webnovel

Hanya si Dia

Pada minggu pertama bulan puasa, Wanie menjadi isteri Afif. Pertama kali Wanie baru kenal Afif dan pertama kali Wanie jatuh cinta. Baru beberapa minggu Wanie sah jadi isteri Afif, Wanie selalu kena pukul dengan suaminya, Afif. "Sayang dah letak ubat? Macam tak surut ja abang tengok." - Afif "Kan abang buang ubat tu semalam." - Wanie "Sayang... Apa gunanya abang?" - Afif "Abang Fif pernah kah jadi macam ni sebelum ni?" - Wanie "Ini kali pertama baba tengok anak baba macam itu Wanie. Ini kali pertama." - Tuan Shariz Puan Fatimah yang tak sanggup melihat menantunya kena dera dengan anaknya, Afif. Di cuba pujuk anaknya untuk berhenti dari memukul isterinya. "Jangan pukul isteri kamu lagi Fif. Ummi merayu." - Puan Fatimah "Izinkan abang perbetulkan kesilapan abang." - Afif "Abang buat hanya untuk sayang. Abang buat untuk kembalikan senyuman sayang." - Afif "Abang akan usaha buat sayang senyum dekat abang." - Afif Afif yang duduk sendirian di luar rumah, termenung jauh. Di ingat kembali kata-kata terakhir isterinya. "Abang.. Sayang dah tak boleh bertahan dengan abang.. Selama ni, sayang masih bertahan, sebab sayang nak kasih sayang abang.. Tapi.. Abang tetap pukul sayang.. Abang cakap abang cintakan sayang.. Tapi.. Cinta abang adalah pukul sayang ke? Sayang nak kasih sayang abang.. Itu sahaja abang.. Hanya itu." - Wanie

CikRose · Urban
Not enough ratings
20 Chs

Bab 1

Afif masuk dalam bilik Isterinya yang sudah lama pergi meninggalkannya. Dia menuju ke arah katil yang tidak di usik oleh sesiapa. Masih tersusun dengan kemas bantal di tempatnya. Afif duduk di birai katil sambil mengusap lembut katil, dia capai pula bantal dan peluk erat bantal itu sambil di pejam matanya.

"Sayang... Abang rindu sayang.. Maafkan abang sayang.. Ma-maafkan abang." Afif peluk erat bantal yang di pegangnya sambil air mata jatuh menitis ke bantal.

"Abang berdosa dengan sayang.. Abang tak layan sayang.. Ab-abang pukul sayang.. Ab-abang bodoh.. Abang bodoh. Maafkan abang sayang.. Abang menduakan sayang. Sayang tak patut jumpa dengan abang. Sayang tak patut terima lelaki macam abang." Afif berkata kuat sama sekuat dengan tangisannya.

"Abang me-menyesal sayang.. Nyesal dengan perbuatan abang dekat sayang.. Abang minta maaf." Afif baringkan badannya ke atas katil sambil peluk bantal. Tangisannya semakin perlahan. Dia sembunyikan tanggisannya di sebalik bantal.

Puan Fatimah, Tuan Shariz, Ira dan Illa melihat tubuh Afif yang menangis di sebalik bantal. Mereka turut sedih dengan tanggisan Afif.

◀▶◀▶◀▶◀▶

Wanie dan sekeluarganya yang berada di rumah Zuriah mak kepada ibunya, Athirah di kedah. Wanie berada di luar rumah sambil mengambil angin. Dia tersenyum sendirian setelah membaca chat dari group kawannya di whatsapp.

Wanie di temani oleh kakaknya Nuriz Azwina dan adiknya Nuraini Azminda. Sementara tunggu sepupunya dari perak yang akan sampai sekejap lagi dan waktu membuka puasa. Wanie mengajak adik dan kakaknya mengambil angin sementara sepupu mereka tidak sampai lagi.

Sedang mereka seronok menyanyi, berborak. Kedengaran bunyi enjin kereta. Mereka bertiga memusingkan badan melihat bunyi yang masuk ke dalam lubang telinga. Sebuah kereta Ford Fiesta Sedan warna merah. Wanie, Nuriz dan Azminda memandang kerata itu pelik.

"Siapa datang tu?" Azminda menanya kepada kedua kakaknya. Mereka hanya menggeleng. Pintu belakang di buka dan keluar satu kaki dari perut kereta. Apabila tunggu punya tunggu. Rupa-rupanya sepupu mereka. Azminda dan Nuriz jerit gembira. Di lari anak mendapatkan sepupu mereka. Wanie masih duduk di tempat tadi dengan senyumannya terukir melihat kakak dan adiknya.

"Siapa tu?" Afif bertanya kepada kawannya yang baru hendak keluar dari kereta.

"Sepupu aku." Aiman menjawab soalan Afif.

"Yang duduk sana tu? Yang pakai tudung pink tu? Sepupu kau?" Afif bertanya bertubi-tubi kepada Aiman. Aiman mengeluh panjang.

"Ya." Aiman keluar dari perut kereta. Afif juga turut keluar dari keretanya. Wanie yang melihat tubuh Aiman yang baru keluar dari kereta Ford Fiesta Sedan merah itu. Dia berjalan perlahan kepada Aiman.

"Abang Aiman!" Wanie melambai tangan kepada Aiman. Aiman turut melambaikan tangannya kepada Wanie. Sekiranya Wanie berdiri betul-betul di hadapan Aiman. Afif berjalan menghampiri sebelah Aiman.

"Wanie sihat? Semakin lawa hang ni? Belajaq mana?" Aiman mengacukan soalan kepada Wanie.

"Kalau tak sihat, Wanie tak keluaq umah.. Wanie dok terperuk dalam bilik ja.. Wanie pakai bedak baby johnson milik atok ja.. Belajaq dekat pineng. Stradford International College." Jawab Wanie dengan tenang.

"Ambil apa? Maknanya hang cuti sem lah ni? Berapa lama lagi belajaq?" Aiman menanya lagi. Masih tak putus-putus menyoal. Afif hanya mengangguk dengan jawapan gadis di hadapannya. Dari tadi asyik memandang Wanie. Gadis di hadapannya tak lah kulit cerah. Hitam manis, tak seperti adik-beradiknya yang dua orang sana kulit putih.

"Diploma Mechatronics and Robotics Engineering. Ya Wanie cuti sem. Minggu depan balik sana balik. 2,3 taun macam tu. Nak habis dah." Wanie sengih. Aiman mengangguk faham begitu juga dengan Afif.

'Hebat juga minah ni.' Afif terangguk-angguk sendiri.

"Dah la.. Jom masuk. Nak masuk maghrib dah ni." Wanie mengajak Aiman dan Afif masuk ke dalam rumah apabila melihat sepupu dan kakak, adiknya tiada di situ. Wanie berjalan meninggalkan dua sahabat itu.

"Boleh tahan sepupu kau tu. Dah berpunya ka?" Afif sengeh sendiri. Aiman menggelengkan kepalanya.

"Tak payah nak mengatal. Sepupu aku tu bukan suka kat hang pun. Pandang hang pun tak." Aiman menggeleng perlahan.

"Meh-meh. Dah nak bebuka ni. Masuk lekaih. Aeman ajak kawan hang tu." Puan Farida ibu kepada Aiman bersuara lantang. Apabila tubuh anak lelakinya tidak kelihatan.

"Ya ibu. Tengah masuk lah ni." Aiman menggeleng kepalanya lagi. Boleh pening asyik menggeleng.

"Masuk wey. Ibu aku hingiaq nuh." Aiman menganjak Afif yang berada jauh sedikit darinya. Afif mengangguk dan mengikut langkah Aiman.

Allahuakbar Allahuakbar.

Azan dari radio kedengaran. Semua menunggu seseorang membaca doa. Aiman menyiku perlahan lengan Afif. Afif mengeluh perlahan sambil menadah tangannya untuk berdoa. Afif membaca doa membuka puasa dan doa makan. Kurma yang berada di pinggan di ambil mereka semua.

Selesai solat maghrib. Wanie dan Aiyin berada di dapur membasuh pinggan yang di makan mereka tadi. Sempat lagi dua orang sepupu itu bergosip sambil membasuh piring, mangkuk, cawan dan sudu.

"Padan lah dengan muka hang. Sapa suruh pi kacau Aenin. Kan dah kena marah dengan tokwan." Wanie menggeleng kepalanya apabila teringat situasi Aiyin di marahi oleh tokwannya tadi.

"Aku minta hp ja pun. Aenin tu mengada. Aku cubit bukan kuat pun!" Aiyin geram. Di gigit-gigit bibirnya geram. Wanie hanya menggeleng. Tak tahu nak cakap macam mana lagi dengan sepupunya itu. Tetiba Wanie mendapat idea apabila melihat kelibat Aenin yang menuju ke peti sejuk.

"Nak buat macam mana Aiyin Darisya.. Hang kan tahu perangai adik hang macam mana? Suka tempik walaupun kita tak buat apa pun. Aenin kan cucu kesayangan tokwan.." Wanie sengeh apabila Aenin memuncungkan bibir bawahnya.

Tetiba suara kuat Aenin mengalihkan pandangan Aiyin dan Wanie kepada nama di sebut Aenin.

"Eh. Abang Fif buat apa dekat sini!" Jerit Aenin apabila nampak tubuh Afif yang berdiri di tepi dinding.

"Slow lah sikit speaker kau Aenin!" Afif mula marah. Geram dengan adik kawan baiknya itu. Suka bising. Bukannya jauh pun dia berdiri.

"Entah hang ni Aenin. Satgi hingiaq pula tokwan. Hang tak pa lah tokwan sayang hang. Boleh dak turunkan sikit volume hang tu. Memekak ja." Wanie geram. Di pura-pura baling pinggan kepada Aenin. Aenin mencebik sekali lagi. Afif jeling Aenin dan kembali fokus melihat Wanie dan Aiyin basuh pinggan. Terutama matanya melihat gelagat Wanie.

"Abang Fif nak apa-apa ka?" Wanie mula bertanya apabila Afif masih berdiri di situ. Dia mula selesa dengan kehadiran Afif. Tapi tak serapat dia dengan abang Aiman.

"Err. Abang tak tahu nak buat apa. Aiman tak ada.. Jadi abang masuk lah dapur. Ingatkan nak tolong basuh pinggan. Tapi dah ada pula dua gadis basuh pinggan." Afif senyum. Senyum apabila Wanie menegurnya. Aenin yang perasan sengihan Afif mula menguatkan volumenya sedikit.

"Yang abang Fif tersengih-sengih macam itu kenapa?" Aenin berjalan menghampiri Afif. Afif buat-buat tak nampak Aenin. Matanya kini melihat Wanie.

"Abang Fif nak tolong?" Wanie memandang Afif dengan pandangan tidak percaya.

"Iya." Jawabnya sepatah.

"Kalau macam tu. Abang tolong Wanie lah. Aiyin nak hamparkan sejadah dekat tokwan. Nanti bising pula kalau sejadah tak ada depan mata dia." Aiyin celoteh sendiri sambil mengelap tangannya yang basah kepada tuala yang berada di hadapannya.

"Kau tak kisahkan Wanie?" Aiyin memandang kepada Wanie yang sedang fokus sabun pinggan yang belum di basuh. Anggukan dari Wanie membuatkan Afif tersenyum.

"Ok. Abang Fif tolong Wanie. Aenin kau pergi siapkan ubat tokwan. Nanti bawa ke bilik dia." Aiyin menyuruh Aenin membuat kerja. Aenin hanya mengangguk dan mengikut arahan kakaknya. Afif berjalan anak menghampiri Wanie yang sedang sabun pinggan.

"Abang Fif basuh pinggan tu dan letak dalam besen tu. Nanti Wanie susun." Wanie senyum kepada Afif. Afif hanya mengangguk dan tersenyum sendiri. Mereka diam sesama sendiri. Hanya kedengaran bunyi pinggan yang berlaga. Afif yang tak tahan dengan situasi mereka cuba menyusun ayat dalam kepalanya untuk di acukan soalan kepada Wanie.

"Wanie tinggal sini?" Afif menanyakan soalan. Wanie hanya mengangguk.

"Wanie dah umur berapa?" Tanya Afif lagi.

"22." Wanie senyum.

"Erm.. Lepas belajar.. Wanie nak buat apa?" Afif masih lagi bertanya sambil tangannya ligat membasuh pinggan.

"Entah.. Kahwin kot." Wanie ketawa kecil. Afif berhenti dari terus basuh pinggan. Di pandang Wanie yang tinggi di dadanya.

"Dah ada calon ke?" Wanie ketawa dengar soalan Afif.

"Tak lah.. Nanti Wanie kena kahwin juga kan?" Wanie senyum sambil di sabun cawan. Afif hanya mengangguk kecil. Dia sambung membasuh pinggan dan di letak ke dalam besen yang di katakan oleh gadis di sebelahnya.