webnovel

12

Brielle mengangkat tray dari atas kaunter sebaik urusan pembayaran selesai. Matanya melilau ke sekeliling premis itu. Hah, ada pun tempat kosong. Dia menapak. Tray diletak di atas meja. Kerusi ditarik. Dia duduk, mencari keselesaan. Baru sahaja dia ingin membaca doa makan. Bahunya ditepuk perlahan. Dia menoleh.

"Cik, boleh saya duduk sini?" Lembut suara itu bertanya. Brielle masih kaku. Lidah kelu tidak mampu meluah bicara. Humairah tak kenal aku ke? Brielle bertanya dalam hati. "Cik?"

"Err.. duduk lah.." jawab Brielle sambil tersenyum nipis. Seraya itu, perempuan itu menarik kerusi di sebelah Brielle. Memang sangat ramai pengunjung di Mcd hari ni. Riuh rendah suasana orang bercerita. Mungkin kerana hari ini hari minggu.

"Abang, sini.." Humairah berdiri sambil melambai tangannya ke arah Qhal yang sedang mencari keberadaan dirinya. Qhal mengangguk dan berjalan menuju ke meja Humairah.

Hati Brielle berdegup kencang. Tidak tahu bagaimana hendak berhadapan mata dengan Qhal. Kenapa? Kenapa aku kena hadap situasi macam ni?

"Cik, tak pa kan kami duduk sini. Penuh sangat hari ni." Qhal meminta izin sambil meletakkan satu per satu hidangan di atas meja. Brie mendongak sedikit kepalanya. Terus saja matanya saling bertentang dengan mata Qhal. Mata lelaki yang sangat dia rindui saban hari dan malam. Mata lelaki yang mampu menghapus segala gelora jiwa dan resah hati. Sepasang mata coklat milih Qhaleed Uwais.

Qhaleed turut terkesima sekejap. Sekian lama, dia tidak menatap wajah itu. Wajah perempuan yang dia rindui dalam diam. Wajah yang dia dambakan sambil dia berusaha melupakan. Terkadang, semakin ingin dilupa, semakin rasa sakit yang tak terkira menghimpit. Kadang masih ada terdetik, kenapa mereka dipertemukan hanya untuk berpisah dan akhirnya saling menyakiti.

"Abang, terima kasih tunaikan permintaan Irah.. Sayang abang.." ungkap Humairah mesra.

"Anything sayang. Enjoy your meal." Balas Qhal. Brielle yang duduk di sebelah Humairah sudah tidak mampu menahan gelora di hati. Dia bangun dan terus pergi meninggalkan tempat itu. Tanpa pamitan. Dibiarkan saja air mata menghujani pipi. Biar lah.. jika tangisan ini yang mampu membasuh luka, aku rela menangis hingga kering air mata.

Kenapa terlalu susah untuk aku melupakan dia. Kenapa Qhal, kenapa terlalu sukar aku buang kau? Sungguh, aku tidak inginkan perasaan yang sebegini. Aku tidak ingin terus sayang, terus cinta. Paling ku benci rasa cemburu yang singgah. Kerana aku sedar, aku tidak layak cemburu. Aku juga ingin bahagia sebagaimana kau bahagia. Ajari aku Qhal, bagaimana kau melakukannya dengan begitu mudah? Semudah kata kau membuang ku dari hati mu, aku berharap aku juga begitu. Kerana aku sudah penat.. aku sudah lelah.. Brie meloloskan diri ke dalam tandas. Dia bersandar pada pintu tandas. Perlahan-lahan badannya turun menyusuri pintu sehingga dia mencangkung. Mulutnya ditekap, tidak mahu tangisan semakin kencang. Dadanya ditekan, cuba menahan rasa sakit yang menikam, menusuk dan mencengkam. Sakit, mencintai tapi tidak memiliki itu, sungguh sakit.

"Dia annoying dengan kita kot bang." Andai Humairah.

"Biar lah dia.. kita bukan kacau dia pun.. dah makan, lepas ni kita jalan-jalan ya sayang.." jawab Qhal. Biar.. biar.. andai kata hati semudah kata di mulut. Andai rasa hati mudah dibuang dengan hanya kata di mulut. Maafkan aku Brielle.. maafkan aku.. semoga akan ada bahagia untuk mu. Bahagia yang takkan kau kecapi bersama aku. Biar lah aku tak bisa lagi memeluk mu, tak terdaya lagi membelai mu.. tapi di hati ku, kau tetap punya tempat yang teristimewa.