webnovel

Bab 17

Iqbal berjalan menuju ke klinik. Dia nak keluar dating hari ni dengan perempuan pilihan ibunya.

"Assalamualaikum, ni Bunga ke?"

"Waalaikumussalam, ye. Ni Iqbal kan?" jawab satu suara di hujung talian.

Iqbal sebenarnya tak nak pun kena mengena. Nak dating bagai. Hazhirah masih lagi dalam ingatannya. Entah kenapa susah sangat dia nak terima kenyataan yang Hazhirah dah jadi milik orang.

"B, jom makan. Kita keluar makan di restoran berdekatan office you nak?"

kata Hazhirah.

"Okay, meet at lunch. Rina nak datang kan? Suruh dia datang sekali. I bawak Amy. "

"Okay." balas Hazhirah pendek.

Ryan melihat Khalil yang sedang berbual dengan Jannah. "Yang kau ni tak ada kerja? Menyembang aja. Cubalah gerakkan sikit badan kau tu untuk buat kerja. Aku nak fail tentang tender di Sabah tu ada by 2 pm. Kalau tak, aku potong gaji kau. Lemak ni semua akan hilang nanti. Nak?" ugut Ryan sambil menepuk perut Khalil yang buncit.

Riak wajah Khalil berubah. "Okay, bos." Jannah masih tak bergerak. "Yang kau ni, tak ada kerja?" soal Ryan.

"Ada."

"Chop- chop. Faster" kata Ryan lalu berlalu keluar. Jannah menjeling. Dahlah poyo, mengarah orang pulak.

                                                                                                                              ...

Hazhirah menghirup cendol. Sedapnya! Masuk kali ni, sudah dua mangkuk. Mengidamlah katakan. Amylia pula berbual dengan Rina berkenaan nak pergi horse riding. Rasanya dah bertahun tak horse riding sama-sama.

Ryan membetulkan anak tekaknya. "So, Rina macam mana nak bertunang? Dah ready?" kata Ryan mengejek.

"Excuse me, Shah. I ni tak nak tau kat si Wafiy tu. I even terfikir nak lari dari engagement ni. Apa nak buat, lusa dah nak bertunang. You tahu tak, dia sempat beli cincin kahwin sekali. Dah lah cincin tunang pun besar. Macam jari dia yang saiz gajah tu." terang Syazrina panjang lebar. Dia memang tak berkenan langsung dengan si Wafiy.

Hazhirah dan Amylia tergelak. "Lepas ni, habislah you terperangkap dengan dia 24/7." perli Amylia.

"Babe, kau kena get ready nak jadi isteri dia lepas ni. Kau kena panggil dia abang ke, sayang ke atau baby boo ke." sampuk Hazhirah pulak.

Syazrina menyiku Hazhirah. "Korang ni, perli I pulak. Bagilah semangat ke apa ke. Ni tak. Kalau I terperap dengan dia, boleh jadi gila. Please." balas Syazrina.

Amylia yang ternampak kelibat Hafiz di hadapannya terus memalingkan muka. Dia tak mahu Hafiz datang menemuinya. Tapi, dia nampak jugak. Terus dia datang ke meja mereka.

"Hey, kenapa you tak jawab call I? Banyak kali I call you." tegur Hafiz.

Amylia tak mengendahkannya. Ryan pula terus memandang ke wajah Hafiz. "Aku rasa, lebih baik kau pergi. Nanti teruk padahnya."

"Aku tak bercakap dengan kau. Aku bercakap dengan adik kau." balas Hafiz.

"Please, sayang. Jangan abaikan I. I love you, you know." sambung Hafiz sambil kembali memandang ke arah Amylia.

"Aku cakap baik-baik ni. Please get out of my sight before any damage would be done."

Hafiz masih tidak mengendahkan Ryan. Ryan bangun dan memberi satu tumbukan ke muka Hafiz. Darah mengalir dari bibirnya.

"Bila aku cakap jangan, makna janganlah! Kau ni bodoh ke apa?!" tengking Ryan.

Hafiz bangun dan menendang Ryan. Ryan mengelak tendangan tersebut dan menendang Hafiz menyebabkan dia jatuh.

Hafiz bangun dan menarik kolar baju Ryan. Penumbuk digenggam. Belum sempat dia menumbuk, Amylia menjerit. "Along, Hafiz stop it! Both of you!" Amylia bangun dan menuju ke arah mereka berdua.

Amylia berdiri di antara mereka. Amylia memandang muka Hafiz. Satu tamparan hinggap ke pipi Hafiz. "Kau memang lelaki pengecut. Dasar pondan! Berani you naikkan tangan ke atas abang I?! I tak pernah tengking dia walau sekali pun. Kau sapa nak buat macam tu? Aku nak jawab call kau ke tak, itu masalah aku. Masalahnya sekarang, kau tak penat ke follow aku?! Aku ada family la. Abang aku ni, ialah nyawa aku tau. Sekali kau sentuh dia, kau takkan dapat bayangkan apa yang aku akan buat kat kau." kata Amylia sambil menunding jari ke arah Hafiz.

"Ye, aku mengaku aku tak jawab panggilan aku. Tapi kau sapa nak soal aku? Kau bukan suami atau kekasih aku. Kau tak ada hak ke atas aku. Satu lagi, aku tak nak kau follow atau lalu depan mata aku lagi. Kau tahu kemampuan aku. Ni, Amylia binti Tengku Darus lah. Aku boleh bina atau musnahkan kehidupan orang lain. Dengar sini Hafiz bin Dato'Kamaruddin. Aku tak nak tengok muka kau dan bayang-bayang kau lalu depan mata aku walaupun sekali. Ingat, kau dan aku tak ada apa-apa hubungan. Lagi sekali kau cuba ganggu hidup aku atau sentuh abang aku, tak kisahlah walaupun calar sikit pun kat badan dia, kau akan terima padah dia. Ingat tu. Jom Along." kata Amylia lalu menarik tangan Ryan dan berlalu keluar dari restoran meninggalkan Hafiz yang masih lagi tercengang mendengar kata-katanya.

Syazrina yang masih lagi trauma dengan kejadian tengah hari tadi hanya berdiam. "Kau ni kenapa? Dah sawan ke?" soal Hazhirah.

"Tak adalah. Amy yang aku kenal bukan macam tu. Dia selalu diam je. Tak balas apa-apa pun. Ni mesti volcano dah meletup."

"Itulah, aku pun terkejut jugak. Tapi baguslah. Padan muka si Hafiz tu. Asyik ganggu dia je. Kena la. Kau tahu kan hubungan Amy dengan Ian macam mana." kata Hazhirah.

Pernah sekali itu Ryan patah kaki akibat accident, Amylia sanggup tulis surat ke pihak universiti untuk jaga abang dia dan diorang sama-sama duduk exam untuk summer paper. Dashyat betul.

Dalam diorang bergaduh pun, sempat lagi Hazhirah beli cendol bungkus ikat tepi. Aduh! Tak boleh brain betul! Sempat lagi melayan craving dia tu. Masuk ni dah 3 kali dah makan cendol.

"Dia ada kacau acu ke?" soal Ryan.

"Forget it Along. Kalau acu bagitahu pun, Along tetap dengan baran Along. Tadi kalau acu tak ada tadi, memang Along nanti belasah dia kan?" jawab Amylia panjang lebar lalu berlalu pergi meninggalkan Ryan di belakang.

"Acu, dengar dulu... Cu!" panggil Ryan. Amylia masih tak mengendahkannya.

                                                                                                                            ...

"Hi, you nak ke mana?" sapa Iqbal kepada Hazhirah.

"Hi, I tunggu Rina. Pergi toilet jap." balas Hazhirah dengan satu senyuman.

"I tak sangka pulak nak jumpa you kat stesen minyak ni. I kebetulan singgah nak isi minyak. I tengok dari jauh. Macam kenal. Tu yang I tegur tu."

Syazrina yang baru keluar dari tandas menarik skirtnya yang tertarik ke atas. Aduh! Pening betul bila pakai skirt. Selesai membetulkan skirtnya, dia mencari Hazhirah. 'Mana pulak si preggy woman ni?' telah Syazrina dalam hati.

Pabila dia melihat kelibat Hazhirah dia terpaku sebentar. Sapa kat sebelah tu? Sempat lagi dia mengeluarkan teropong dari beg tangannya untuk lihat siapa yang sedang berbual dengan Hazhirah.

"Hurmm... Eh! Mamat ni lagi. Kat mana-mana pun mesti jumpa kau ke?" sempat lagi si Rina ni membebel sendirian.

Dia berjalan ke arah Hazhirah. "Dah puas kau berbual babe?" tanya Syazrina dengan riak wajah muram. "Dah. Okaylah, Iqbal I pergi dulu. Good luck for your date." kata Hazhirah lalu masuk ke dalam kereta. Syazrina pulang menjegilkan anak matanya ke arah Iqbal sehingga lelaki itu berlalu pergi.

Sebenarnya, dia ternampak Hazhirah dengan Rina keluar dari restoran. Dia ikut diorang sampai ke stesen minyak. Semata-mata nak jumpa Hazhirah je!

                                                                                                                                  ...

Ryan yang dari tadi lagi tak boleh fokus buat kerja disebabkan incident tadi. Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang.

Jannah datang mengetuk pintu biliknya. "Come in."

"Bos, ni budget yang bos mintak haritu untuk projek 'Sarjana' tu."

Ryan tidak membalas. Termenung jauh. Jannah memetik jarinya. "Bos?"

Ryan terjaga dari lamunan. "Apa dia kau ni?"

"Tak ada la. Saya panggil bos. Bos pulak termenung jauh." kata Jannah membela diri.

"Apa-apa je la. Kau ni dah tak reti-reti nak balik?" soal Ryan. Matanya bagaikan terbakar apabila melihat Jannah. Dia masih lagi tak puas hati pasal mesej Hafiz.

Jannah memandang ke kiri dan kanan untuk pastikan semua orang dah balik. "I ni datang dengan Shiva, bodyguard you." Shiva tu bodyguard yang Jefri tolong carikan untuk jaga Jannah.

"So? Sekarang ni dah tak reti nak balik?" soal Ryan. Nampak macam halau pun ada. " Kereta rosak. Kalau nak, dia suruh I tunggu lagi 1 jam. Kereta ada kat bengkel." jawab Jannah.

Ryan menyuruh Jannah naik saja kereta dia. Marah-marah pun, sayang jugak kat isteri dia.

Lampu trafik menunjukkan lampu merah. Ryan memperlahankan kereta dan berhenti. Dia menoleh dan terlihat seorang. 'Rasa macam kenal.' telah hati kecil Ryan.

Setelah dia memerhati dengan teliti, dia perasan kereta Syazrina yang berada di sebelahnya. Hazhirah pula tertidur dengan air liur yang meleleh membasahi pipi. Syazrina merenung tajam ke arah Ryan. Sempat lagi dia buat isyarat 'Tunggulah nanti kita jumpa. Mati you!'

Bila lampu trafik bertukar hijau, Ryan cepat-cepat menekan pedal minyak dan memecut ke hadapan meninggalkan Rina di belakang.

Ryan menghantar Jannah dan terus pulang ke rumah. Dia penat sangat. Bila tengok Dania tidur dengan mama dia, terus hilang penat.

Telefon Ryan berdering. "Shah, esok I nak jumpa you. In my room! Datang tepat pukul 4. Kalau tak, nahas you."- Syazrina.

Aduh, habislah. Bos dah tahu. Nanti masalah pulak. Sudahlah Syazrina ni kaki kecoh! Pecah pula rahsia dia nanti.

                                                                                                                              ...

Kedatangan Ryan dan keluarga disambut oleh Tengku Shariff, Hajah Hamidah dan Faris dengan senyuman. Sampai ke telinga senyuman tu. Kalau boleh tarik lagi, sampai ke belakang kepala.

Faris menghulurkan tangan untuk mendukung Dania. Dania pula mahu ke pangkuan Faris walaupun jarang berjumpa. Sebabnya si Dania ni nak kat Faris pun sebab rasuah chocolate, cookies and macam-macam jenis benda manis. Faris pula suka layan budak-budak.

Ryan menuju ke bilik Syazrina. "You...I boleh explain." kata Ryan.

Syazrina pula menjeling sekilas ke arah Ryan. "You, you nak balik ke perangai lama you ke? Dah ada anak nak masuk 2 orang lagi nak menggatal?"

"Bukan macam tu lah. I cuma hantar dia balik. Seriously nothing."

"Shah, you ni cuba jangan jadi bodoh. I tengok perempuan tu pun I dah syak dia memang ada niat tak baik."

"Bodoh? I cuma bantu dia. Lagipun dia pekerja I. Kitaorang tak ada apa-apa hubungan pun."

Syazrina bangun dan duduk di sebelah Ryan. "You jaga eh. Jangan duakan dia. Haz tu perempuan baik. Kalau tak, siap you. Jangan lukakan hati dia. Faham?" kata Syazrina panjang lebar. Dah macam dia pulak mak Hazhirah. Tak boleh betul.

"Faham, bos." kata Ryan sambil mentabik tangan.

Syazrina mengunci pintu. Dia mengeluarkan botol wain dari bawah katil. "Seriously, now?" kata Ryan sambil menggaru kepalanya yang tak gatal.

"Tonight. My place. Jangan bagitahu Hazhirah pula." Ryan tersenyum sinis. Dia dan Syazrina memang ada tabiat untuk minum wain untuk any special occasion. Dia cuba untuk tinggalkan tabiat tu, tapi tak boleh. Sebab dah terbiasa.

Selesai majlis pertunangan Syazrina, Ryan menghantar Hazhirah pulang dan mengatakan yang Syazrina mahu menemuinya sebab ada hal.

Loceng pintu dibunyikan.

"Apa dia yang kau nak? Panggil aku pulak." Dalam perjalanan Ryan ke rumah Syazrina, Jannah menelefon katakan dia mahu berjumpa dengan Ryan.

"Teman I la. Dah 3 hari you tak balik." Ryan menyapu mukanya. Sabar ajelah dengan perangai perempuan ni!

"Kau tak ada kerja ke apa? Aku ni penat tau tak. Aku bukan duduk goyang kaki."

"Masuklah, please. Kejap pun takpe." kata Jannah sambil menarik tangan suaminya.

Ryan duduk di atas sofa. Jannah masuk ke dalam bilik. Selepas 3 minit, lampu terpadam. Aduh! Blackout pulak. Ryan meraba-raba poketnya untuk mengambil telefon. Dia membuka flashlight dan terus ke kotak fius.

Tiba-tiba dia rasa seseorang memeluknya dari belakang. Siapa lagi, Jannah la.

"Apa yang you buat ni?" kata Ryan separuh berbisik. "I bukan buat perkara baru dengan you. Kan, sayang?" balas Jannah sambil berbisik ke telinga Ryan dengan penuh manja.

Ryan menolak Jannah ke tepi. "Apa benda la you ni. Please, leave me." Jannah menarik tangan suaminya. "If I leave you, then there will be no point of me asking you to stay."

Dia perlahan-lahan menarik tangan Ryan ke dalam bilik. Lagu Careless Whisper dari George Michael dimainkan. Dengan itu, Ryan hanyut dengan godaan.