1 BAB 1-Aku dan Mereka

Bunyi tembakan bergema di kawasan itu. Seorang wanita dan seorang budak lelaki sedang berlari dengan berpengangan tangan. Mereka berlari tanpa menoleh ke belakang. Jelas di wajah mereka, mereka sedang ketakutan.

"Woi Bob! Pergi kejar mereka. Cepat!!" Arah seseorang disitu. Lelaki yang bernama Bob terus lari mengejar mereka. Bayangan wanita yang dikejar mulai hilang dari pandangan.

Tengku Isma menarik tubuh kecil anaknya masuk ke dalam sebuah tempat yang sempit dan gelap. Mereka menyembunyikan diri dari ditangkap oleh lelaki jahat tadi.

Tengku Isma mengelap peluh yang memenuhi dahi anak lelakinya yamg berumur 9 tahun. Dia menarik nafas dan mengangkat sedikit kepala untuk melihat samaada penjahat itu berada di sekitarnya atau tidak.

Setelah memastikan  kawasan itu selamat. Matanya menatap anak lelakinya.

"Rayyan, dengar cakap mama" Tengku Rayyan memandang Tengku Isma dengan nafas tercungap-cungap.

"Ma..siapa diorang tu mama? Ke..kenapa papa tembak lelaki tu?" Soal Tengku Rayyan yang masih tidak mengetahui akan situasi yang berlaku disitu.

"Itu tak penting. Sekarang mama nak Rayyan selamatkan diri Rayyan. Jaga Riana. Tinggal dengan paklong elok-elok ye" Pesan Tengku Isma. Dalam keadaan sekarang, dia perlu berkorban nyawa untuk anaknya. Tengku Rayyan perlu hidup.

"Mama cakap apa ni? Mama nak pergi mana?" Air mata mula membasahi pipi anak kecil itu. Dia tidak mahu mendengar pesan-pesan mengarut yang diucap oleh Tengku Isma.

"Mama tak boleh tinggalkan Rayyan. Papa pun sama. Mama dengan Papa kena jaga Rayyan dengan Riana." Bentak Tengku Rayyan. Dia mengesat air mata dengan kasar.

"Eh aku rasa aku dengar suara la" Suara garau mula bergema. Tengku Isma menjadi tidak keruan.

Dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya menyuntik lengan Tengku Rayyan.

"Maafkan mama"

Pandangan Tengku Rayyan mula menjadi kelam. Dengan perlahan-lahan matanya sudah tertutup rapat.

                       *****

"Bos.." Panggilan dari seseorang mengejutkan Tengku Rayyan dari lamunan.

Dia mengelengkan kepala dengan perlahan. Tengku Rayyan yang tadinya memandang di luar tingkap syarikat miliknya sendiri, mula dudul di bangku kulit yang diimport dari Paris.

"Ye ada apa Kak Ros?" Perempuam yang memanggilnya tadi mula mengambil tempat di hadapan Tengku Rayyan. Kepala ditunduk melihat lantai.

"Ada apa sebenarnya ni Kak Ros?" Soal Tengku Rayyan sekali lagi bila dia perasan riak wajah yang sugul di wajah P.Anya itu.

"Kak Ros kena letak jawatan la Rayyan. Suami akak yang suruh. Yela kalau akak kerja, suami akak pon kerja. Siapa nak jaga anak kak ros dua orang tu." Tengku Rayyan mengangguk perlahan.

"Tapi..akak risaukan kamu." Terus wajah lelaki itu berubah.

"Kenapa kak ros nak risaukan saya?"

"Kamu ada peristiwa silam yang tragik. Sampai sekarang belum.

tentu luka kamu dah pulih. Siapa nak jaga kamu?. Siapa yang akan jadi tempat untuk kamu luah perasaan kamu?" Tengku Rayyan tergelak kecil.

"Kak Ros, Rayyan dah besar la. Umur dah 23. Bukan 2 tahun." Kak Ros mengeluh perlahan.

"Tahu, tapi"

"Tapi apa kak ros?. Jangan risaukan Rayyan. Ok." Pesan Tengku Rayyan dengan senyuman di bibir. Dia bangun dari kerusi lalu mengambil kot dan briefcasenya. Kak Ros turut bangun.

"I'm ok. Rayyan balik dulu ye" Kak Ros menganggukkan kepala.

Setelah dia meminta diri. Dia terus berjalan ke basement. Tengku Rayyan menekan punat di kunci keretanya lalu masuk kedalam perut kereta.

Radio dibuka untuk membingitkan suasana yang sunyi sepi ini. Dia memandu ke satu tempat yang polis pun tak mampu mencari tempat itu.

Di kawasan hutan yang kosong dan ada satu pondok kecil dia situ. Tengku Rayyan perlahan-lahan memandu mendekati pondok kecil yang usang itu.

"Chief..Alpha" Selesai dia menyebut ayat itu. Tiba-tiba muncul sebuah gua yang timbul dari tanah yang rata. Dia terus masuk kedalam. Gua itu kembali tertutup.

Kereta diparkir di hadapan tengah ruang yang dipenuhi oleh konco-konconya. Tengku Rayyan keluar dari kereta. Baju pejabatnya sudah dibuka. Dia memakai singlet hitam yang menyerlahkan ototnya.

Suasana yang riuh sudah menjadi sepi bila kedatangan Tengku Rayyan. Mereka berbaris lurus seperti askar. Mata mereka hanya tertumpu pada Tengku Rayyan. Tiada apa-apa pengerakkan ataupun bunyi dibuat.

Tengku Rayyan mengambil satu batang plastik yang panjang dan nipis. Dia menekan punat komputernya untuk membentangkan sesuatu buat mereka semua.

Kini di kain putih yang besar itu, sudah ada wajah seseorang yang amat dikehendaki. Seorang lelaki yang berumur 60 an berpakaian formal membuat muka tegang tanpa memandang kamera.

"Ok, aku nak korang buka telinga korang luas-luas. Dengar baik-baik benda yang aku nak cakap ni. Kalau siapa yang membuat perkara ni remeh temeh. Aku akan bunuh orang tu. FAHAM!" Bergema suara jantan Tengku Rayyan. Sesiapa yang mendengar pasti terasa gerun.

"FAHAM BOS!"

Tengku Rayyan menghalakan kayu itu dia wajah lelaki tua yang terpampar di skrin.

"Nama dia Datok Syahir. Mempunyai 3 orang anak. 2 anak gadis 1 anak lelaki. Isterinya seorang wanita yang suka berjoli dan suka menghabiskan duit dengan berjudi di Las Vegas. Ok pasal perempuan ni nanti aku cerita. " Tiada suara pun yang berbunyi. Mereka hanya menganggukkan kepala dengan tangan di belakang.

"Di mata masyarakat, Datok Syahir seorang yang budiman. Sanggup menyerahkan  ribuan duit di rumah anak yatim. Itu di mata masyarakat, tapi di mata kita. Dia lelaki yang tak berguna. Mempelacurkan gadis 15 tahun. Memperdagangkan gadis bawah umur. Dia lah bapak ayam yang terbesar di Malaysia." Jelas Tengku Rayyan. Dia memang benci akan lelaki yang seperti ini. Dia menekan punat kawalan untuk mengalihkan gambar di skrin. Kini wanita yang bermulut merah sedang memegang kad judi.

"Datin Zizi, berumur 57 tahun, tapi tak ingat diri tu dah nak mampos. Selalu berjudi di Las Vegas atau paling selalu dia pergi di Genting Highland. Dia memiliki ribuan juta duit haram dengan berjudi dan menjual syabu ataupun dadah. Perempuan tak guna ni ada 4 buah kilang arak. 2 di negara kita ni. 2 di Australia." Tengku Rayyan berhenti dari berbicara bila ada salah seorang anak buahnya mengangkat tangan.

"Ye."

"Bos, polis tak tangkap ke diorang tu?" Semua orang disitu tergelak kecil termasuk Tengku Rayyan. Tengku Rayyan menghayunkan tangannya untuk menyuruh mereka diam.

"Budak baru?" Lelaki itu mengangguk.

"Ok, untuk pengetahuan kamu. Polis makan rasuah. Maksud saya sesetengah. Di dunia ni yang paling berkuasa ialah wang. Bila tengok ada berjuta-juta wang yang ditawarkan pasti diorang terima. Susah nak tolak benda macam tu. Tapi dalam geng kita , siapa yang terima rasuah akan dibunuh FAHAM!" Jerit Tengku Rayyan.

"Faham Bos" Jerit mereka semula. Tak pernah lagi la Tengku Rayyan dengar anak buahnya ada yang menerima rasuah. Tapi dia masih berjaga-jaga.

"Ok sekarang aku nak kita rosakkan kilang perempuan ni kat Australia. Kalau boleh aku nak hantar team khas. Orang sana pun bukan biasa-biasa. Jadi korang mesti tahu aku nak hantar team apa?." Serentak itu, sekumpulan lelaki yang berotot besar keluar dari barisan.

"Team Death. Aku harap korang dah sedia?" Team Death mengangguk sekali.

"Ok kalau macam tu. Pergi sekarang!"

Mereka pun berlari kearah bilik senjata untuk memilih barangan untuk dibawa bersama. Tengku Rayyan berjalan terus masuk ke dalam bilik gym. Lelaki yang bebaris sudah mula senang diri dan sambung berlatih.

*****

"Sofea..." Panggil seseorang dari belakang Aina Sofea.

Aina Sofea tidak memberi sebarang reaksi. Dia hanya membaca novel yang baru dibeli tadi dengan tekun. Biskut yang ada dihadapan segera dia capai dan memasukkan ke dalam mulut.

"SOFEA!" Jerit orang itu lagi. Kali ini Aina Sofea menekapkan tangan di telinga. Dia memberikan pandangan yang tajam buat orang itu.

"Raihana, apa masalah kau ni? Mental ek?" Raihana gelak dengan kuat. Sungguh seronok dia kenakan rakan baiknya sebegitu. Asyik sangat dengan buku novel kan. Itu laha padahnya.

"Nasib tak pekak." Syukur Aina Sofea. Kalau dia pekak mungkin peluang dia untuk mempunyai suami akan terjejas.

Sudah la mempunyai badan yang gemuk. Rupa paras yang tidak begitu cantik. Ini kalau ditambah dengan cacat, confirm tak ada lelaki yang nak dekat dia. Orang cacat pun belum tentu mahu.

"Aku panggil kau, kau buat tak tahu je kan. Inilah padahnya. Seronok sangat layan novel ni. Macam lah kau akan jadi heroin dalam novel tu" Aina Sofea menjulingkan mata keatas. Dia hanya diam dan meneruskan bacaan. Kata-kata Raihana hanya angin yang menyapa cuping telinga.

"Wei. Sofea, tolong aku." Aina Sofea menutup buku novel dengan kasar. Tidak boleh tengok orang senang la Raihana ini.

"Apa?"

"Jum travel" Ajak Raihana.

"Taknak." Rasanya Raihana dah tahu kut sebab dia taknak pergi travel ini. Dan ini bukan kali pertama dia tolak pelawaan gadis ini.

"Ala kalau pasal duit, papa aku boleh tanggung" Aina Sofea bangun dari temoat duduknya lalu berjalan di tepi tasik. Raihana membontoti Aina Sofea dari belakang.

"Ana, bukan pasal duit la. Aku memang taknak." Raihana berlari lalu mendepakan tangannya untuk menghalang Aina Sofea dari terus berjalan.

"Why?" Raihana memeluk tubuh.

"Sebab aku taknak menyusahkan kau, papa kau. Kau pun tahu yang aku taknak bergantung hidup aku pada siapa-siapa" Raihana membuat muka sedih. Aina Sofea yang perasan akan itu, segera memegang bahu kawannya.

"Ana, aku kawan kau bukan sebab harta kau. Kau tak payah nak ajak aku pergi travel ataupun pergi mana-mana untuk ambik hati aku. Aku kawan dengan kau sebab kau adalah kau. Just be yourself." Aina Sofea mempamerkan senyuman semangat buat Raihana.

"Ok kalau itu yang kau nak? Thanks debab"

"Debab?! Hey kau nak mati dengan aku ke?" Raihana berlari dari Aina Sofea.

Aina Sofea memeluk buku novel dengan erat. Dia pun ikut sama berlari.

"Tunggu kau"

Walaupun mereka sudah berumur 22 tahun. Perangai mereka masih macam budak-budak. Tapi itu bukan masalah yang besar bagi mereka. Kerana masa inilah masa untuk mereka mencipta kenangan.

avataravatar