webnovel

BAB 1

Pantas Aira mencapai tangan Lily sahabat baiknya itu untuk berlalu pergi Dari tempat itu. Aira sudah tidak sanggup untuk melihat perkara yang dilihatnya sebentar tadi. Lily agak terkejut dengan tindakan sahabatnya itu Yang tiba-tiba sahaja bertukar menjadi singa.

"Sabar lah Aira mungkin tu kawan sekerja dia agaknya." Lily cuba untuk memujuk Lily Yang sedang sakit hati dengan sikap kekasihnya. Aira seorang gadis Yang sangat naif tentang cinta Dan sering dipermainkan oleh lelaki. "Lily kalau kau duduk di tempat Aku pun kau akan rasa benda yang sama lah!" Ujar Aira yang semakin panas hati dengan sikap rakannya yang sentiasa berfikiran positif itu. Macam mana dia tak mengamuk, kalau dah nampak dengan mata kepala sendiri tadi. "Aira... em kau jangan lah marah aku pula. Jom Kita pergi makan. Lapar lah hehe." Kata Lily Yang sedang buat muka kesian.

Langkah Aira terhenti apabila mereka kini berada di hadapan restoran tersebut. "Eh jap kita nak makan dekat sini ke? Lily, kau tahu kan Izwan kerja dekat situ. Aku malas lah nak hadap muka dia lagi!" Aira cuba untuk memujuk sahabatnya untuk tidak makan di situ. Namun Lily masih berkeras mahu makan di restoran tersebut. "Ala pedulikan je lah lelaki tak guna tu. Aku lapar ni. Jom lah masuk". kata Lily sambil membuat muka 'duck face'. Mereka jalan beringingan masuk ke dalam restoran tersebut.

Semasa berada di kaunter, Aira merasakan ada seseorang yang sedang memerhatikan nya. Namun, dia hanya buat tidak tahu sahaja. Setelah selesai memesan makanan dan membuat bayaran, mereka terus memilih tempat untuk duduk dan membawang. Sedang enak menikmati makanan, tiba-tiba Ada seorang lelaki datang memberikan belon di meja mereka. Aira sudah buat muka pelik dan Lily pula tersenyum-senyum kucing! "Nah untuk awk" Kata pekerja itu kepada mereka. "Ni untuk saya atau kawan saya harini Ada birthday party ke?" Aira masih lagi rasa pelik bila orang tiba-tiba bagi belon. 'Takkan nak ngorat Aku kot'.Aira bermonolog dalam hati. Geli hati rasanya bila kejadian sebegini berlaku.

"Belon ini untuk untuk awak, kawan saya yang bagi " lelaki itu spontan menunding jari ke Arah seseorang Yang berada di hadapan cashier. Aira hanya tersenyum lalu mereka berdua menikmati makanan semula. 'Haih time serabut macam ni pun ada orang nak mengorat ke'. ujar Aira sekadar dalam hati.

Usai makan , mereka terus ke pantai untuk tenangkan fikiran yang serabut. Lily mula membuka cerita tentang masalahnya. Mereka sering berkongsi cerita apabila berada di tempat yang tenang sebegini. Lily berasa kesal kerana teman lelakinya bersikap acuh tak acuh tentang hubungan mereka. Aira pula semakin rasa jauh Dan berubah hati terhadap kekasihnya. "Aira kau tak Rasa ke Kita macam kena game dengan dua orang mangkuk Tu?" Lily mulai bicara. "Entah lah Lily. Aku pun start nak move on. Penat lah asyik kena tipu hm." Jelas kelihatan kesedihan yang terpancar di wajah Aira seketika ini. Kini keduanya mendiamkan diri sambil menghayati lagu yang di nyanyi Kan oleh sekumpulan buskers di situ.

Namun, Lily memecahkan suasana yang sayu itu dengan menujukan soalan yang agak pelik kepada Aira. "Aira kau nak tak nombor mamat tadi tu? hehe aku ade hafal nombor dia tadi." Lily buat muka seposen dia. "oh! patut lah kau diam semacam je tadi kan. Aku ingat kau tengah khusyuk makan ayam tu." kata Aira sambil tergelak-gelak apabila mendengar offer daripada sahabatnya itu. "Okay, bak sini kau punya phone aku try save nombor dia dekat phone kau erk." Lily dengan pantas mencapai telefon pada tangan Aira.

"Eh,Aira! Dia reply lah chat kau. Tengok lah ni." Lily menjerit kerana terlalu excited. Yes! Lily kau memang tak pernah tak excited kan! "Oh My God! Babe kau buat apa wey dengan phone aku." ujar Aira yang terasa bahang panas akibat malu sendiri dengan sikap sahabatnya yang terlalu teruja ini. Jelas terpapar nama lelaki itu pada skrin telefon nya. 'Mr Amir'.

Tidak semudah itu untuk Aira mencari cinta yang lain dek kerana hati nya masih lagi tersisa rasa keperitan akibat cinta yang lalu.