekan link untuk melihat bacaan astrologi anda!'

Hazhirah suka jugak dengan bacaan astrologi. Bukannya niatnya mahu menduakan tuhan, tapi saja seronok pula. Baca astrologi pun salah satu cara memahami psikologi seseorang.

Pabila link ditekan, laman tersebut membawanya ke laman web lain. Dia menyuruh Hazhirah menulis nama penuh, umur dan permintaan.

Setelah mengisi butirannya, Hazhirah disuruh untuk menunggu selama 2 jam sebelum astrologi tersebut memberi jawapan.

Mesej masuk! Hazirah membuka mesej tersebut. 'Hazhirah, anda merupakan wanita yang cantik, berdikari, bekerja dan seorang yang berpelajaran. Anda jugak amat menghormati orang tua dan....'

Mata Hazhirah terhenti pabila dia membaca tajuk "Rahsia yang tidak dia ketahui" dan isi kandungannya yang memberitahunya pasal perwatakan dan rahsia suaminya. Dia tak kisah. Dia cuba menutup perasaan tersebut supaya tidak berfikir bukan-bukan. Nanti kalau salah tuduh, berdosa pulak pada suami. 'Aah, lupakan jelah!' bisik hati kecilnya.

Tapi dia sendiri tertanya-tanya sama ada perkara tersebut betul atau tidak. Adakah Ryan menyembunyikan sesuatu darinya, atau itu hanya sekadar bacaan. Bacaan astrologi tak semestinya tepat.

'Aah, lupakan je. Nanti tak pasal-pasal aku pulak akan gaduh dengan dia.'

Sedang Hazhirah meneguk cawan kopi yang berada di atas table lamp miliknya, Ryan menelefon.

"Panjang umur. Baru sebut dah call." Omel Hazhirah sendirian.

"Assalamualaikum, sayang."

"Waalaikumussalam, b. You dah makan ke?"

"Dah, I telefon ni nak tanya baby macam mana? Dia kacau mama dia ke tak harini?"

"Tak, dia baik."

Dania masuk ke dalam bilik ibunya dan berlari apabila mendengar ayahnya berada di talian.

"I want to talk papa." mintanya.

Hazhirah memberi telefon kepadanya. "Papa, I want chocolate."

"Okay, papa buy chocolate. But cannot each too much candy sayang. Later gigi rosak. Okay?"

"Okay papa. Love you."

"Love you too sayang."

Dania memberi telefon kepada ibunya dan berlari mendapatkan mainannya.

"Dengar tu, anak perempuan you nak chocolate. Kalau boleh, mama dia pun..."

"I tahu, mama dia pun nak kan?" pintas Ryan.

Hazhirah tergelak kecil. "Sayang, besok bonda ada buat launch untuk product baru Senorita's Beauty. Nak pergi tak?"

"Besok... Sabtu kan? Boleh. Kita pergi sama-sama."

Setelah menamatkan panggilan, Hazhirah keluar mencari Dania. Mainan Dania bersepah memenuhi ruang tamu. Dania sedang leka bermain di bawah dengan baby doll miliknya tanpa menghiraukan ibunya. "Bertuah punya anak. Habis bersepah."

...

"Ha, bang baru balik?" tegur Datin Bahiyah sambil menyalam tangan suaminya.

"Ye. You dah makan?"

"Dah, tadi I telefon Haz. Dia kata dia boleh hantar saya besok. Abang sure ke abang tak nak pergi?"

"Ye, lagipun you tahu kan I tak akan pergi kalau dia ada."

Datin Bahiyah hanya diam. Dia sendiri tahu ego suaminya. Kalau dia kata itu, itulah yang dia akan pegang.

"Hiyah ni tak boleh nak cakap apa pun. Semuanya you nak menang. Ye lah, ikutkanlah ego tu. Langsung tak fikir perasaan anak." rungut Datin Bahiyah.

"Apa awak ni nak salahkan saya pulak. Dia yang buat perangai lagi awak nak salahkan saya? Awak sedar tak yang anak awak tu bawa malu pada keturunan kita?"

"Kenapa, sebab dia mengandungkan anak luar nikah yang awak nak hukum dia macam tu sekali? Awak, baik buruk dia tetap anak kita. Zuriat kita. Apa salahnya kalau awak maafkan dia. Awak nak dia kerja, dia dah join company. Awak nak dia tinggalkan Hafiz, dia dah tinggalkan. Apa lagi yang awak nak, Rus?"

"Malas la I melayan awak ni. Saya tak boleh terima dia, lagi you nak saya  terima dia. Kenapa, dia seorang je zuriat kita? Ian bukan anak kita ke?"

"Bukan macam tu, saya ni cuma..."

"Tak payahlah awak  nak backup anak kesayangan you tu. Dahlah, saya malas nak layan awak  Pergi je lah dengan anak awak. I'm not going."

Datin Bahiyah hanya terdiam. Tengku Darus pula naik ke atas dan menghempas kuat pintu bilik.

"Degil. Degil tua betul la. Kita niat nak bagi dia berbaik dengan anak dia, dia pulak tak nak. Ish... Geramnya!" Omel Datin Bahiyah sendirian.

                                                                                                                                 ...

Majlis perasmian produk baharu berjalan dengan lancar. Hazhirah dan Syazrina duduk di tepi kolam. Hazhirah menghirup jus oren.

"Jadi, kau memang dah syok kat dia ke?" soal Hazhirah.

"Takdelah. Wafiy tu... Bolehlah dari takda."

"Hi." sapa Iqbal.

"Aik, you pun ada?" tegur Syazrina.

"Iye, Rina. Dah mother I kan share partner company ni. Takkan I tak datang."

"Babe, I pergi washroom dulu. Panas!"

"Pergi fix your face. It needs more powder."

Syazrina menggigit bibir geram. Dia bangun dan berlalu pergi. Kakinya dihentak. Wafiy yang menegurnya ditolak ke tepi.

Iqbal melabuhkan punggung dan duduk di sebelah Hazhirah. "Dania tak datang?"

"Ada, asyik melekat dengan papa dia."

Iqbal ketawa. "Jelaous ke tu? Rasanya tak kot. Takkan mama sendiri nak jealous dengan anak sebab melekat dengan papa?"

"Tak adalah. Dia memang rapat dengan Ian. Mana date you?"

"Takde, dia tak boleh datang."

"Ouh."

"You ingat tak waktu you terlanggar fire extinguisher di campus? Habis benjol kepala you."

Hazhirah memukul belakang Iqbal. "Janganlah ingatkan I pasal insiden tu. Malu la!"

Mereka ketawa bersama-sama. Ryan yang sedari tadi perasan dengan kehadiran Iqbal duduk dan ketawa bersama isterinya agak kurang senang. Sebelah tangannya mendukung Dania. Dania yang excited sebab dilayan oleh datuk saudaranya dan neneknya menepuk tangan.

Hafiz pula membawa Jannah sebagai datenya pada malam itu. Sengaja! Dia nak sakitkan hati Amylia.

Bila Ryan terpandang kelibat mereka berdua, darahnya mula naik. Amylia pula hanya tidak mempedulikan Hafiz. Apa lagi yang dia mahu katakan? Dia sudah tiada hubungan dengan lelaki itu.

Hafiz dan Jannah menegur tetamu di sana. Ryan meminta diri untuk ke tandas. Dia meninggalkan Dania dalam dakapan Hajah Hamidah.

"Ian." tegur satu suara.

"Yes?"

Sesudah dia menoleh ke belakang, dia menampak kelibat Jannah.

"Looks like you already have a date."

"It's not what it looks like. I promise. We are just..."

"We're not planning on becoming official yet, right baby?" pintas Hafiz.

Ryan cuba beriak biasa. "Good for you guys." Ryan terus berlalu ke tandas meninggalkan mereka berdua. Lebih baik dia pergi sebelum benda jadi lebih besar. Dia sudah naik angin bila melihat Iqbal dan Hazhirah. Tipu kalau katakan dia tak cemburu. Tambahan pula dengan Jannah yang tangannya gatal memegang lengan Hafiz.